Thursday, April 30, 2009

BULAN PEMAKANAN SIHAT ANJURAN HOSPITAL SERDANG

Hari ini iaitu 30 April 2009 (Khamis) sekolah kita dan beberapa buah sekolah yang terpilih telah dijemput untuk memasuki pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan kuiz kesihatan bagi tahap 2 di Hospital Serdang.

Bagi pertandingan kuiz kesihatan sekolah kita telah mendapat tempat ket-3 dengan perbezaan 1 markah dari tempat ke-2 dan perbezaan 4 markah dari tempat pertama. Dari peringkat saringan pertama mengalahkan pelajar SJK (T) Kajang. Seterusnya ke peringkat separuh akhir mengalahkan pelajar SK Putrajaya Presint 8 dan akhirnya menjadi salah satu daripada 4 buah sekolah yang mara ke peringkat akhir.

Tahniah ! buat adik Aiman Anaqi, Amirah dan Monica dari kelas 6 Zuhal. Kita akan pergi ke Hospital Serdang lagi untuk mengambil hadiah dalam satu lagi majlis pada 14 Mei 2009.

Semoga semua "kanak-kanak sihat, negara lebih sihat"yang merupakan tema bulan pemakanan sihat. Oleh itu diharap semua "kanak-kanak SKS2BK sihat, SKS2BK lebih sihat".

Friday, April 24, 2009

Sekolah Ganti: 25 April 2009 (Jadual Hari Khamis)

Berikutan arahan pembatalan sekolah ganti oleh PPD pada 2 minggu lepas, maka ia dibawa ke hari esok, 25 April 2009 dengan mengikut jadual hari Khamis.

ANALISIS KEHADIRAN KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

Kehadiran pada tarikh 20 - 23 April 2009
1. 20.04.2009 (Isnin) : 90.5%
2. 21.04.2009 (Selasa): 86 %
3. 22.04.2009 (Rabu) : 85.9%
4. 23.04.2009 (Khamis): 91 %

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar ibu bapa dapat membenarkan anak masing-masing menghadiri kelas tambahan seperti yang telah dimaklumkan. Semoga SKS2BK dapat menggapai impian 60 orang murid mendapat 5A. SKS2BK BOLEH!

Wednesday, April 22, 2009

Pengurusan Tertinggi Pendidikan (April 2009)


Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia
(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran),
Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.


Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Timbalan Menteri Pelajaran I

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.


Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI
Timbalan Menteri Pelajaran II

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA. .


Y.Bhg. Dato' Dr. Zulkurnain B. Hj. Awang
Ketua Setiausaha KPM


Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin B. Hj. Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Dr. Haji Zahri bin Aziz

Pengarah Pelajaran Selangor





Puan Foziah bt. Buang
Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana

Tuesday, April 21, 2009

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6





Satu program motivasi kemahiran belajar melalui peta minda telah dijalankan pada 21 April 2009 dari 8.00 pagi hinga 2 petang yang telah dikendalikan oleh Pn. Susan Thomas dari Universiti Monash. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan merangsang otak kiri dan kanan pelajar dengan mengunakan peta minda. Pelajar juga perlu menghasilkan peta minda dalam kumpulan.

Laporan Kedatangan Kokurikulum Unit Beruniform

Hari : Rabu
Tarikh :15.04.2009

Rekod Peratusan Kehadiran Murid Mengikut Unit:

1) Pengakap: 62%
2) Persatuan Bulan Sabit Merah: 60.1%
3) Puteri Tunas: 61.3%
4) Puteri Islam: 76%
5) Tunas Kadet Remaja Sekolah: 70%

Peratus kehadiran murid keseluruhan: 64.60%

Adalah diharapkan kerjasama warga guru dan ibu bapa bagi memastikan kedatangan murid terus meningkat dari masa ke semasa. Dengan kehadiran murid dalam setiap kali aktiviti kokurikulum, mereka akan memperolehi banyak faedah dan pengetahuan baru. Di samping itu, murid juga dapat belajar berdikarikan dan mendisiplinkan diri. Oleh itu, marilah kita menjayakan aktiviti kokurikulum sekolah. Terima kasih.

