Friday, January 30, 2009

UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA

Murid-murid SKS2BK adalah diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang berada di sekolah. Berikut adalah beberapa peringatan penting dan diharapkan agar dipatuhi oleh semua murid:-
  1. Tidak berlari dan tolak menolak semasa menaiki dan menuruni tangga.
  2. Beratur semasa membeli makanan di kantin. Elakkan daripada berebut dan berlari kerana boleh mendatangkan bahaya disebabkan lantai kantin licin.
  3. Tidak membawa benda-benda tajam ke sekolah.
  4. Tidak berada di padang sekiranya waktu hujan, guruh dan kilat.
  5. Menunggu bas, van, ibu bapa di wakaf pada waktu balik.
  6. Semua murid dilarang merayau-rayau di luar kawasan sekolah semasa menunggu untuk pulang.
  7. Tidak membeli makanan atau permainan yang dijual di luar pagar sekolah. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini disebabkan oleh tindakan murid-murid membeli barangan daripada penjaja-penjaja di luar pagar sekolah ini.
  8. Bagi murid-murid yang menaiki basikal, sila tuntun basikal anda ketika berada di dalam kawasan sekolah.
  9. Jangan ikut, terima pemberian, melayan orang-orang yang tidak dikenali.
  10. Elakkan melalui kawasan letak kereta guru pada waktu datang dan balik dari sekolah. Ini boleh membahayakan keselamatan murid. Gunakan laluan wakaf ke kantin.

"MURIDKU, ANAKKU, PERMATAKU SAYANG"

JAGAI DAN SAYANGI BUKU TEKS SPBT ANDA!

Kerjasama daripada semua ibu bapa/penjaga adalah amat diperlukan untuk memastikan perkara-perkara yang berkaitan penjagaan buku teks SPBT dipatuhi sepenuhnya. Antara perkara-perkara yang perlu diambil tindakan segera oleh semua ibu bapa /penjaga adalah:
1. Memastikan buku teks yang diterima dibalut dengan kemas dan menggunakan plastik pembalut.
2. Menulis nama anak anda, tahun/kelas, dan tarikh terima buku pada ruangan yang bercop iaitu di kulit hadapan dan belakang bahagian dalam buku teks SPBT.
3. Sentiasa memeriksa bagi memastikan buku-buku teks anak anda ada dan tidak hilang.
4. Membuat aduan dengan segera kepada guru kelas/guru SPBT (Pn Nohapizah / Cik Marlina/ Ust Sharifah Nordiran/Pn Mizah/ En Mohd Jafri/ Pn Juliawati)sekiranya mendapati buku anak anda hilang/rosak.
5. Melatih anak anda menjaga buku teks SPBT dengan baik, memastikan anak anda tidak menconteng atau mengoyak buku tersebut.

Sesiapa sahaja yang terjumpa buku teks SPBT yang tercicir, diminta menyerahkan ke pejabat sekolah, kepada guru-guru atau terus dihantar kepada guru Unit SPBT di Bilik BOSS SPBT SKS2BK.

Pemantauan penjagaan buku teks SPBT akan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Pemantauan pertama akan diadakan pada bulan Februari ini. Oleh itu kerjasama semua ibu bapa/penjaga amat diperlukan bagi memastikan buku teks SPBT anak anda sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga rapi.
"Jagai dan sayangilah buku teks SPBT anda!"

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PERCUBAAN, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS

Majlis di atas akan diadakan pada 02 Februari 2009 jam 7.40 pagi semasa perhimpunan rasmi sekolah. Semua murid yang terlibat diharapkan agar dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi. Bantuan anda semua dapat mewujudkan SKS2BK yang cemerlang dalam semua bidang.

Wednesday, January 28, 2009

Visi dan Misi Sekolah

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA YANG BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.
.
.
VISI
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA BERUSAHA UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERKETERAMPILAN SERTA SEIMBANG BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
.
.
MISI
1. MEMBINA KEYAKINAN DIRI MELALUI AKTIVITI KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

2. MENYEDIAKAN PRASARANA SEKOLAH BERMAKLUMAT

3. MENERAPKAN BUDAYA ILMU DI KALANGAN WARGA SEKOLAH

4. MEMUPUK SIKAP YANG TERPUJI DALAM SEMUA ASPEK

Senarai Alamat Emel 27 Januari 2009




Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara
Jalan BK3/8
Bandar Kinrara
47180 Puchong
Tel: 0380769376/0380769364

