Tuesday, December 23, 2008

PERSIAPAN GURU PERSEKOLAHAN 2009

26 Disember 2009 (JUMAAT) ~ 8.00a.m. hingga 12.00
  1. Guru Kelas - semak fail peribadi murid.

  2. Penyelaras Bilik Khas - mengemaskini bilik masing-masing.

  3. Guru Kelas - susun kelas/kemas kelas/ceriakan kelas masing-masing.
27 Disember 2009 (SABTU) ~ 8.00a.m. hingga 12.00

  1. Penyediaan Rancangan Mengajar Tahunan (Berdasarkan Buku Teks untuk semua mata pelajaran).

  2. Penyediaan JSU.

30 Disember 2009 (SELASA) ~ 8.00a.m. hingga 12.30p.m.


  1. Taklimat Orientasi Tahun 1.
  2. Taklimat Program Maju Diri & Program Pemantapan Disiplin.
  3. Persiapan Awal tahun - Buku Rekod Mengajar.

31 Disember 2009 (RABU) ~ 8.00a.m. hingga 12.30p.m.

  1. Mesyuarat Guru.

2 Januari 2009 (JUMAAT) ~ 8.00a.m. hingga 12.00

  1. Hari Orientasi Tahun 1
  2. Pemberian Buku Teks Tahun 1 hingga Tahun 6.


Wednesday, December 10, 2008

Penangguhan Kutipan Bayaran Wajib dan Sumbangan PIBG

Sebagaimana yang dimaklumi, kutipan kedua-dua bayaran tersebut di atas yang sepatutnya dibuat pada 2 Januari 2009 (Jumaat) seperti mana yang dinyatakan dalam edaran SKS2BK 07/03/001(52) bertarikh 6 November 2008. Namun demikian, melalui Mesyuarat Pengurusan Guru Besar/Pengetua Daerah Petaling Perdana Bil 3/2008 pada 25 & 26 November 2008 yang lalu Kementerian Pelajaran telah mengarahkan agar semua sekolah di seluruh negara menangguhkan kutipan kedua-dua bayaran tersebut sehingga dimaklumkan kelak selepas 29 Mac 2009 nanti. Adalah diharapkan dengan ini para ibu/bapa/penjaga mengambil maklum di samping menyebarluaskan makluman ini kepada rakan-rakan yang lain.
Sehubungan itu tarikh pengambilan Buku SPBT oleh ibu/bapa/penjaga dipercepatkan. Tuan/puan boleh mengambil buku-buku tersebut di Bilik SPBT sekolah mulai 16 Disember 2008 hingga 2 Januari 2009 pada hari-hari bekerja di antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Hari Orientasi Tahun 1 2009 masih berjalan seperti yang dijadualkan pada tarikh tersebut dari jam 8 hingga 11.00 pagi.