Sunday, April 19, 2009

Tidak lagi bergantung 100% peperiksaan – TPM

KUALA LUMPUR 18 April – Sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi penting tahun depan apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar.

Untuk itu, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) akan diperkenalkan yang memasukkan kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan dimulakan dengan murid prasekolah dan tahun satu.

SPPK akan menyebabkan penumpuan terhadap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan.

“Langkah ini secara keseluruhannya akan menyediakan modal insan yang holistik,” katanya yang juga Menteri Pelajaran.

Teks ucapan Muhyiddin dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong sempena pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Tahap pencapaian pelajar buat masa ini diukur 100 peratus kepada prestasi mereka ketika menjawab soalan peperiksaan akhir tahun dan awam.

Ka Siong pada sidang akhbar selepas itu berkata, SPPK akan meletakkan penekanan terhadap proses pembelajaran secara menyeluruh dan bukan setakat menjawab soalan peperiksaan sahaja.

Katanya, langkah itu menjadikan sistem pendidikan negara tidak terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga kelihatan mengabaikan aspek-aspek lain yang sama penting.

Malah, kata beliau, untuk jangka panjang, kementerian juga sedang menilai sama ada perlu mengadakan sehingga tiga peperiksaan awam.

Alimuddin ketika ditemui menambah, di bawah SPPK, pemberian markah untuk pelajar akan terdiri daripada empat punca iaitu:

- Psikometri (sikap atau sahsiah seseorang pelajar)

- Kokurikulum

- Berasaskan sekolah (peperiksaan mingguan dan bulanan)

- Berpusat (Lembaga Peperiksaan menyediakan soalan standard peperiksaan di semua sekolah).

Jelas beliau, melalui SSPK, penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan lebih maksimum.

Katanya, pihak kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UPSR adalah berasaskan pentaksiran dan hanya 30 peratus melalui peperiksaan umum.

Bagi PMR pula, katanya, 50 peratus berdasarkan pentaksiran dan 50 peratus lagi dalam peperiksaan manakala untuk SPM, 30 peratus berdasarkan pentaksiran serta bakinya melalui peperiksaan.

“Untuk SPM kita menumpukan lebih sedikit pada peperiksaan kerana keputusan itu penting bagi penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.

Jelas beliau, projek perintis SSPK telah dilaksanakan melibatkan 50 sekolah pada tahun lalu dan 500 lagi pada tahun ini.

Katanya, maklum balas yang diterima termasuk daripada para guru adalah amat positif.

Beliau berkata, pengenalan SSPK tidak akan membebankan para guru kerana sebahagian pendekatan sistem itu sudah pun dimulakan.

“Sekarang ini pun dah buat, kita ada ujian mingguan, ujian bulanan dibuat oleh guru, tetapi semuanya hanya simpan di sekolah dan tidak dimasukkan dalam keputusan akhir peperiksaan.

“Macam itu juga dengan kokurikulum, sekarang pun ada pelajar jadi pengawas, main bola untuk sekolah, cuma tidak dimasukkan secara rasmi dalam penentuan gred peperiksaan awam pelajar,” katanya.

Jelasnya, sistem pentaksiran akan dimulakan dari tahun satu hingga enam untuk UPSR, tingkatan satu hingga tiga bagi PMR manakala tingkatan empat dan lima untuk SPM.

Katanya, kumpulan pertama pelajar yang akan dinilai UPSR mereka menggunakan kaedah SPPK ialah pada tahun 2015 iaitu apabila murid tahun satu 2010 menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan.

