Monday, June 30, 2008

Selamat Datang!

Hari ini Pn. Khuzaimah yang bertukar dari Bintulu Sarawak datang melapor diri bersama-sama dengan lima orang guru praktikum. Guru Praktikum terdiri daripada 3 orang major matematik 2 orang major bimbingan dan kaunseling. Mereka adalah En. Razali Aman (Kaunseling), En. Mahyuddin Abdullah (Matematik), En. Maharuddin Mahamud (Matematik), En. Mohd. Rashdan Abd. Rashid (Matematik) dan En. Nor Azmi bin Yusoff (Kaunseling). Berikut ialah alamat emel mereka (mengikut susunan nama di atas):
Selamat Datang dan Selamat Berbakti!

UPSR Semakin Hampir

Tinggal lagi 69 hari lagi UPSR. Sesi pep talk diadakan setiap hari Selasa untuk meningkatkan motivasi pelajar Tahun 6

Perkhemahan Unit Uniform 2008 -Jumpa Lagi Tahun Hadapan





Friday, June 27, 2008

LAWATAN PEMANTAUAN OLEH BAHAGIAN KESIHATAN MPSJ



Pagi tadi, seramai 3 orang pegawai dari MPSJ telah datang membuat pemantauan persekitaran sekolah. Kawasan-kawasan yang dipantau adalah kawasan longkang sekolah, kantin, taman-taman sekolah serta tandas. Laporan daripada pegawai MPSJ, kawasan sekolah didapati dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, sekolah diminta sentiasa peka terhadap kawasan-kawasan yang terdedah kepada pembiakan nyamuk aedes, agar perhatian yang lebih diberikan kepada kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

Thursday, June 26, 2008

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM 2008

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform tahun 2008 akan akan berlangsung pada 27-29hb Jun 2008,bertempat di SK.Seksyen 2 Bandar Kinrara. Aktiviti pendaftaran akan bermula jam 4:00 ptg hingga 5:00 ptg. Seramai 250 orang peserta murid murid tahap 2 terdiri daripada gabungan kelima- lima Unit Beruniform seperti PBSM,pengakap,Tunas Puteri Puteri Islam dan Tunas Remaja Kadet Sekolah akan menyertainya. Sebagaimana tahun tahun sebelumnya, banyak aktiviti yang mencabar kreativiti dan minda murid apabila mereka menyertai perkhemahan ini.
Di antara aktiviti menarik yang disusun ialah aktiviti suaikenal,pemasangan khemah,mencari harta karun,pemasangan gajet,pertandingan memasak,kawad kaki,senamrobik dan malam kebudayaan. Kesemua guru terlibat dalam perkhemahan tersebut dan mereka akan bertugas mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan. Tentatif program dan maklumat terkini akan ditampal di papan kenyataan di pondok pengawal dan papan kenyataan kokurikulum.
Semoga warga guru dan murid yang menyertai perkhemahan ini akan mendapat pengalaman bermakna dan bermanfaat kepada kita semua.

Wednesday, June 25, 2008

Kerja Ubahsuai Bilik Pemulihan

Bilik Stor di hujung blok D aras 2 sedang dibuat kerja ubahsuai untuk dijadikan Bilik Pemulihan. Pada masa ini kerja-kerja pemecahan dinding sedang dilakukan dan menyebabkan terdapat banyak batu-batu, habuk dan lain-lain yang boleh menimbulkan bahaya di kawasan tersebut.

Memandangkan Bilik Muzik dan Tahun 1 terletak di aras tersebut, diharap para ibubapa dapat mengingatkan anak-anak agar menjauhi kawasan tersebut sebagai lanjutan daripada peringatan yang pihak sekolah telah beri.


