Monday, October 26, 2009

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Minggu ini ini bermula 26 Oktober hingga 30 Oktober 2009 merupakan minggu peperiksaan akhir tahun (PKSR 4) murid-murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara. Oleh itu, diharap semua murid dapat menjawab soalan dengan jayanya dan semoga segala tunjuk ajar guru-guru dapat digunakan semasa menjawab peperiksaan.
Selamat Maju Jaya.
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Peperiksaan merupakan proses bagi menilai sejauhmana kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang telah dipelajari belajar untuk belajar-Jangan takut pada peperiksaan-Semua orang perlu menduduki peperiksaan-Sebenarnya, kejayaan dalam peperiksaan bergantung kepada rajin dan cara belajar.
Kenal Pasti Cara Belajar-Anda perlu memilih masa untuk belajar @mengulangkaji-Berikan tumpuan kepada semua mata pelajaran-Disiplin diri anda, lawan kehendak yang negatif.
Teknik Belajar-Jika diamalkan secara disiplin akan menjadikan anda seorang pelajar yang bertanggung Jawab.-Jika anda dapat merancang teknik belajar yang berkesan ia akan menghasilkan sesuatu yang positif.
Sikap Di Dalam Kelas-Pelajar yang berjaya, adalah mereka yang berkelakuan baik di dalam kelas, terutama semasa cikgu mengajar.-Mereka memberi tumpuan dan tidak menjadi virus kepada orang lain.
Masa Dalam Kelas Sangat Penting-Tumpukan sepenuh perhatian kepada penerangan guru-Sekiranya guru membuka perbincangan dalam kelas, ambil bahagian-Kemukakan masalah terhadap apa yang anda tidak faham.
Buat persediaan sebelum masuk ke kelas-Baca buku sebelah malam, kerana ia akan memudahkan anda memahami apa yang diterangkan oleh guru-Baca bahan bacaan tambahan seperti majalah atau bahan dari Internet.
Bina Keyakinan Diri Semasa Di dalam Kelas-Kenalkan diri anda dengan guru-Bersedia untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu-Jangan lupa bawa buku teks-Bawa buku catatan semasa di dalam kelas-Buat semua tugasan yang diberikan oleh guru anda.
Mendengar Secara Berkesan-Mendengar dan memberi perhatian memudahkan anda mengingat. Kembali apabila membuat ulang kaji.-Fokus kepada apa yang disampaikan oleh guru anda-Jangan berangan-angan dalam kelas.
Belajar Merancang Masa-Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.-Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.-Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.
Buat Jadual Waktu Belajar-Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.-Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan
Bosan,Bosan Apa Ubat Nya-Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.-Lawan Diri Anda Atasi Bosan.-Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.-Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.
Strategi Ulangkaji-Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.-Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham-Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.-Bincang Dengan Rakan-Rakan
Teknik Membaca-Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.-Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.
Buat Nota Dengan Baik-Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.-Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.-Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.-Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.
Manfaatkan Bahan Rujukan-Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.-Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Persediaan Pada Hari Peperiksaan-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.-Tidur Dengan Cukup
Menjelang Hari Peperiksaan-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.-Pastikan Anda Tiba Awal-Elakkan Dari Berbual Kosong-Pastikan Semua Keperluan Cukup
Persediaan Emosi-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan-Menjaga Hati Ibu Bapa-Tidak Bercinta-Terlalu Yakin-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain
Persediaan Fizikal-Mengutamakan Kesihatan Badan– Tidak Tidur Larut Malam– Menjaga Keselamatan Diri– Makan Makanan Secukupnya– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari
Persediaan Mental-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan
Strategi Cemerlang Peperiksaan -1-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan-Mengingati Tajuk-Buat Nota
Strategi Cemerlang Peperiksaan -2-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan- Mencari Sebab Tidak Tahu
Mengatasi Persoalan Seperti-Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula-Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir-Subjek Ini Cukup Membosankan-Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat
Persoalan - 2-Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya-Terlalu Banyak Untuk Dihafal-Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa-Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir
Masa Depan Yang Cerah-Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.-Kehidupan Yang Lebih Baik.
Kata Hikmat-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.
Kata Bestari-Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK TAHUN 4 DAN 5

Bengkel teknik menjawab Matematik bagi murid-murid Tahun 4 dan 5 telah diadakan pada 21 Oktober 2009 yang lalu. Bengkel ini telah disampaikan oleh Cik Nurul Ashikin selaku Ketua Panitia Matematik. Ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran dan seterusnya membantu murid-murid menjawab kertas soalan Matematik bagi PKSR 4 dengan baik. Semoga murid-murid Tahun 4 dan 5 dapat memanfaatkan bengkel tersebut.

Tuesday, October 20, 2009

CERAMAH MOTIVASI TAHAP 1 & 2

Pada 19 Oktober 2009 (Isnin) satu program motivasi anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling bersama PIBG sekolah telah diadakan bagi murid tahun 4 dan 5. Slot yang sama juga telah diadakan untuk tahun 2 & 3 pada 20 Oktober 2009 (Selasa).