Jelas Alimuddin, beliau yakin SPPK akan dapat mencapai objektifnya kerana ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Oleh ARSHAD KHAN
Pengarang@utusan.com.my

Thursday, April 16, 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR BERSAMA PELAJAR UITM

Borang bagi menyertai Program Kecemerlangan Pelajar telah diserahkan pada pagi ini oleh Pn. Juliana (Tahun 6) dan Cik Marlina (Tahun 5). Jadual aktiviti turut disertakan. Program ini akan diadakan pada 15-16 Mei 2009. Pn. Juliana memberi penerangan mengenai program tersebut kepada pelajar. Sambutan daripada murid amat menggalakkan walaupun bilangan peserta adalah terhad. Oleh itu, peserta program akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan iaitu penilaian dari aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum. Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan.

LAWATAN PENANDA ARAS KE BILIK BOSS SPBT SKS2BK DARI SK PUNCAK ALAM 2




Pada 16 April 2009, jam 2.30 petang, seramai 15 orang guru SK Puncak Alam 2 dengan diketuai oleh Guru Besarnya, En Adzhar dan YDP PIBG, En Zul telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Bilik BOSS SPBT sekolah kita. Lawatan ini turut diiringi pegawai SPBT JPN Selangor, Pn Amri Yahya. Lawatan tersebut adalah sebagai persiapan awal SK Puncak Alam 2 untuk menyertai pertandingan pengurusan BOSS SPBT yang disasarkan pada tahun 2010. Dalam lawatan tersebut, pelbagai maklumbalas dan perkongsian ilmu dapat dikongsi bersama antara kedua-dua sekolah dalam meningkatkan lagi pengurusan bilik BOSS SPBT. Minat yang begitu mendalam ditunjukkan oleh Guru Besar dan YDP PIBG. Lawatan berakhir pada jam 4.30 petang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua AJK SPBT SKS2BK yang telah bersama-sama berkongsi pengalaman dari mula hingga akhir lawatan tersebut.

SEMINAR KESIHATAN MENTAL DIKALANGAN KANAK-KANAK

Pada 9 April 2009 satu seminar kesihatan mental dikalangan kanak-kanak telah diadakan di Pusat Pengurusan Latihan JPS, Seksyen 6, Shah Alam. Semiar ini adalah anjuran Unit Psikiatri Remaja & Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya bersama Unit Pendidikan Khas JPS.

Kanak-kanak dan kesihatan mental

Kesihatan mental yang baik semasa alam kanak-kanak menentukan kesihatan mental yang stabil sepanjang alam dewasa. Pengalaman semasa kecil membina dan memperkukuhkan kesihatan mental, yang mana ini perlu dan menentukan asas kesihatan fizikal dan mutu kehidupan seseorang itu.

Q1) Apakah dia kesihatan mental?


  • Tidak berpenyakit fizikal tidak bermakna kesihatan mental seseorang itu baik.
  • Kesihatan mental adalah cara kita berfikir, merasa dan berkelakuan.
  • Ia juga adalah bagaimana kita berinteraksi bersama orang lain.
  • ia adalah bagaimana seseorang melihat dirinya, masalah mereka dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah itu, bagaimana seseorang itu menilai dan membuat pilihannya.
  • Ia juga bagaimana seseorang itu berusaha untuk mencapai apa yang dikehendaki dan dilihat perlu di dalam kehidupan mereka.

Ramai kanak-kanak yang mengalami masalah di dalam kehidupan mereka tetapi orang dewasa tidak mengambil kira atau memperkecilkan perkara ini. Kanak-kanak membentuk 39% dari populasi dunia dan WHO menganggarkan 20% dari kanak-kanak ini mempunyai masalah kesihatan mental. Ramai diantaranya tidak dikesan dan tidak menerima rawatan.

Apa akan berlaku jika kanak-kanak ini tidak menerima pertolongan?

