Friday, June 26, 2009

PASCA UJIAN INTERVENSI BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS TAHUN 6

Pasca Ujian Intervensi Tahun 6 merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Titian Murni yang dianjurkan oleh PPD Petaling Perdana bagi membantu meningkatkan pencapaian kedua-dua subjek tersebut di peringkat awal sebelum menghadapi UPSR. Justeru itu, pada bulan Januari yang lalu pra ujian intervensi telah dijalankan kepada murid-murid Tahun 6.
Berikut adalah keputusan pra ujian:
Bahasa Malaysia 96.5%
Bahasa Inggeris 88.14 %

Untuk makluman ibu bapa murid-murid Tahun 6, pasca ujian akan dijalankan pada 01 Julai 2009 (Rabu). Berikut adalah jadualnya ;
8.00-9.15 pagi Bahasa Inggeris
9.30-10.20 pagi Bahasa Malaysia(Penulisan)
11.30-12.45 tengah hari Bahasa Malaysia(Pemahaman)

Thursday, June 25, 2009

Berita Mengenai Influenza A (H1N1)

12 lagi kes baru H1N1

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 24 Jun – Kes selesema babi, influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan 12 lagi kes baru dikesan.

Ia membabitkan 10 kes import baru dan dua jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican (gambar) berkata, kes baru itu melibatkan dua warga Yemen dan seorang dari Indonesia manakala selebihnya adalah warga tempatan yang telah melawat negara-negara terjejas dengan wabak itu iaitu Singapura, United Kingdom, Thailand, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

‘‘Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 yang dikesan di negara ini 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan.

‘‘Semua pesakit yang telah dimasukkan ke wad adalah stabil dan sedang menerima rawatan antiviral,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai H1N1 di sini hari ini.

Sehingga kini, jumlah kes terkumpul yang disiasat kerana disyaki jangkitan influenza A (H1N1) sebanyak 1,619 kes.

Mohd. Ismail berkata, sehingga pagi ini, 44 pesakit masih berada di hospital dan disahkan positif H1N1.

‘Hospital itu adalah Hospital Sungai Buloh (24 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (4), Hospital Pulau Pinang (4) dan Hospital Ipoh (1).

‘‘Empat lagi hospital ialah Hospital Alor Setar (3), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (4), Hospital Tuanku Jaafar (2) dan Hospital Umum Sarawak (2),” katanya.

Menurutnya, bilangan sekolah yang ditutup kekal empat manakala tiga lagi sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelas masing-masing.

Bagaimanapun, beliau berkata, ibu bapa pelajar sekolah terlibat diminta terus memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan tidak mengunjungi tempat-tempat awam termasuk kelas tambahan dan sekolah agama.

‘‘Pelajar terlibat yang mengalami gejala demam dan tanda-tanda seperti batuk, sakit tekak dan selesema hendaklah segera mendapat rawatan di hospital berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa sehingga pagi ini, jumlah terkumpul kes H1N1 daripada 99 negara adalah sebanyak 53,110 kes dengan 232 kematian iaitu pertambahan sebanyak 423 kes.

Petikan dari Utusan.com.my bertarikh 25 Jun 2009
Cuti 100,000 petugas kesihatan awam dibeku serta merta

PUTRAJAYA: Cuti 100,000 petugas kesihatan awam yang terbabit secara langsung dengan pencegahan wabak Influenza A (H1N1) dibekukan berkuat kuasa serta merta ketika penularan penyakit itu kini menjadi semakin serius, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Pembekuan cuti itu membabitkan semua pegawai di hospital seluruh negara serta pegawai kesihatan awam yang lain dan petugas yang terbabit di makmal. "Langkah itu bagi memastikan usaha pencegahan dapat dilaksanakan dengan secara berkesan dengan tenaga kerja yang mencukupi dan bagi memastikan kempen kesedaran dapat diperluaskan dan dipertingkatkan lagi," katanya di sini, hari ini.
Beliau berharap majikan dapat memberikan cuti tanpa rekod kepada petugas mereka yang baru kembali dari luar negara terutamanya dari Australia, Filipina dan Amerika Syarikat (AS) untuk membolehkan mereka menjalani "kuarantin sendiri". "Saya rasa langkah itu adalah untuk keselamatan negara dan perkara ini juga akan dibincangkan dalam kabinet," katanya. Liow berkata, memandangkan wabak ini semakin serius, semua kontak kepada kes yang dikesan tidak harus menyembunyikan diri sebaliknya tampil untuk mendapatkan rawatan sekali gus memudahkan usaha pencegahan dapat dilaksanakan lebih berkesan.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin mengenai Influenza H1N1 yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), kerana sumber yang sahih adalah Kementerian Kesihatan. Katanya, kementerian tidak akan menyorok sebarang kes yang dikesan dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dari semasa ke semasa. "Kalau ada kes yang dikesan pada 8 malam, pada 8 malam jugalah kementerian akan memaklumkan," katanya. Liow mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya semua sekolah di Lembah Klang yang menggunakan pendingin hawa di kelas supaya menutup alat itu sebaliknya membuka tingkap dan pintu untuk untuk membolehkan pengaliran udara yang lebih baik. - Bernama
Petikan dari Berita Harian