Sekolah: sks2bk@gmail.com
Guru Besar : sks2bk.gb@gmail.com, sukimin@gmail.com,
Pn Siti Hanim :sks2bk.pka@gmail.com,
Pn Nafisah : sks2bk.pkhem@gmail.com,
En Azmin :sks2bk.pkkoku@gmail.com,
En Saipullah :saifullahbisa@gmail.com,
Pn Azura : azura.sks2bk@gmail.com,
En Syamizan : miyuszan@gmail.com,
Pn Juliawati : serinuralia@gmail.com,
Pn See Yik Mee : sks2bk.see@gmail.com,
Pn Suhaila : sks2bk.suhaila@gmail.com,
Pn Juliana : sks2bk.bnk@gmail.com,
Pn Tengku Atikah : sks2bk.tgatikah@gmail.com,
Pn Sharifah : sks2bksharifah@gmail.com,
Pn Noorhayati : noorhayati.hassan@gmail.com,
Pn Mizah : mizah.mohd.khiruddin@gmail.com,
Pn Kausalya : sks2bk.kpkh@gmail.com,
Pn Masitah : sks2bk.gpm@gmail.com,
Cik Zeti Afnaz : z_afnaz@yahoo.com,
Pn Noraini : noraini.yusof@gmail.com,
Cik Norafizan :kizzyaming11@yahoo.com,
Cik Pang Chin Chee :PChinchee@gmail.com,
Cik Marlina : angah_2727@yahoo.com.my,
Cik Nurul Ashikin : sks2bkshikin@gmail.com,
Pn Sapiha : sks2bk.sapihaismail@gmail.com,
En Jafri : sks2bk.putra@gmail.com,
Pn Mumtazzah : mumtazzah@gmail.com,
Pn Nasuha : nasuha.ariffin@gmail.com,
Pn Hapizah : sks2bkhapizah@gmail.com,
Pn Rashidah : sks2bkrashidah@gmail.com,
Pn Hasneza : hasnezasks2bk@gmail.com,
Pn Zainora : sks2bkzainora@gmail.com,
Encik Anuar : sks2bkanuar@gmail.com,
Cik Rokhaizan : rokhaizan@gmail.com,
Pn Rathi : sks2bk.rathi@gmail.com,
Encik Karim :chekarim@gmail.com,
Pn Fazilah : sks2bkfazilah@gmail.com,
Pn Zaida : sks2bkzaida@gmail.com,
Pn Manila : sks2bk.disp@gmail.com,
Pn Fauzihan : sks2bk.fauzihan@gmail.com,
Pn Nor Azlinda :sks2bk.norazlindamohdradzi@gmail.com,
Pn Nor Hayati : sks2bk.hayati@gmail.com

PIBG:
YDP: En. Hamlay bin Othman hamlay@warisanad.com,
NYDP: En. Zukhaizan bin Mohd. Nor zulhaizan@svcorporation.net,
Pn. Manjit Kaur manjit@mida.gov.my,
En. Habidin habidin@pnb.com.my,
En. Hasni b. Jusoh hasnij@carigalihess.com,
En. Gunatheran gunatheran@townplan.gov.my
En. Mohd Zan bin Ayob,
En. Ahmad Kamal bin Ramli

Juruaudit:
En. Mohd. Sophian m.sopian@gmail.com,
Pn. Norsakimah bt Awang

Sunday, January 25, 2009

Program j-QAF

Dasar-Dasar Umum
  1. j-QAF adalah akronim bagi jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Ia dijalankan mengikut jadual waktu Pendidikan Islam sedia ada di sekolah (6 waktu seminggu). Walau bagaimanapun bagi mata pelajaran Bahasa Arab, tambahan 2 waktu perlu dimasukkan ke dalam jadual waktu rasmi persekolahan (Pekeliling Pelaksanaan Program j-QAF Bil 13/2004). Begitu juga bagi komponen program Tasmik, tambahan sekurang-kurangnya 2 waktu lagi perlu dibuat di luar waktu rasmi persekolahan (Buku Panduan Dasar j-QAF halaman 4). Berikut ialah pecahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam:
  • Tahun 1: 6 bulan pertama (4Q+2J+2BA), 6 bulan kedua (3Q+2US+1J+2BA)
  • Tahun 2-6: 6 bulan pertama (4Q+1US+1J+2BA), 6 bulan kedua (2Q+3US+1J+2BA)
  • Tahun 1-6: sepanjang tahun (sekurang-kurang 2 waktu Tasmik) di luar jadual waktu rasmi persekolahan
  1. Peruntukan masa seminggu sebanyak 1380 minit (46 waktu) bagi tahap 1 dan 1500 minit (50 waktu) bagi tahap 2 (rujuk SPI Bil 11/2002: Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris)
  2. Guru GPI Program j-QAF adalah guru luar norma yang dilarang mengajar subjek lain selain daripada Pndidikan Islam dan bahasa Arab program j-QAF