  • Mereka tidak boleh belajar dan melaksanakan tugasan mereka seperti rakan sebaya.
  • Mereka berisiko untuk hilang minat dan tidak menghabiskan pembelajaran mereka.
  • Mereka lebih berisiko ponteng dan berkemungkinan besar untuk dibuang sekolah.
  • Dari pengaruh kawan-kawan, mereka berisiko untuk mula merokok atau mencuba, dan menggunakan berbagai jenis dadah.
  • Mereka lebih ingkar, membantah dan kurang bekerjasama dengan ibu bapa dan guru.
  • Mereka berisiko untuk melarikan diri dari rumah.
  • Untuk membantu tabiat mereka, mereka lebih menggunakan kekerasaan dan ugutan untuk mendapatkan kehendak mereka.
  • Mereka lebih berisiko untuk melakukan kelakuan berisiko tinggi pada umur yang agak muda contoh menggunakan kekerasan, bertindak aggresif, atau terlibat dan melakuan kelakuan seksual.
  • Mood mereka mudah berubah menjadi murung, sedih atau mudah meradang.
  • Bersama dengan perubahan dalam mood mereka, mereka sering mempunyai pemikian yang negetif tentang diri mereka dan alam sekitar, mereka merasai mereka tidak berguna, hilang harapan dan bersalah. Mereka sering menyalahi diri mereka merasai mereka tidak berguna, sampai ke tahap ini, mereka bertindak ganas terhadap diri sendiri atau orang lain.
  • Ada yang berfikiran tidak ada gunanya untuk terus hidup.
  • Alam kanak-kanak sepatutnya merupakan masa yang dipenuhi dengan keseronokkan, kekaguman dan perasaan keriangan. Tetapi yang sebenarnya, bagi kebanyakkan kanak-kanak ini alam mereka berbeza. Ketahui bila anak anda atau rakan mereka mungkin mengalami kesusahan :-

Akademik

  • Aduan mengenai masalah membaca, menulis atau mengira.
  • Prestasi sekolah yang tidak memuaskan walaupun kanak-kanak itu berusaha.
  • Penurunan prestasi sekolah yang mendadak atau mengejut.

Kelakuan

  • Aduan dari guru atau rakan sebaya tentang kanak-kanak itu susah atau tidak boleh duduk diam di dalam kelas, mereka sentiasa perlu bergerak, meninggalkan tempat duduk mereka atau mengacau atau bercakap-cakap dengan mereka semasa guru mengajar.
  • Hiperaktif, gelisah, tidak boleh duduk diam melainkan semasa menonton telivisyen, atau bermain komputer.
  • Sentiasa tidak boleh mengikut kata atau arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap ibu bapa, guru atau rakan.
  • Membuli dan sering menggunakan ugutan pada orang lain.
  • Sering dibuli
  • Tidak mudah berkawan
  • Selalu mudah marah dan bertindak aggresif contoh menjerit, membaling atau memukul orang lain.
  • Perubahan dalam corak pemakanan atau tidur mereka
  • Hilang atau kurang tenaga dan motivasi
  • Hilang atau kurang minat dalam alam persekolahan atau aktiviti yang dahulunya diminati mereka.
  • Makan terlampau banyak, atau membuang, menjauhi dan takut makan
  • Merokok untuk menolong mereka mengendalikan diri mereka
  • Iedea dan kelakuan yang tidak biasa seperti suka menyendiri, merasa cemas atau ketakutan.

Emosi

  • Menyuarakan kebimbingan, ketakutan atau perasaan cemas.
  • Muka dan perasaan muram, sentiasa atau mudah menangis.
  • Selalu cepat marah dan hilang kawalan diri.
  • Menyuarakan merasa kebingungan, tertekan, susah hati atau tidak gembira.
  • Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi ngeri atau sedih, sentiasa letih, susah untuk menumpukan perhatian atau tidak boleh berfikir dengan betul.
  • Sentiasa berfikiran negatif, hilang kemampuan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah.
  • Mengadu telah disentuh oleh orang lain dan tidak merasa selesa atau tidak dapat melupakan kejadian itu.
  • Takut gemuk dan mulai tidak makan dengan betul.

Mengetahui bila kanak-kanak ini memerlukan pertolongan dan mengambil tindakan awal, menolong kanak-kanak dan keluarga mereka menyelesaikan masalah mereka sebelum terlambat. Ini menurunkan risiko masalah itu menjadi serius atau berpanjangan.

Q Siapa yang boleh menolong ?