Tuesday, June 24, 2008

Poskod Baru Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara,
Jalan BK 3/8, Bandar Kinrara,
47180 Puchong
Selangor

Petikan dari web http://wapedia.mobi/ms/Puchong?t=9.#10.
10. Pembahagian kawasan poskod baru
Puchong adalah kawasan yang paling pesat membangun di Selangor dan berikutan dengan itu, pertambahan penduduk telah menyebabkan kawasan ini terpaksa dibahagikan kepada 10 zon poskod baru. Ini bagi memudahkan kawasan-kawasan ini dikenali melalui poskod baru.


Kawasan yang menggunakan poskod 47100
Bandar Puteri
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
Puchong Batu 12 sehingga Batu 14
Taman PKNS
Taman Puchong Hartamas
Taman Puchong Impian
Bandar Puchong Utama
Kampung Pasir Baru
Kampung Bunga Melur
Kampung Pasir Cina
Kampung Baru Puchong
Koi Tropika


Kawasan yang menggunakan poskod 47110
Taman Saujana Puchong
Taman Lestari Puchong
Pusat Bandar Puchong Gateway
Taman Mutiara Indah
Bandar Alpania
Kampung Baru Orang Asli Batu 14
Heron Residency
Laman Grandview


Kawasan yang menggunakan poskod 47120
Bandar Bukit Puchong
Taman Desa Air Hitam
Taman Perindustrian Meranti Jaya
Taman Meranti Jaya
Taman Putra Impiana
Taman Tasik Puchong
Pulau Meranti
Taman Meranti Indah
Taman Perindustrian Tasik Perdana
Duta Perdana
Taman Meranti Permai
Taman KiPark Puchong
Desaria Apartment
Taman Abadi Tien Nien


Kawasan yang menggunakan poskod 47130
Taman Putra Perdana
Taman Aman Putra
Bandar Nusaputra
Taman Putra Prima
Taman Mas Sepang
Taman Pinggiran Cyber


Kawasan yang menggunakan poskod 47140
Taman Puchong Utama
Taman Perindustrian Puchong Utama
Taman Perindustrian Maju Jaya


Kawasan yang menggunakan poskod 47150
Taman Puchong Utama-Jalan Mawar and Jalan Utama sahaja
Taman Puchong Perdana
Taman Desa Millenium
Taman Puchong Prima
Taman Tasik Prima
Taman Puchong Permai
Taman Puchong Permata
Taman Puchong Indah
Taman Puchong Intan
Puchong Batu 12 3/4
Kampung Tengah
Kampung Kenangan
Kampung Kuala Sungai Baru
Kampung Sri Aman
Kampung Sri Puchong
Kampung Bersatu
Kampung Sri Andalas
Kampung Sri Langkas
Taman Puchong Tekali


Kawasan yang menggunakan poskod 47160
Taman Perindustrian Puchong
Pusat Bandar Puchong
Taman Sri Puchong
Setia Walk
Taman Lake Edge
Taman Lake Residency
Taman Mutiara Puchong
Taman Wawasan-Jalan Wawasan 1 sehingga 5
Austral Yarra Link


Kawasan yang menggunakan poskod 47170
Bandar Puchong Jaya
IOI Mall
Taman Tenaga
Taman Aman Sari


Kawasan yang menggunakan poskod 47180
Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6
Taman Kinrara TK 1 Sehingga 2
Taman Perindustrian Kinrara
Taman Puncak Kinrara
Taman Bukit Kinrara
Taman Paik Siong
Taman Damai Utama


Kawasan yang menggunakan poskod 47190
Taman Kinrara TK 3 Sehingga 4
Taman Mawar
Taman Kandan Baru
Taman Kandan Lama
Taman Bukit Kuchai
Taman Sunway Kinrara


Kawasan yang menggunakan poskod 43300
Alam Sanctuary
Taman Prima Tropika
Lestari Permai
Suria Tropika
Taman Puncak Jalil

Monday, June 23, 2008

SK Subang Bestari: Tender Kantin Sekolah

Sekolah ini sedang menawarkan tender untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2010. Keterangan lanjut bolehlah melihat surat tawaran tersebut di papan kenyataan mana-mana sekolah yang berhampiran. Borang tender hendaklah sampai ke sekolah tersebut tidak lewat dari 12.00 tengah hari 30 Ogos 2008. No. Telefon sekolah tersebut ialah 03-78457401.