Model Pemulihan Jawi

  1. Pihak sekolah perlu mewujudkan satu kelas pemulihan jawi
  2. Model pemulihan jawi dijalankan secara berasingan antara kelas jawi sedia ada. GPI sedia ada akan mengajar seperti biasa di dalam kelas jawi secara berseorangan. Sementara itu seorang guru GPI j-QAF akan mengajar kelas pemulihan jawi juga secara individu di tempat berasingan (seperti di bilik j-QAF)
  3. Bilangan murid pemulihan jawi tidak boleh melebihi daripada 10 orang

Model Tasmik

  1. Dilaksankan di luar jadual waktu rasmi persekolahan sama ada selepas waktu rasmi persekolahan atau hari Sabtu minggu kedua dan keempat atau sewaktu aktiviti kokurikulum atau waktu yang difikirkan sesuai oleh pihak pentadbir
  2. Semua GPI wajib terlibat dengan program tasmik, manakala guru-guru akademik yang berkemampuan adalah digalakkan membantu
  3. Pentadbir perlu memastikan bahawa guru-guru yang terlibat dengan tasmik dikira waktu rasmi bagi mereka dan dikehendaki menulis rancangan harian seperti P&P biasa dan dicatat di dalam jadual waktu individu tersebut
  4. buku Rekod Bacaan Murid hendaklah dicatat oleh guru selepas setiap kali waktu P&P dijalankan

Model 6 Bulan Khatam Al-Quran

  1. P&P kaedah iqra' digunakan pada 6 bulan pertama tahun 1. Sementara aspek khatam al-Quran dilaksanakan pada 6 bulan pertama tahun 2 hingga tahun 6
  2. Buku Rekod Bacaan Murid hendaklah dicatat oleh guru selepas setiap kali waktu P&P dijalankan
  3. Bagi murid-murid yang belum menguasai al-Quran, P&P dijalankan dengan menggunakan 2 kaedah iaitu kaedah Jibril iaitu Baca Ikut Guru (BIG) dan kembali kepada iqra' masing-masing.

Model Bahasa Arab

  1. P&P dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pentadbir sebanyak 2 waktu seminggu sama ada digabungkan atau berasingan
  2. Hanya seorang guru yang mengajar Bahasa Arab. Jika GPI j-QAF major BA tiada, maka GPI j-QAF major Pendidikan Islam wajib mengambil alih tugas tersebut
  3. Pentadbir perlu memohon PCG Bahasa Arab sama seperti PCG mata pelajaran lain

Model Kem Bestari Solat

  1. Merupakan aktiviti kokurikulum yan gmesti dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun di tempat yang sesuai dan dimasukkan ke dalam takwim persekolahan. Cadangan tarikh adalah Kem 1 (Mac), Kem 2 (awal Mei), Kem 3 (Julai) dan Kem 4 (September)
  2. Peruntukan kewangan diperolehi daripada duit aktiviti panitia Pendidikan Islam (SuWA), Kementerian Pelajaran Malaysia, sumbangan PIBG dan lain-lain
  3. Semua guru terlibat dengan program KBS seperti mana acara sukan sekolah
  4. Pelaksanaan KBS adalah di luar waktu rasmi persekolahan

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Sempena sambutan perayaan ini sekolah akan ditutup pada 26 hingga 28 Januari 2009 (Isnin hingga Rabu). Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 29 januari 2009. Sehubungan itu juga pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Semalat Tahun Baru Cina kepada guru, pelajar dan ibubapa yang menyambutnya.
Gong Xi Fa Cai

Pengurusan Tertinggi Pendidikan

YB Dato' Sri Hishamudin Bin Tun Husein
Menteri Pelajaran Malaysia

Y.B. Dr. Ir. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran I



Timbalan Menteri Pelajaran II


Y.Bhg. Dato' Dr. Zulkurnain B. Hj. Awang
Ketua Setiausaha KPM


Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin B. Hj. Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