  • Keluarga, guru dan rakan-rakan menyedari yang ada tak kena dengan kanak-kanak itu.
  • Bercakap dengan mereka suara yang sesuai dan cuba mengetahui perkara apa yang mendatangkan kesan terhadap mereka (Gently talk to them to find out).
  • Orang dewasa boleh bercakap kepada orang dewasa lain yang memahami dan mengetahui akan jalan menangani masalah di kalangan kanak-kanak.
  • Jangan sekali meminimumkan atau menyingkirkan masalah kanak-kanak itu, masalah ini selalunya tidak hilang begitu sahaja dengan umur kanak-kanak itu, jika tidak diambil kira, masalah itu akan berpanjangan dan menjadi lebih serius.
  • Bila masalah tidak hilang walaupun telah berusaha, kanak-kanak itu perlu menerima rawatan dari pihak-pihak tertentu (qualified professional, a doctor, paediatrician, clinical psychologist or psychiatrist).

Q Dimana mendapatkan pertolongan ?

  • Kebanyakan doktor yang merawat kanak-kanak mengetahui dan boleh memberikan pertolongan atau merujuk kepada pakar-pakar jika masalah berterusan atau serius.
  • Kebanyakan hospital-hospital besar ada kaedah untuk menolong kanak-kanak ini.

Wednesday, April 15, 2009

CADANGAN PENGGUNAAN WHITE BOARD (PAPAN PUTIH) DI KELAS MENGGANTIKAN PAPAN HITAM

Memandangkan penggunaan papan hitam banyak mendatangkan mudarat kepada pelajar dan juga guru seperti meningkatnya jumlah mereka yang mengidap lelah, batuk, dan sakit tekak, pihak sekolah bercadang untuk menukarkan papan hitam tersebut kepada papan putih (white board). Cadangan yang serupa juga telah disuarakan oleh beberapa orang ibu bapa kepada pihak sekolah. Oleh itu dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada 11 April yang lalu, ia telah diketengahkan dan mendapat reaksi yang positif dari AJK PIBG. Namun demikian, PIBG tidak dapat mengeluarkan peruntukan yang agak tinggi untuk membiayai pembelian papan putih tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, AJK PIBG mencadangkan agar memohon sumbangan papan putih daripada ibu bapa yang berkemampuan. Oleh itu, sekiranya ada di kalangan ibu bapa yang ingin memberi sumbangan papan putih atau sumbangan berupa wang tunai untuk membeli papan putih tersebut, sila berhubung dengan pihak sekolah atau AJK PIBG. Ukuran papan putih berkenaan adalah 4' x 8' dan harga setiap satu dianggarkan tidak melebihi RM350. Bilangan yang diperlukan adalah sebanyak 33 buah. Setakat ini, 3 orang AJK PIBG telah bersetuju untuk menyumbang pembelian 3 buah papan putih ini. Terima kasih diucapkan. Sumbangan anda amat dihargai.

PENCARIAN PERMATApintar NEGARA

Program PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan UKM, telah dilancar bertujuan untuk mengesan pelajar pintar, cerdas berbakat sejak awal usia. Ini bagi membolehkan pelajar-pelajar ini mendapat bimbingan dan peluang yang sewajarnya setanding kepintaran yang dimilikinya. Oleh itu, bagi mengesan pelajar-pelajar ini, UKM melancarkan ujian saringan atas talian UKM1 yang boleh dilayari melalui laman web: http//www.permatapintar.com.my. Pelajar-pelajar yang boleh menjalani ujian saringan ini adalah yang berumur antara 9 - 15 tahun. Ibu bapa adalah sangat-sangat digalakkan untuk memberi peluang anak-anak tuan puan untuk menjalani ujian saringan ini. Ujian ini dibuka mulai sekarang sehingga 30 Mei 2009. Anak-anak yang pintar, cerdas berbakat ini, tidak semestinya hanya mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di kelas, tetapi mereka yang di tahap sederhana juga mungkin mempunyai keistimewaan tersendiri yang dapat dikesan oleh pakar-pakar dalam bidang ini. Kanak-kanak yang dikesan kepintarannya akan dikategorikan dalam 3 bidang iaitu matematik, sains dan penulisan kreatif. Anak anda mungkin merupakan kanak-kanak pintar, cerdas berbakat. Oleh itu berilah mereka peluang mengambil ujian atas talian tersebut. Jika anak anda melepasi ujian saringan UKM1, mereka akan menjalani ujian saringan UKM2 dan UKM3. Andainya melepasi ketiga-tiga ujian saringan ini, mereka akan dihantar menyertai kem musim cuti sekolah pada Jun dan Disember nanti. Selamat mencuba!