Sunday, June 22, 2008

PENJAGAAN BUKU TEKS SPBT

Kepada semua murid diharap dapat menjaga dan sentiasa menggunakan buku teks dengan baik. Buku teks perlulah sentiasa berbalut dengan baik dan tidak diletakkan merata-rata tempat. Bawalah buku mengikut jadual waktu kelas masing-masing. Kerjasama semua murid diperlukan untuk memastikan buku teks kita sentiasa berkeadaan baik. Cintakan ilmu, lalu cintakanlah buku teks kita. Terima kasih dan salam sayang untuk semua murid.

Saturday, June 21, 2008

Hari Terbuka Menandatangani Kad Profil

Hari terbuka menandatangani kad profil berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada PIBG yang turut serta membantu pihak sekolah menjayakan hari terbuka ini.







Friday, June 20, 2008

Majlis Penutupan Minggu HEM





Majlis penutupan Minggu HEM telah diadakan dari jam 7.30am hingga 8.05am. Minggu HEM ini diakhiri dengan persembahan murid 4 Elit dan 6 Cekal, nyanyian bersama warga SKS2BK dan bacaan ikrar warga SKS2BK Anti Dadah.

Thursday, June 19, 2008

Bengkel Membuat Blog Guru-Guru Fasa 2

Bengkel membuat blog guru-guru fasa 2 telah dijalankan pada 1.30-2.3opm di mana guru besar, En Sukimin telah bertindak sebagai jurulatih utama. Kini, guru-guru SKS2BK menuju ke arah paperless society & e-society, segala maklumat mahupun taklimat akan disampaikan menerusi e-communication.












Kuiz Bertulis Minggu HEM

Kuiz dijalankan selama 30 minit bermula dari 7.30 am- 8.00 am secara serentak
Tahun 1&2 -Kesihatan & Keselamatan
Tahun 3&4 - SPBT & Disiplin
Tahun 5&6 - Anti Dadah & Kerjaya









Wednesday, June 18, 2008

Ceramah Kesedaran Keselamatan Kanak-Kanak

Kita sering berpendapat negara kita umumnya, sekeliling kita khususnya adalah selamat untuk anak-anak kita. Ironinya, kes-kes jenayah terutamanya jenayah penculikan kanak-kanak semakin meningkat statistiknya. Atas kesedaran terhadap senario semasa ini, PIBG dan pihak sekolah telah mengambil langkah memberi pendedahan kepada murid-murid SKS2BK, kaedah untuk bertindak ketika berhadapan dengan jenayah penculikan. Ceramah berserta demo untuk Tahap 2, bertajuk Bertindak Bijak Berhadapan Ancaman Bahaya Jenayah telah diadakan pada hari ini sempena Minggu HEM. Ceramah diberikan oleh Master Saiful Hamiruzzaman Mohd Nazi di dewan sekolah dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Untuk rekod , Master Saiful dijemput khas dari The Green Hornet Sdn Bhd. Jutaan terima kasih dari pihak sekolah kepada ibu bapa yang memberi sumbangan menaja ceramah ini.
















Tuesday, June 17, 2008

Ceramah Keselamatan Diri- Katakan Tidak, Lari dan Beritahu

Ceramah untuk Tahap 1 ini diadakan sempena Minggu HEM. Ceramah diberikan oleh Cik Wong Lai Cheng untuk 3 Amanah dan 3 Dedikasi di Pusat Sumber dari jam 10.30 pagi hingga 12.15 tengahari. Manakala untuk 3 Bijak, 3 Cekal dan 3 Elit akan diadakan pada slot yang akan datang. Untuk rekod, penceramah Cik Wong Lai Cheng adalah Training & Education Executive dari Protect And Save The Children. Jutaan terima kasih dari PIBG dan pihak sekolah kepada ibu bapa yang memberi sumbangan menaja ceramah ini.