Dr. Haji Zahri bin Aziz
Pengarah Pelajaran Selangor


En. Mohd. Salleh b. Mohd. Kassim
Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana

Tonggak Dua Belas (The Twelve Pillars)

  1. Menghargai Masa (The Value of Time)
  2. Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success of Preseverance)
  3. Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)
  4. Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity)
  5. Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)
  6. Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
  7. Pengaruh Teladan (The Influence of Example)
  8. Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)
  9. Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)
  10. Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)
  11. Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)
  12. Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)

- Tonggak Dua Belas. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 1992. ISBN967-9933-15-6

Friday, January 23, 2009

EMEL RASMI SEKOLAH ~ sks2bk@gmail.com

Emel rasmi ini boleh digunakan untuk berhubung dengan pihak sekolah jika terdapat sebarang pertanyaan, makluman atau pandangan yang ingin diutarakan kepada pihak pentadbir sekolah. Kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam mengunakan emel ini di masa akan datang dalam sebarang urusan berkaitan pihak sekolah amat-amat diharap dengan adanya emel baru ini.

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH & BUDAYA CEMERLANG ~ PENGAWAS SEKOLAH

Pada 21 Januari 2009 telah diadakan program ini bagi pengawas-pengawas sekolah pula. Ianya telah dijalankan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.45 pagi di bilik wawasan untuk memberi penerangan kepada semua pengawas sekolah agar menjalankan tugas dengan baik dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Pembahagian tugasan juga telah dibuat oleh Pn. Kausalya iaitu Ketua Guru Disiplin tahun ini. Pn. Nafisah Salleh (PK Hal Ehwal Murid) memberi penerangan tentang pentingnya tugas sebagai pengawas di sekolah dan disamping itu Pn. Juliana memberi motivasi kepada semua pengawas agar lebih bersemangat dan berdisiplin ketika menjalankan tugas. Program ini anjuran Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling.

Saturday, January 17, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH & BUDAYA CEMERLANG 2009

Program ini telah dijalankan pada 15 Januari 2009 pada pukul 7.45 pagi hingga 8.30 pagi yang melibatkan 54 orang pelajar (ketua kelas dan penolong ketua kelas). Aktiviti ini telah dijalankan di Bilik Wawasan dengan objektifnya untuk memberi penerangan tentang bidang tugas ketua kelas dan penolong ketua kelas supaya pelajar ini dapat menjalankan tugas mereka dengan betul dan cekap. Ketua kelas dan penolong ketua kelas akan menjalankan tugas mereka dalam tempoh percubaan sehingga akhir bulan ini. Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan cekap maka mereka akan dilantik di dalam majlis perlantikan yang akan dijalankan pada 2 Februari 2009. Jika tidak, murid lain yang dilihat lebih berkelibar akan mengantikan mereka untuk menjadi ketua kelas atau penolong ketua kelas. Diharap semua ketua dan penolong ketua kelas akan berusaha menjalankan tugas anda sebaik mungkin bukan sahaja dalam tempoh percubaan selama sebulan ini tetapi juga jika selepas dilantik semula. Program ini adalah anjuran Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling di bawah Hal Ehwal Murid.

