Wednesday, July 30, 2008

MyAkses3G


Syarikat Ridaa Associate telah bermurah hati membekal peralatan tersebut di Makmal Komputer Fasa 3. Ini membolehkan rangkaian komputer di makmal tersebut dapat mengakses internet. Di samping itu alat tersebut juga memjadi Access Point untuk menbolehkan alat ICT wifi enabled memasuki rangkaian serta mengakses internet. Juga alat tersebut membolehkan penggunaan IP phone. Panggilan keluar boleh dibuat ke mana-mana bahagian di dunia ini. Walau bagaimanapun panggilan masuk akan disalurkan ke Ridaa. Gambar menunjukkan En. Rohzan dan En. Hasnun sedang menguruskan pemasangan MyAkses3G.

Tuesday, July 29, 2008

PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 2009

Keputusan penempatan murid tahun 1 2009 telah diperoleh. Oleh itu, ibu bapa yang telah mendaftar anak masing-masing sehingga 17 April 2008, boleh mula membuat pengesahan tersebut di pejabat sekolah mulai jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang pada hari bekerja sahaja mulai 01 Ogos 2008 - 15 Ogos 2008. Surat-surat pemberitahuan telah mula dihantar pada 29 Julai. Sila bawa bersama semua bahan seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut. Ibu bapa diminta mematuhi tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan membuat pengesahan penempatan akan menjejaskan proses penempatan anak tuan/puan.

Peperiksaan Percubaan Setara UPSR Peringkat Negeri Selangor

Diselaraskan di semua sekolah di negeri Selangor pada 29, 30 dan 31 Julai 2008.
Semoga berjaya dan mencapai target yang diharapkan.

Friday, July 25, 2008

PERSEKOLAHAN HARI SABTU 2008

Kementrian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah untuk mengambil cuti tambahan sempena Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali 2008 dan mengantikannya dengan persekolahan hari sabtu seperti berikut :-

1) 26 Julai 2008 mengikut jadual waktu hari Isnin.

2) 9 Ogos 2008 mengikut jadual waktu hari Jumaat.

3) 6 September 2008 mengikut jadual waktu hari Rabu.

Ini bermakna murid sekolah akan mula bercuti untuk perayaan seperti berikut.

1)Hari Raya Aidil Fitri mulai 27 September 2008 hingga 5 Oktober 2008.

2)Hari Deepavali mulai 25 Oktober 2008 hingga 29 Oktober 2008.

Saturday, July 19, 2008

Kelas Tambahan


Setiap hari Sabtu, pelajar Tahun 6 akan hadir untuk kelas tambahan. Dalam gambar merupakan pelajar 6 Elit sedang tekun menjawab soalan matematik yang diberikan.

Friday, July 18, 2008

Kem Bestari Solat

KBS akan diadakam esok, 19 Julai 2008 mulai jam 7.30 pagi. Agihan kumpulan telahpun dilakukan. Pelajar hendaklah terus mendapatkan kumpulan/guru masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila hubunbgi Ustazah Hasneeza Ayub.

Tuesday, July 8, 2008

Buletin Julai




PEMBATALAN PROGRAM LARIAN AMAL PIBG 2008

Program Larian Amal PIBG yang dirancangkan pada 12 Julai 2008, adalah dibatalkan dan akan digantikan dengan program Hari Mesra Keluarga SKS2BK. Program ini dijadualkan akan diadakan pada Sabtu, 18 Oktober 2008. Pihak AJK PIBG dan juga sekolah memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul berikutan pembatalan program Larian Amal ini. Namun demikian, kerjasama semua pihak masih diperlukan dalam menjayakan program-program yang bakal dianjurkan oleh PIBG dan juga sekolah pada masa akan datang. Semoga hubungan antara warga SKS2BK dan ibu bapa serta komuniti setempat dapat dipereratkan dalam melahirkan suasana yang harmoni dan mesra sesama kita.

Guru, ibu bapa, murid walaupun tak sama, tetapi tetap seiring....
Walaupun tak sependapat, tetapi tetap erat....

MESYUARAT PIBG

MESYUARAT PIBG AKAN DIADAKAN PADA 12 JULAI 2008 (SABTU), PADA PUKUL 9.00 PAGI. HARAP SEMUA AJK DAPAT HADIR BAGI MEMBINCANGKAN AKTIVITI PIBG YANG BARU MEMANDANGKAN LARIAN AMAL 2008 DIBATALKAN. HARAP MAKLUM....

Tuesday, July 1, 2008

Kemalangan Isnin 30/6/08, 1 km dari sekolah



Pada 30/06/08, berlaku satu kemalangan ngeri di laluan LDP menghala ke Pusat Bandar Puchong ( di simpang lampu isyarat berdekatan IOI Mall ). Difahamkan kejadian berlaku apabila sebuah treler dari arah Jln Klang Lama merempuh kenderaan yang berada di hadapannya. Kejadian berlaku lebih kurang jam 1.40pm, apabila pemandu treler sepanjang 40 kaki gagal mengawal pemanduannya sebelum merempuh 15 buah kenderaan termasuk sebuah lori kecil, 9 buah kereta serta 5 buah motosikal. Semoga kejadian ini akan membuat kita lebih berwaspada dengan kenderaan besar dan lebih berhati-hati ketika di jalanraya.