Thursday, May 29, 2008

33 Kunci Kejayaan Yang Perlu Ada Di Setiap Pelajar



Artikel ini diperolehi ketika menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Motivasi dan Pendidikan Elit di UPM. Kiranya ia dapat memberi manfaat bolehlah 'save' dan cetak.

Wednesday, May 28, 2008

Bengkel Seni Guru-Guru SKS2BK

Unit Panitia Seni Visual SKS2BK, Cik Pang Chin Chee dan Pn Normee Azura telah mengendalikan bengkel seni tradisional untuk guru-guru SKS2BK pada Rabu 28.05.2008. Guru-guru telah diajar untuk membuat wau, kuda kepang dan anyaman tikar. Aktiviti seumpama ini dapat menjana otak bahagian kanan yang mengawal kreativiti. Selain itu ia dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan guru-guru.




Tuesday, May 27, 2008

Pertandingan Mewarna Unit SPBT SKS2BK

Pertandingan mewarna untuk Tahap 1 dan melukis dan mewarna poster Tahap 2 anjuran Unit SPBT telah diadakan pada Khamis 29.05.08 selama 1 jam dari 11am-12pm. Murid-murid menggunakan sepenuhnya kreativiti mereka untuk menghasilkan karya seni mereka.



Bengkel Peta Minda

Pihak sekolah dengan anjuran syarikat Stabilo telah mengadakan bengkel peta minda pada Khamis 22.05.08 dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi kepada murid-murid SKS2BK dari Tahun 4 hingga ke Tahun 6. Menurut Tony Buzan, individu yang mempelopori peta minda, kemahiran membuat peta minda mampu meningkatkan daya ingatan murid. Selain itu faktor kepelbagaian warna dalam peta minda yang dibuat juga dapat mempertingkatkan keupayaan pengstoran maklumat ke dalam memori. Hal ini dibuktikan di akhir sesi di mana murid diuji untuk mencatat semula maklumat yang dilihat pada peta minda yang dipaparkan di layar. Murid-murid yang berjaya mencatat kesemua maklumat dengan lengkap telah diberi penghargaan oleh pihak Stabilo. Adalah diharapkan murid-murid dapat mengamalkan kemahiran peta minda yang dipelajari di dalam pembelajaran.



Sambutan Hari Guru 2008 Peringkat Sekolah

Pada Jumaat 23 Mei 2008 yang lepas, sambutan hari guru peringkat sekolah telah dijalankan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah ikrar guru, persembahan guru, persembahan murid, sukaneka guru, permainan bola jaring di antara guru dan murid dan permainan bola sepak di antara guru dan murid. Pihak kantin juga telah menaja jamuan hari guru.








Pembacaan Teks Ucapan Hari Guru Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



Pada 16 Mei 2008 yang lepas, wakil guru Cik Nurul Ashikin dan Pn Zaida telah membaca petikan ucapan Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena sambutan rasmi hari guru.

Bengkel Bahasa Inggeris & Sains

Untuk meningkatkan prestasi murid-murid tahun 6 dalam subjek Bahasa Inggeris dan Sains dalam Bahasa Inggeris, pihak sekolah telah mengadakan bengkel UPSR Bahasa Inggeris pada Sabtu 03.05.2008 ( 8.00am-10am ) dan bengkel UPSR Sains pada 21.05.2008 ( 3.00 pm-5.30pm). Untuk bengkel Sains, penceramah bengkel Didik , Encik M.Khalimi Dahlan telah dijemput. Semoga segala input yang diberikan dapat dijadikan bekalan berguna untuk menghadapi UPSR tidak lama
lagi.

Bengkel Perancangan Plan Strategik

Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Guru Besar selama 3 jam yang bermula dari pukul 9.00 hingga 12.00 tengah hari. Berbagai maklumat tentang perancangan strategik telah didedahkan kepada semua guru. Diharap maklumat tersebut dapat membantu guru-guru untuk merancang plan strategik, plan taktikal dan plan operasi yang betul di masa akan datang.

Monday, May 26, 2008

Kursus Pengurusan Disiplin Dalam Pembentukan Sahsiah Murid



Kursus tersebut telah diadakan pada 26 Mei 2008 di Bilik Wawasan sebagai salah satu program Perkembangan Staf. Ia disampaikan oleh En. Md. Sukri b. Darus, Pegawai Pencegahan Dadah dan Disiplin PPD Petaling Perdana dengan dihadiri oleh 45 guru.