Friday, January 16, 2009

LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID 2008

Sepintas lalu aktiviti dan pencapaian Unit Hal Ehwal Murid(HEM) sepanjang 2008:
1. Proram Orientasi Tahun 1
2. Program Maju Diri
3. Program Peningkatan Sahsiah Cemerlang(Februari, Mac)
4. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita (Februari)
5. Kem Kepimpinan Murid(Pengawas, Ketua Kelas/Penolong, Ketua Unit Uniform, Pengawas
Pusat Sumber : Kem Rock Resort, Ulu Yam.(April)
6. Minggu HEM: (Jun)
Aktiviti : Ceramah, Kuiz, Pertandingan Melukis & Mewarna, Pertandingan Mencipta Logo
Kelab SPBT, Membuat Penanda Buku.
7. Polis Bersama Warga SKS2BK: Ceramah dan Demonstrasi Elak Penculikan.(November)
8. ke Melaka bersama Panitia Seni Visual.(Oktober)
9. Ceramah Pemantapan Pengurusan Disiplin Guru-guru.(Jun)
10. Program Indahnya Alam Remaja.(Oktober)
11. Kutipan Derma(Sepanjang Tahun)
12. Majlis Sumbangan Duit Raya untuk Anak-anak Yatim.(September)
13. Program Penjagaan Kesihatan :- Kerjasama Klinik Kesihatan Seri Kembangan(April, Jun)
14. Program 3K - Sekolah Selamat(Mac-November)
15. Kempen Penjagaan Buku - Pemantauan Buku Berkala( Sepanjang Tahun)
16. Program RIMUP(Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)- Penglibatan 7 buah
sekolah lain.(Oktober)
i. SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
ii. SK Seksyen 1 Bandar Kinrara
iii. SK Bukit Kuchai
iv. SK Puchong Jaya
v. SK Puchong Jaya 2
vi. SJK(C) Yak Chee
vii. SJK(T) Ladang Kinrara
Aktiviti:
> Lawatan ke FRIM
> Persembahan Kebudayaan
17. Keceriaan Bilik BOSS
18. Pelupusan Buku SPBT (Agama)
Pencapaian SKS2BK & Unit Hal Ehwal Murid 2008
1. Johan Anugerah Q Pengurusan BOSS SPBT Cemerlang Daerah Petaling Perdana
2. Johan Anugerah Pengurusan BOSS SPBT Cemerlang Negeri Selangor
3. Johan Pengurusan Kelab SPBT Terbaik Selangor
4. Saguhati (Tempat Ke-5) Pengurusan BOSS SPBT Peringkat Kebangsaan.
Terima kasih kepada semua guru yang telah bekerja keras, juga sokongan padu pihak pentadbir serta komitmen tinggi PIBG yang setia dan sedia membantu. Sumbangan anda semua nama SKS2BK tercatat hingga ke peringkat kebangsaan. SYABAS! SKS2BK Boleh!
Imbasan Kenangan Lalu............
Program Penjagaan Kesihatan
Program 3K - Mengecat tanda keselamatan

Tunggu... sambungan gambar




Monday, January 12, 2009

MAKLUMAN TAMBAHAN UNTUK IBU BAPA

Surat bersiri SKS2BK07/03/001 ( 53 ) yang dikeluarkan pada 9 Januari 2009 adalah dirujuk.



1.0 Waktu Persekolahan Murid Tahun 1 hingga 6

  • Sebagaimana yang dinyatakan dalam edaran SKS2BK01/05/007/14/09(53) bertarikh 26 Disember 2008 berkaitan Kelas Tasmik, j-QAF mempunyai 5 model iaitu Kelas Pemulihan Jawi, Tasmik, Khatam Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Kelas Tasmik dilaksanakan di luar jadual persekolahan sementara Bahasa Arab dilaksanakan dengan tambahan 60 minit di dalam jadual waktu persekolahan. Ini memberi implikasi pelajar yang berada dalam tahun pembelajaran j-QAF akan pulang lewat 30 minit selama dua hari dalam seminggu. Sila lihat lihat jadual waktu sekolah anak masing-masing untuk mengetahui hari-hari yang terlibat. Berikut ialah rumusan mengenai jadual persekolahan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.
  • Kesemua murid memulakan pembelajaran rasmi pada pukul 7.40 pagi. Namun mereka perlu hadir ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal atau sebaik-baiknya sebelum pukul 7.25 pagi. Ini bagi membolehkan murid-murid selesa untuk menghantar beg ke kelas masing-masing di samping menjalankan tugas membersihkan kelas jika berkaitan sebelum turun menghadiri sesi perhimpunan (7.30 - 7.40 pagi).
  • Hari Jumaat sekolah tamat pada pukul 12.00 tengah hari bagi kesemua pelajar sementara bagi hari Isnin hingga Khamis adalah seperti berikut:

Tahun Isnin Selasa Rabu Khamis *Tasmik

  • Tahun 1: 1300 1230* 1300 1230 1230-1330
  • Tahun 2: 1300 1230 1230* 1300 1230-1330
  • Tahun 3: 1300 1300 1230 1230* 1230-1330
  • Tahun 4: 1300* 1330 1330 1300 1300-1330
  • Tahun 5: 1300 1300 1300 1300
  • Tahun 6: 1300 1300 1300 1300
    Pada minggu peperiksaan, kelas Tasmik dihentikan dan pelajar pulang setelah tamat jadual persekolahan biasa.
    Perhimpunan akan dimulakan 10 minit sebelum waktu Mula Belajar

2.0 Waktu Aktiviti Kokurikulum bagi Murid Tahun 4, 5 dan 6

  • Aktiviti kokurikulum akan bermula pada 04 Februari 2009 hingga 29 Julai 2009 setiap hari Rabu. Aktiviti bermula pada pukul 1.45 petang hingga 4.00 petang. Minggu peperiksaan tiada aktiviti kokurikulum. Ibu bapa diharap dapat menguruskan makan tengah hari dan pengangkutan pulang anak masing-masing.