Program ini dijalankan dengan harapan agar murid-murid tahap 1 dan 2 ini bersedia untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akhir tahun akan bermula tidak lama lagi.

Penceramah yang diundang adalah En. Muhammad Fairus b. Shidi dan team Efficient Frontier Consulting. (Emel: advisor@efficient-frontier.com.my / 03-80709587)

Pihak juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Pn. Zarina dan keluarga dalam membantu merealisasikan program ini. Semoga usaha murni ini dapat membangkitkan semangat dan motivasi seluruh warga sekolah.

Monday, October 19, 2009

BENGKEL MENJAWAB SAINS TAHUN 4 DAN 5




Bengkel Teknik Menjawab Sains (bahagian B) bagi murid-murid Tahun 4 dan 5 telah dijalankan pada 15 Oktober 2009 (Khamis) yang lalu. Bengkel ini adalah aktiviti berterusan Panitia Sains bagi memantapkan tahap pemahaman murid-murid terhadap sains bahagian B. Guru-guru yang mengendalikan bengkel ini adalah Pn. Kausalya dan En. Anuar. Diharap semua mendapat manfaatnya.

Wednesday, October 14, 2009

SELAMAT DATANG KE ALAM SEKOLAH MENENGAH




Pada 14 Oktober 2009 (Rabu) telah diadakan satu ceramah khas untuk murid-murid tahun 6. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn. Loh Kee Ai iaitu Ketua Bidang Bahasa dari SM Seksyen 4 Bandar Kinrara. Penerangan yang telah disampaikan oleh Pn. Loh banyak memberi bimbingan dan penerangan kepada murid tahun 6 untuk menjadi pelajar Tingkatan 1 yang bersedia dari segi fizikal, mental dan spiritual kerana alam di sekolah menengah berbeza daripada alam sekolah rendah.

Diharap semua murid yang mendengar ceramah tersebut dapat manafat daripada ceramah yang telah disampaikan tadi.

MANISNYA ALAM REMAJA - Murid Tahun 6




Pada 13 Oktober 2009 (Selasa) Unit Bimbingan & Kaunseling bersama JK tahun 6 telah memohon penceramah dari LPPKN untuk slot Manisnya Alam Remaja. En. Mohd Ghazal b. Ibrahim iaitu Penolong Pegawai Penerangan LPPKN K.L. telah menyampaikan ceramah tersebut selama 2 jam di Pusat Sumber Sekolah.

Diharap dengan penerangan dan penjelasan dari En. Mohd Ghazal dapat memberi gambaran yang jelas bagi murid-murid tahun 6 untuk menghadapi alam remaja.

Tuesday, October 13, 2009

CUTI HARI RAYA DEEPAVALI

Sebagaimana dimaklumkan dalam surat edaran yang lalu kepada ibu bapa, pihak sekolah telah memohon awal Cuti Peristiwa pada 16 Oktober 2009 (Jumaat) sahaja. Pihak sekolah tidak memohon cuti tambahan pada hari Selasa, 20 Oktober 2009 kerana pada hari Isnin, 19 Oktober 2009 sekolah beroperasi seperti biasa dan sekolah tidak memohon Cuti Berganti hari Sabtu. Surat siaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia KP/KPPM/5(37) bertarikh 07 Oktober 2009 hanya memberi kebenaran kepada mana-mana sekolah yang memohon dan kelulusan tidak diberi secara keseluruhan. Pihak sekolah juga telah memutuskan dalam mesyuarat pengurusan sekolah pada awal tahun 2009 yang lalu bagi menetapkan permohonan cuti peristiwa dan berganti setiap perayaan.
Kepada ibu bapa yang beragama Hindu, pihak sekolah memberi kebenaran kepada murid-murid untuk mengambil cuti sempena perayaan Deepavali dari 19 hingga 20 Oktober 2009.
Happy Deepavali !
JADUAL PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR 4)

TAHAP 1 2009 ( TAHUN 1, 2 DAN 3)
26.10.2009 ( ISNIN )

  • B. MALAYSIA ( PEMAHAMAN) 8.00 – 8.50 PAGI
  • PENDIDIKAN MUZIK 9.30 - 10.00 PAGI
  • B. MALAYSIA ( PENULISAN ) 11.00 - 12.15 TENGAH HARI

27.10.2009 ( SELASA )

  • B. INGGERIS ( KERTAS 1 ) 8.00 - 8.50 PAGI
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL ( TEORI ) 9.30 - 10.00 PAGI
  • B. INGGERIS ( KERTAS 2 ) 11.00 - 12.15 TENGAH HARI

28.10.2009 ( RABU )

  • MATEMATIK ( KERTAS 1 ) 8.00 - 9.00 PAGI
  • MATEMATIK ( KERTAS 2 ) 9.20 - 10.00 PAGI
  • P.AGAMA ISLAM/MORAL 11.00 - 12.00 PAGI

29.10.2009 ( KHAMIS )