Saturday, May 24, 2008

"MINI BOWLING"











Pada Jumaat yang lepas, setelah penat bekerja, dan juga untuk melepaskan segala tekanan, kami seramai 20 orang guru & kakitangan SKS2BK, suami & anak-anak menyertai Mini Bowling yang diadakan mulai jam 3.00 ptg - 5.30 petang bertempat di Bukit Jalil Golf Club. Sungguh seronok dengan pelbagai kerenah guru-guru, menjerit, suka, marah, dan macam-macam. Paling melucukan, ada bola bowling yang sepatutnya ke hadapan, tapi meluncur ke belakang. Macamana tu? Walaupun ada di kalangan kami baru pertama kali mencuba, namun gaya dan pencapaian yang ditunjukkan, mengalahkan Shalin Zulkifli. Pelbagai hadiah disediakan untuk kategori juara & naib juara keseluruhan, juara kumpulan, individu terbanyak dan saguhati. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan kepada semua penyumbang hadiah iaitu En Razli, Syarikat Shahoman dan Unit HEM. Semoga di lain kali, aktiviti seperti ini terus diadakan dan mendapat penyertaan yang lebih memberansangkan. Jumpa lagi di temasya bowling di Bukit Jalil Golf Club.

Tuesday, May 20, 2008

Salam dari Bandung

Semoga semua warga sekolah dan PIBG sihat sejahtera. Ucapan selamat berjaya kepada Unit SPBT dalam usaha untuk berjaya di peringkat kebangsaan dalam pertandingan BOSS. Maaf atas keterbatasan masa, ruang dan peluang untuk bersama. Hanya iringan doa yg dapat diberi.

Sunday, May 18, 2008

LARIAN AMAL 2008

Kertas Kerja Program Larian Amal 2008 telah pun mendapat kelulusan daripada PPD Petaling Perdana. Tindakan susulan akan dibuat bagi melancarkan program ini.

Friday, May 16, 2008

SPBT - HADIAH ISTIMEWA PADA HARI GURU

Hari ini merupakan hari guru yang cukup manis dan indah untuk dikenang selamanya, khasnya bagi guru-guru Unit SPBT dan amnya guru-guru SKS2BK. Penat lelah kita berkorban masa, tenaga dan sebagainya, akhirnya membuahkan hasil yang cukup MANIS dan CEMERLANG. TAHNIAH, SPBT JOHAN NEGERI SELANGOR! teruskan usaha untuk kegemilangan di peringkat KEBANGSAAN. Hanya ada 2 minggu untuk bersedia. Perjuangan mesti diteruskan...Sekalung tahniah dan terima kasih, khas daripada saya buat anda semua yang telah sudi bersama-sama saya mengharungi pahit manis sepanjang membuat persediaan untuk pertandingan di peringkat negeri... tanpa sokongan anda, kejayaan ini sukar digapai...TERIMA KASIH CIKGU!

TAHNIAH......BUAT GURU SPBT.

Sekalung tahniah dan penghargaan buat Pn. Nafisah (PK HEM), semua guru unit SPBT, semua guru kelab SPBT, semua guru kelab SPBT, guru-guru lain membantu, AJK PIBG, ibu bapa dan sumbangan dari pihak luar yang banyak membantu dari segi kewangan, masa dan tenaga. Kejayaan bagi mewakili Negeri Selangor untuk Pertandingan Peringkat Kebangsaan merupakan hadiah yang manis sempena Hari Guru untuk seluruh warga SKS2BK. Syabas.....! Selepas ini kerja keras untuk seluruh guru-guru SKS2BK bagi membantu penambahbaikan SPBT sekolah supaya berjaya dalam Pertandingan di Peringkat Kebangsaan ini.

blog pibg sks2bk

pihak pibg sks2bk ingin mengumumkan kepada warga sks2bk dan ibu bapa bahawa blog pibg sks2bk telah diwujudkan dan boleh dilawati di http://sks2bkpibg.wordpress.com atau klik pada Blog PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara dalam ruang pautan di blog ini. maklumat untuk cara mendaftar sebagai ahli blog pibg sks2bk boleh didapati di dalam blog tersebut

ibu bapa serta warga sks2bk digalakkan menjadi ahli berdaftar blog pibg untuk memberi komentar kepada sebarang makluman / maklum balas / usul / cadangan. ahli juga boleh mengemukan sebarang makluman / maklum balas / usul / cadangan kepada jawatankuasa pibg sks2bk untuk tindakan.

diharap blog pibg sks2bk menjadi pentas yang berguna untuk membantu pihak pibg sks2bk memberikan perkhidmatan yang bersesuaian kepada pihak ibu bapa serta sekolah dalam meningkatkan usaha kebajikan murid-murid dan imej sekolah.

Thursday, May 15, 2008

"SELAMAT HARI GURU"

"GURU CEMERLANG, NEGARA TERBILANG"...
Khas untuk semua guru SKS2BK:
Ketabahan, keikhlasan, kesungguhan dan keyakinan anda menjadikan anda semua guru yang cemerlang! Kecemerlangan anda melahirkan bangsa yang gemilang, kegemilangan bangsa menjadikan negara kita terbilang...

Terima kasih CIKGU!...SELAMAT HARI GURU!