Bahan Mesyuarat RIMUP





Mesyuarat kali pertama RIMUP Kelompok telah dijalankan semalam (24.6.09) di Bilik Wawasan. Berikut ialah bahan mesyuarat tersebut untuk rujukan semua ahli.


Peratus Kedatangan Murid Aktiviti Kokurikulum Permainan

Tarikh : 24.7.2009 (Rabu)
Masa : 2:00 ptg - 4:00 ptg.

1. Ping Pong : 60.7%
2. Bola Tampar : 53.0%
3. Bola Baling : 54.1%
4. Bola Jaring : 61.7 %
5. Bola Sepak : 56.0 %
6. Badminton : 61.5 %

Peratus keseluruhan ialah : 57.8 %

Wednesday, June 24, 2009

H1N1 masih terkawal, majlis awam boleh diteruskan

PUTRAJAYA 23 Jun - Majlis awam seperti kenduri masih boleh terus diadakan kerana wabak selesema babi, influenza A (H1N1) di negara ini masih belum mencapai tahap kritikal, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan mengharamkan majlis perhimpunan awam jika dilaksanakan hanya akan mencetuskan suasana panik di kalangan orang ramai sedangkan wabak tersebut masih terkawal.
"Apa yang penting adalah Kementerian Kesihatan terus memantau keadaan semasa dan jika penyebaran melibatkan sesuatu kawasan seperti sekolah, maka kerajaan akan mengambil langkah perlu di kawasan terbabit saja.
"Jangan terlalu cemas, saya percaya pihak berkuasa mampu menangani masalah ini (H1N1)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua perwakilan Malaysia ke luar negara di sini hari ini.
Kementerian Kesihatan sebelum ini telah mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah dan membatalkan majlis perhimpunan awam sekiranya penularan tempatan virus selesema babi dikesan di negara ini.
Setakat ini, empat sekolah telah diarah tutup berikutan wabak tersebut iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur; Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 1 dan 2, Petaling Jaya serta Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Cheras.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kerajaan juga tidak berhasrat untuk menutup semua sekolah di Lembah Klang dan Selangor meskipun berlaku kes penularan tempatan di empat buah sekolah terbabit.
Jelasnya, tindakan menutup sekolah selama seminggu merupakan apa yang telah dipersetujui oleh kerajaan dan langkah sedemikian akan diteruskan dalam memastikan wabak itu tidak tersebar.
Beliau menambah, kerajaan akan mengadakan sesi pertemuan dengan ibu bapa dan guru yang terlibat dengan arahan penutupan bagi menerangkan sebab-sebab tindakan itu diambil.
"Sebahagian daripada mereka tidak faham kenapa sekolah perlu ditutup dan pada sesi ini kita akan terangkan kepada mereka," ujarnya.

- Utusan Malaysia

Monday, June 22, 2009

PENETAPAN KEDUDUKAN MURID DALAM KELAS MENGIKUT SAP

Berikut adalah penetapan kedudukan murid dalam kelas sepertimana yang ditentukan dalam Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor:
1. Menguasai/Tidak Menguasai (Keseluruhan)
*Tidak Menguasai adalah apabila seseorang pelajar itu gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran daripada mata pelajaran berikut BM-Pemahaman, BM-Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
2. Gred Purata Mata Pelajaran (GPP). Setiap gred diberikan mata tertentu iaitu A = 1 mata, B (2 mata), C (3 mata), D (4 mata) dan E (5 mata). Semua mata gred-gred ini akan dikira puratanya. Sebagai contoh jika seseorang pelajar mendapat 2A, 1B dan 2 C maka GPPnya ialah 2. Semakin kecil nilai GPPnya maka semakin baik pencapaiannya.
3. Mengikut jumlah keseluruhan markah 5 mata pelajaran (boleh lihat purata)
4. Sekiranya masih sama syarat 1-3, maka dilihat markah tertinggi bagi mata pelajaran berikut bermula Pemahaman, Penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
5. Jika masih sama, maka nombor kedudukan dalam peperiksaan diisytiharkan sama.