Monday, April 13, 2009

MAJLIS PELANCARAN PERMATApintar NEGARA

Majlis pelancaran di atas telah disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Program PERMATApintar Negara di SK Komplek Wawasan, USJ 15 pada 13 April 2009 dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif program ini dilancarkan adalah berhasrat untuk mengenalpasti pelajar pintar seawal mungkin serta memastikan pelajar-pelajar pintar cerdas tidak terabai, malah diberi pendidikan bersesuaian dengan kemampuan intelek mereka dan menjadi individu yang berdaya tinggi di peringkat nasional dan global.
Program permata pintar akan dilaksanakan dalam beberapa fasa dan dimulakan dengan usaha mengenalpasti pelajar terbabit. Kanak-kanak yang terpilih adalah antara umur 9 - 15 tahun melalui ujian saringan IQ PERMATApintar secara atas talian iaitu UKM1. Mereka yang berjaya akan melalui ujian saringan fasa 2 iaitu UKM2 di kampus UKM Bangi dan seterusnya UKM3. Ujian UKM1 boleh dibuat melalui internet di sekolah atau dilakukan sendiri oleh ibu bapa di rumah dan boleh dilayari di http//www.permatapintar.com.my. bagi pelajar yang berjaya melepasi saringan ke-3, akan terpilih untuk belajar di sekolah khas yang dibina di UKM. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web yang diberikan.

Friday, April 10, 2009

BULAN HEM 2009


Pada hari Rabu (8 April 2009) jam 7.40 pagi, murid tahap 1 diberi taklimat oleh PK HEM mengenai kebersihan diri. Murid diingatkan sentiasa berpakaian kemas dan bersih serta kuku dipotong pendek. Rambut murid lelaki haruslah pendek dan disisir rapi. Rambut murid perempuan yang pendek hendaklah sentiasa kemas. Manakala murid perempuan yang berambut panjang perlu diikat tocang. Klip dan getah rambut yang dibenarkan adalah berwarna putih, hitam dan biru tua. Di samping itu murid juga diingatkan membawa dan membaca bahan bacaan ketika berada di tapak perhimpunan sementara menunggu perhimpunan dimulakan. Murid perlu sentiasa membawa buku LAWAD untuk mencatat perkataan LAWAD yang diberi oleh guru bertugas pada setiap pagi.



ALAMAT EMAIL AJK PIBG sesi 2009/2010

YDP: En. Hamlay b. Othman hamlay@warisanad.com
NYDP: En. Salehudin b. Azam salehcougar@yahoo.com, salehcougar@gmail.com
Pn. Manjit Kaur manjit@mida.gov.my,
En. Hasni b. Jusoh hasnij@carigalihess.com,
En. Azizul Rahman azizul_ghazali@yahoo.com
En. Herman Lim herman.thestar@gmail.com
En. Vadivelu
Pn. Tilegavathi

Juruaudit
En. Zulhaizan bin Mohd. Nor zulhaizan@svcorporation.net
En. Razak b. Bidin