Tuesday, May 13, 2008

SUMBANGAN PERMUAFAKATAN TAHUN 6

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada ibu bapa murid Tahun 6,

Terlebih dahulu pihak sekolah dan PIBG mengucapkan ribuan terima kasih di atas penglibatan
semua ibu bapa yang memberi kerjasama kepada pihak sekolah menjalankan dan melaksanakan program-program Tahun 6 pada tahun ini. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sumbangan kewangan kepada sekolah dan PIBG bagi menerajui kecemerlangan anak-anak yang mengambil UPSR pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, pihak PIBG ada membuat pemulangan sumbangan wang tersebut atas arahan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan setakat ini masih ada beberapa ibu bapa yang masih belum mengambil sumbangan tersebut di sekolah. Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan sehingga 23 Mei 2008. Sekiranya pihak ibu bapa ingin mengambil sumbangan wang tersebut melalui anak sila sertakan surat semasa pengambilan wang sumbangan tersebut.
Berikut adalah senarai nama tuan/puan di Tahun 6 :

Tahun 6 Amanah
1. Khairulzaman b. Musa Asha'ari
2. Fazril Iftikar b. Azlan

Tahun 6 Bijak
1. Siti Sabirah bt. Rahman
2. Sharmanraj a/l Sivakumar
3. Tanusha a/p Chandra Mogan

Tahun 6 Cekal
1. Mohd Safwat b. Mohd Redzil
2. Muhd Nazhim b. Nazilan

Tahun 6 Dedikasi
1. Muhammad Izzuddin Ashyibli b. Mohamed Hatta
2. Muhammad Shahril b. Amirrudin
3. Shahrir Shafey b. Shaharudin
4. Norhidayati bt. Abu Hurairah
5. Siti Ainabila bt. Hasnan
6. Wan Nuralia bt. Wan Zefri

Tahun 6 Elit
1. Azim Haziq b. Amat
2. Azrul Fahmi b. Jailani
3. Deepak a/l Nantha Kumar
4. Harivin Nathan a/l Ramesh Anand
5. Mohammad Shaffiq b. Habidin
6. Muhammad Azim b. Mohd Saiful Bahren
7. Nidzam Shah b. Ekbal Hussain
8. Syed Muhamad Suhayl b. Syed Azman
9. Aishah Marrisa bt. Effendy
10.Esther Tay May Yuin
11. Farah Liyana bt. Abdul Aziz
12. Lee Mae Yen
13. Nik 'Ainaa Syakirah bt. Nik Ghazali
14. Nur Nadhirah bt. Abdullah Saidi
15. Pamynder Kaur a/p Manjit Singh
16. Shahira Shazwani bt. Mohd Zeyawdeen

PEMBATALAN AKTIVITI KOKURIKULUM 14/5/08

SELAMAT SEJAHTERA WARGA SKS2BK

Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu 14.05.2008 di batalkan berikutan hari peperiksaan yang akan bermula pada 15.05.2008 ini. Sehubungan dengan itu, dapat memberi kesempatan kepada murid murid mempersiapkan diri untuk menghadapi PKSR2 .Aktiviti kokurikulum pada 21.05.2008 akan berjalan seperti biasa .
Sekian harap maklum.
Selamat menghadapi peperiksaan dengan tenang,semoga berjaya-GPK KOKURIKULUM

Monday, May 12, 2008

TAHNIAH KEPADA PELAJAR TERBAIK PKSR 1 2008

PELAJAR TERBAIK PKSR 1/2008



Tahun 1 Nur Muhd Faiz Mohd Zulhaizan (1C)

Tahun 2 Nivedha a/p Vadivelu (2B)

Tahun 3 Sumedha Ram a/l Bavanaselvan (3B)

Tahun 4 Satish a/l Loganathan (4B)

Tahun 5 Ng Kai Jun (5B)

Tahun 6 Hashvini a/p Loganathan (6E)



PELAJAR 5A PKSR 1/2008



1. Hashvini a/p Loganathan

2. Kaashiminee a/p Gunasekaran

3. Esther Tay May Yuin

4. Ily Alia bt. Dewaluddin

5. Farah Liyana bt. Abdul Aziz

6. Imanina Nadhirah bt. Feisal

7. Grace Tan Ke En

8. Zuzamil Danial b. Nor A'azizam

9. Chloe Choe Wei Ee

10. Muhammad Azim b. Mohd Saiful Bahren

11. Farah Asyiqin bt. Muhamad Ali

12. Wan Nuralia bt. Wan Zeti



"SYABAS ! TINGKATKAN DAN KEKALKAN KECEMERLANGAN ANDA"

Sunday, May 11, 2008

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM & MATH (UPSR)





Bengkel teknik menjawab soalan BM dan Math ini telah diadakan pada hari sabtu 10 mei 2008 pada pukul 8.00 pagi di Pusat Sumber. Murid-murid yang menyertai bengkel ini terdiri daripada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR September ini. Penceramah daripada luar telah dijemput. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid teknik-teknik menjawab soalan UPSR dengan betul dan berkesan.