  • BAHASA ARAB 8.00 - 9.00 PAGI
  • P.KESIHATAN 9.30 - 100 PAGI
  • SAINS 11.00 - 12.15 TENGAH HARI

30.10.2009 ( JUMAAT )

  • PENDIDIKAN SENI VISUAL ( AMALI )


TAHAP 2 2009 ( TAHUN 4 DAN 5 )

26.10.2009 ( ISNIN )

  • B.MALAYSIA ( PENULISAN ) 8.00 - 9.15 PAGI
  • PENDIDIKAN MUZIK 10.00 - 10.30 PAGI
  • B.MALAYSIA ( PEMAHAMAN ) 11.15 - 12.05 TENGAH HARI
  • PENDIDIKAN KESIHATAN 12.20 - 12.50 TENGAH HARI

27.10.2009 ( SELASA )
  • B.INGGERIS ( KERTAS 2 ) 8.00 - 9.15 PAGI
  • PENDIDIKAN SENI VISUAL ( TEORI ) 10.00 - 10.30 PAGI
  • B.INGGERIS ( KERTAS 1 ) 11.15 - 12.05 TENGAH HARI
  • P. SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 12.20 - 12.50 TENGAH HARI

28.10.2009 ( RABU )

  • MATEMATIK ( KERTAS 1 ) 8.00 - 9.00 PAGI
  • MATEMATIK ( KERTAS 2 ) 9.45 - 10.25 PAGI
  • KAJIAN TEMPATAN 11.30 - 12.15 TENGAH HARI

29.10.2009 ( KHAMIS )

  • SAINS 7.50 - 9.05 PAGI
  • P.AGAMA ISLAM/MORAL 9.30 - 10.30 PAGI
  • KEMAHIRAN HIDUP 11.30 - 12.30 TENGAH HARI

30.10.2009 ( JUMAAT )

  • PENDIDIKAN SENI VISUAL ( AMALI ) 8.00 - 10.00 PAGI
  • BAHASA ARAB ( TAHUN 4 SAHAJA ) 11.00 - 12.00 TENGAH HARI

TAHAP 2 ( TAHUN 6 )

26.10.2009 ( ISNIN )

  • KEMAHIRAN HIDUP 8.00 - 9.00 PAGI
  • PENDIDIKAN MUZIK 9.30 - 10.00 PAGI
  • KAJIAN TEMPATAN 11.15 - 12.45 TENGAH HARI

27.10.2009 ( SELASA )

  • PENDIDIKAN SENI VISUAL ( TEORI )
  • PENDIDIKAN KESIHATAN 9.30 - 10.00 PAGI
  • P.SIVIK & KEWARGANEGARAAN 11.30 - 12.00 TENGAH HARI

28.10.2009 ( RABU )

  • PENDIDIKAN SENI VISUAL ( AMALI ) 8.00 - 10.00 PAGI
  • PENDIDIKAN MORAL 11.15 - 12.15 TENGAH HARI

NOTA :

  1. Selang masa antara setiap mata pelajaran adalah waktu ULANGKAJI. Murid diminta membawa buku mengikut jadual waktu kelas.
  2. Murid Tahap Satu akan pulang pada 12.30 tengah hari dan Tahap Dua pada 1.00 petang sepanjang minggu peperiksaan.
  3. Kelas Tasmik dibatalkan sepanjang minggu peperiksaan.

Friday, October 9, 2009

MAKLUMAN PKSR 4 2009 (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN)

Edaran surat jadual peperiksaan yang bertarikh 25 Februari 2009 adalah terbatal.

Tarikh PKSR 4 2009 akan bermula dari 26 Oktober 2009 - 30 Oktober 2009. Diharap semua murid dapat bersedia awal dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun 2009. Jadual waktu peperiksaan akan diedarkan kepada murid-murid tidak lama lagi.

Thursday, October 8, 2009

MAJLIS PERPISAHAN TUAN GURU BESAR ENCIK SUKIMIN BIN JUKI
















Majlis Perpisahan Guru Besar telah dijalankan pada 08 Oktober 2009 di dewan sekolah ini. Majlis tersebut diadakan kerana sempena Tuan Guru Besar yang akan berpindah ke sekolah barunya SK Putra Perdana mulai 01 Oktober 2009. Sekembalinya beliau dari cuti belajar, beliau hanya sempat berada di sekolah ini dari 07 hingga 08 Oktober 2009. Segala idea, sumbangan dan jasamu akan kami kenang selama-lamanya. Semoga Tuan Guru Besar berjaya dalam hidup mahupun dalam kerjayanya.
Terima kasih, cikgu..

KEM BESTARI SOLAT KALI KE-4 TAHUN 2009






















Kem Bestari Solat ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 07 Oktober 2009 yang lalu.

Tahniah kepada murid-murid Islam Tahun 1 dan 2 kerana berjaya menamatkan kem ini sebanyak empat kali bagi tahun 2009. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin!

Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada guru-guru j-QAF dan guru-guru lain yang terlibat sama-sama menjayakan kem ini dengan baik.