3.0 Pelaksanaan Kelas Bahasa Tamil (POL) di Sekolah Rendah

  • Merujuk kepada Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld.II(44) bertarikh 13 Mac 1986 dan KP(BS)8502/15/006(22) bertarikh 16 November 2000. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil bermula dari Tahun 3 hingga 6 selama 2 jam (120 minit) di luar waktu sekolah. Kelas Bahasa Tamil akan dijalankan di sekolah ini sekiranya terdapat 15 orang ibu bapa atau lebih memohon supaya bahasa itu diajar. Kelas Bahasa Tamil yang akan dijalankan sekolah ini ialah pada hari Jumaat, pukul 12.30 hingga 2.30 petang. Walau bagaimanapun, kelas akan bermula selepas permohonan yang dipanjangkan ini mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
    Borang permohonan Kelas Bahasa Tamil untuk tindakan ibu bapa yang berkenaan telah dilampirkan bersama-sama surat edaran tersebut. Sila serahkan borang jawapan tersebut kepada guru kelas masing-masing.

Tuesday, January 6, 2009

PROGRAM MAJU DIRI 2009

Program Maju Diri adalah program wajib bagi sekolah-sekolah di Negeri Selangor. Program Maju Diri telah bermula dari 5 Januari 2009 dan akan berakhir pada 7 Januari 2009 yang melibatkan murid tahun 4,5, dan 6. Berbagai aktiviti yang telah dan akan dijalankan melibatkan kemahiran mengurus wang, kemahiran belajar, membina matlamat belajar, kerjaya, dan sebagainya merupakan antara modul dalam program ini. Diharap dalam tempoh 3 hari ini semua pelajar tahap 2 mendapat manafaat dari program ini . Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua guru tahap 2.

Saturday, January 3, 2009

Bayaran Insuran Takaful

Dalam makluman terdahulu melalui posting di blog ini bertarikh 10 Disember 2008, kutipan bayaran wajib adalah ditangguhkan sehingga penghujung Mei 2009. Namun demikian melalui Mesyuarat Pengurusan Guru Besar/Pengetua Daerah Petaling Perdana Bil 4/2008 pada 30 Disember 2008 yang merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas 4/2008 dari Kementerian Pelajaran Malaysia, sekali lagi pindaan dibuat iaitu semua pelajar (prasekolah hingga Tahun 6) adalah dikehendaki membayar RM1.50 sebagai bayaran insuran diri pada awal tahun persekolahan 2009.
Diharap tuan/puan dapat menjelaskannya secepat mungkin melalui guru kelas anak masing-masing dalam minggu pertama persekolahan. Mengenai bayaran-bayaran lain ia akan diputuskan melalui Mesyuarat Agung PIBG.
Sehubungan itu, makluman awal mengenai hal yang berkaitan adalah dibatalkan. Segala kesulitan amat dikesali.

Friday, January 2, 2009

Keputusan UPSR 2008

Bilangan calon: 192 pelajar
Bilangan lulus : 161 pelajar
% kelulusan : 83.9 %

Bilangan 5A : 42 pelajar
Bilangan 4A 1B : 23 pelajar
Bilangan 3A 2B : 16 pelajar

Peratusan Kelulusan Subjek:
  1. BM Pemahaman : 96.9 %
  2. BM Penulisan : 92.7 %
  3. Bahasa Inggeris : 88.0 %
  4. Matematik : 93.2 %
  5. Sains : 92.2 %

HARI ORIENTASI 2009 : 02 Januari 2009











Telah berjalan dengan lancar. Walaupun agak terjejas disebabkan oleh hujan pada waktu pagi, namun kerjasama para guru dan ibu bapa dapat membantu perjalanan majlis dengan jayanya. Ribuan terima kasih pada semua. Kepada semua murid tahun 1, semuanya comel-comel dan aktif, semoga menjadi pelajar yang cemerlang dan bakal menggegarkan sks2bk dengan pencapaian gemilang UPSR 2014.