SKS2BK TERCALON DALAM SENARAI SEKOLAH PERKASA NEGERI SELANGOR 2009

SKS2BK disenaraikan untuk pencalonan sekolah perkasa negeri selangor bersama 126 buah sekolah yang lain. Sekolah perkasa adalah memberi fokus kepada Sekolah Kebangsaan (SK) yang mempunyai bahasa pengantar Bahasa Malaysia. Tujuan memperkasakan SK adalah supaya SK menjadi pilihan utama pelbagai kaum yang bertujuan untuk memperkukuh perpaduan, menanam semangat patriotisme, hidup saling bekerjasama serta meningkatkan toleransi di kalangan pelajar pelbagai kaum selaras aspirasi nasional. Bagi merealisasikan SKS2BK digelar sekolah perkasa, syarat-syarat/kriteria berikut perlu ada atau diberi penambahbaikan. Antaranya:-
1. Pemimpin dan guru yang cekap, terlatih dan berkualiti
2. Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan
3. penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan
4. pencapaian sahsiah pelajar cemerlang
5. Beraspirasi nasional
6. Sistem sokongan yang kuat
7. pencapaian akademik yang cemerlang
8. Iklim dan budaya sekolah yang sihat
9. Semua pelajar menguasai 3M
10.Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil
11.Infrastruktur lengkap dan berkualiti
Oleh itu, kerjasama rapat semua pihak iaitu warga sekolah, PIBG, komuniti setempat dan NGO sangat penting.

SEKOLAH GANTI 11 APRIL 2009 DITUNDA

Sekolah ganti pada 11 April 2009 (Sabtu) dibatal dan ditunda ke tarikh 25 April 2009 atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharap kerjasama semua ibu bapa untuk memaklumkan perkara ini kepada pemandu bas sekolah anak tuan/puan. Segala kesulitan yang berlaku amat dikesali. Harap maaf.

Thursday, April 9, 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD PETALING PERDANA 2009



Kejohanan Olahraga MSSD Petaling Perdana 2009 kali ke-2 telah diadakan pada 23 Februari 2009 hingga 3 Mac 2009 di Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 21 Shah Alam. SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah menghantar peserta untuk beberapa acara dalam kejohanan tersebut. Berikut adalah senarai peserta, acara dan keputusan kejohanan.


ACARA
1. 100 M (SEPARUH AKHIR)

  • NUR FATIN NATASYA (P5) - Penyertaan
  • NURUL ATIKAH (P5) - Penyertaan
  • ANIS MARISSA (P4) - Tempat Pertama
  • NUR LIYANA (P4) - Ke-5
  • MUHD AIMAN HAIKAL (L5) - Penyertaan
  • KHAIRUL IZZAT (L5) - Penyertaan

100 M (AKHIR)

  • Anis Marissa (P4) - Tempat Kedua (Perak)

2. 4X 100 M (SEPARUH AKHIR)
P5 – Penyertaan

  • NUR FATIN NATASYA
  • NORAZMA NAJIBAH
  • SITI NUR AMIRAH
  • NUR ATASHA AZREEN
  • NURUL ATIKAH

L5 – Penyertaan

  • MUHD AIMAN HAIKAL
  • MUHD EIZLAN SAFUAN
  • KHAIRUL IZZAT
  • MUHD MIRZA ARIF
  • MUHD ZUL ILHAM

P4 – Tempat Kedua

  • ANIS MARISSA
  • NUR LIYANA
  • NOR AZEEHAN
  • MONICA REBECCA
  • NUR ARFAH ATHIRAH

4x100 M (AKHIR)

  • P4 - Tempat Ke-5

3. L. JAUH (AKHIR)

  • NOR AZEEHAN (P4) - Penyertaan
  • NUR ARFAH ATHIRAH (P4) - Penyertaan

4. 80M LARI BERPAGAR (SEPARUH AKHIR)

  • SITI NUR AMIRAH (P5) - Penyertaan
  • NUR ZAIREEN ZULAIQHA (P5) - Penyertaan
  • MUHD EIZLAN SAFUAN (L5) - Penyertaan
  • MUHD MIRZA ARIF (L5) - Penyertaan
  • NOR AZEEHAN (P4) - Penyertaan
  • MONICA REBECCA (P4) - Penyertaan
  • PIRAVIN (L4) - Penyertaan
  • MUHAMMAD IMRAN (L4) - Penyertaan


5. 200 M (SEPARUH AKHIR)