Kriteria di atas berkuatkuasa mulai PKSR 2 ini.

Wednesday, June 17, 2009

Laporan Peratus Kedatangan Kokurikulum Unit Beruniform

Tarikh : 17 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 2:00 ptg - 4:00 ptg

1) Pengakap : 76.2%
2) PBSM : 84.1 %
3) Puteri Tunas :77.3 %
4) Puteri Islam :84.2%
5)Tunas Kadet Remaja :64.7 %

Peratus keseluruhan ialah : 77.6%

Saya mewakili unit kokurikulum berharap agar peratus kedatangan murid pada sesi perjumpaan akan datang dapat ditingkatkan. Banyak faktor yang disarankan dalam usaha mempertingkatkan kehadiran tersebut selain daripada mewajibkan kehadiran yang senantiasa diberi peringatan, aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan yang dirancang adalah antara pendorong yang menarik minat murid untuk menghadiri perjumpaan mingguan kokurikulum.

Tuesday, June 16, 2009

Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah

Punca Kuasa: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 bertarikh 25 Mac 2009

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat ketetapan agar larangan penggunaan telefon bimbit oleh murid di dalam kawasan sekolah termasuk asrama sekolah hendaklah dikuatkuasakan sepenuhnya oleh pihak sekolah serta-merta.

Sehubungan itu diharap para ibubapa memaklumi perkara ini dan sekiranya terdapat murid yang melanggar peraturan ini, maka pihak sekolah boleh mengambil dan menyimpan telefon bimbit murid. Pihak sekolah akan merekodkan butiran perkara tersebut dan ibubapa murid yang terlibat akan dimaklumkan dengan segera.

Amaran akan dikeluarkan bagi kesalahan kali pertama dan murid dan ibubapa perlu menandatangani Surat Akujanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut semula. Bagi kesalahan kali kedua pelajar akan dilarang menggunakan kemudahan sekolah atau asrama atau mengambil bahagian dalam program atau aktiviti sekolah.

Sekolah diarah merampas telefon bimbit

PETIKAN AKHBAR 18 MAC 2009

PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.


Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.


"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang.


"Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.

Wee berkata, telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.

Katanya, pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah jika berlaku kecemasan.

Beliau berkata, masalah disiplin pelajar masih terkawal dengan kadarnya turun daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada 2.08 peratus tahun lalu.

"Bilangan pelajar yang dikenakan tindakan gantung sekolah adalah pada kadar 0.11 peratus (2008) berbanding 0.37 (2007) manakala yang dikenakan tindakan buang sekolah pula, 0.05 peratus (2008) berbanding 0.18 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.

Katanya, tindakan merotan pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin akan diteruskan apabila guru besar diberi kuasa untuk berbuat demikian. - Bernama

Sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090317203736/Article/index_html

Tuesday, June 9, 2009

SEKOLAH BERGANTI HARI SABTU (27.06.2009)-HARI TERBUKA, KUTIPAN BAYARAN LAIN PERSEKOLAHAN DAN SUMBANGAN PIBG

Hari Sabtu (27 Jun 2009) ini merupakan hari persekolahan berganti kali ke-2 sempena hari Raya Aidilfitri mengikut jadual waktu hari Jumaat. Tentatif pada hari tersebut ialah seperti di bawah :
7.40 -10.00 pagi : pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa
10.00-10.20 pagi : REHAT
10.30-1.00 petang : Hari Terbuka (mengetahui pencapaian akademik murid), kutipan
bayaran lain persekolahan dan kutipan sumbangan PIBG.
(Tempat : di kelas anak masing-masing)

Nota : Bayaran Lain Persekolahan : RM 29.00 seorang , sumbangan PIBG RM50.00 sekeluarga.
* Surat siaran berkaitan perkara di atas akan diedarkan kepada ibu bapa.
Di samping itu juga, terdapat jualan buku di kantin yang akan bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga balik. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing ke lokasi menjual buku ataupun membawa anak pulang bersama sekiranya segala urusan dengan guru kelas telah selesai. Diharapkan ibu bapa juga dapat menyediakan wang kecil semasa urusan pembayaran seperti yang dinyatakan di atas.