  • NORAZMA NAJIBAH (P5) - Penyertaan
  • NURUL ATIKAH (P5) - Penyertaan
  • MUHD EIZLAN SAFUAN (L5) - Penyertaan
  • KHAIRUL IZZAT (L5) - Penyertaan
  • ANIS MARISSA (P4) - Tempat Pertama
  • NUR LIYANA (P4) - Tempat ke-3
  • MUHAMMAD IMRAN (L4) - Penyertaan

200 M (AKHIR)

  • Anis Marissa (P4) - Tempat pertama (Emas)

6. 4x200 M (SEPARUH AKHIR)

P5 – Penyertaan

  • NUR FATIN NATASYA
  • NORAZMA NAJIBAH
  • SITI NUR AMIRAH
  • NUR ATASHA AZREEN
  • NURUL ATIKAH

L5 – Penyertaan

  • MUHD AIMAN HAIKAL
  • MUHD EIZLAN SAFUAN
  • KHAIRUL IZZAT
  • MUHD MIRZA ARIF
  • MUHD NUR FITRI

P4 – Tempat kedua

  • ANIS MARISSA
  • NUR LIYANA
  • NOR AZEEHAN
  • MONICA REBECCA
  • NUR ARFAH ATHIRAH

4x200 M (AKHIR) -

  • P4 - Tempat Ke-4


7. L. TINGGI (AKHIR)

  • MUHD AIMAN HAIKAL - Tempat Ke-2 (Perak)

Berdasarkan rekod kecemerlangan Anis Marissa dalam Kejohanan Olahraga MSSD Petaling Perdana, beliau telah dipilih mewakili daerah ke peringkat Olahraga MSSS 2009. Berikut adalah rekod pencapaian Anis Marissa dalam Kejohanan Olahraga MSSS 2009 di Stadium MPPJ, Kelana Jaya:

1. 200m - tempat ke-4 (catatan masa sama dengan tempat ke-3)

2. 4x100m - tempat ke-3 (Gangsa)

3. 4x200m - tempat ke-2 (Perak)

Wednesday, April 8, 2009

APRIL BULAN HAL EHWAL MURID (HEM)

April telah dipilih sebagai bulan HEM peringkat sekolah. Pelbagai program yang melibatkan murid diadakan sempena bulan HEM ini yang menjurus ke arah pemupukan budaya hidup terpuji, penerapan nilai-nilai murni, peningkatan sahsiah cemerlang, pendidikan pencegahan dadah, penjagaan keselamatan, kesihatan, kebersihan serta penghayatan hidup berdisiplin. Antara program yang dirancang sepanjang bulan HEM adalah:
1. Panduan penjagaan kesihatan - a. Syarikat Vit Champs, b. Brands Assence Chicken
2. Polis bersama Warga SKS2BK - Pegawai Polis dari APD Subang Jaya Selatan- 29/04/2009
3. Kempen Pengumpulan barangan terbuang("Kempen Sayangi Bumi Kita, Saya Benci Sampah") - kertas, kotak minuman - pelancaran pada Jumaat, 10/04/2009.
4. Pameran dadah, jenayah, denggi, dan sebagainya berkaitan keselamatan oleh AADK, Polis, Penjara, MPSJ, Jabatan Kesihatan - 22/04/2009
5. Demontrasi menyelamat, memadam kebakaran, dan pameran kenderaan bomba oleh Jabatan Bomba dan penyelamat - 29/04/2009
6. Pertandingan kuiz, mewarna dan melukis.
7. Kempen "Kami Bersamamu" kutipan derma 5,10,20,50 sen untuk Tabung Pesakit Kanser Negara - Khas untuk pesakit kanser kanak-kanak
8. Pencarian raja/ratu idola SKS2BK - Murid yang terbersih, kemas, bersopan santun, rajin, bijak, dan sebagainya yang memikat hati.
Semoga apa yang dirancang, memberi manfaat kepada warga SKS2BK dalam membentuk warga yang unggul Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
" MURIDKU, ANAKKU, PERMATAKU SAYANG ".