Saturday, November 21, 2009

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan pada hari Khamis 19 Nov. 2009 yang lalu. Seramai 48 orang murid telah mendapat keputusan cemerlang 5A daripada 200 orang calon yang menduduki UPSR pada 8 hingga 10 September 2009 yang lalu. Manakala 21 orang calon telah berjaya mendapat keputusan 4A 1B dan 23 orang calon lagi mendapat 3A 2B dalam peperiksaan tersebut. Peratus kelulusan UPSR pada tahun ini ialah 82.5%. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya.
Peratus Kelulusan Peringkat Mata Pelajaran
  • Bahasa Malaysia (Pemahaman) - 94 %
  • Bahasa Malaysia (Penulisan) - 93 %
  • Bahasa Inggeris - 84 %
  • Matematik - 88.5 %
  • Sains - 89 %

KEPUTUSAN UPSR

UPSR 2013

Tarikh Umum = 14.11.2013 (Khamis)
Bilangan Calon = 139 pelajar
Bilangan Lulus = 107 pelajar
Peratus Lulus = 77.7%
Bilangan 5A = 32 orang
Bilangan 4A 1B = 13 pelajar
Gred Purata Sekolah (GPS) = 1.93 
  1. Pemahaman = 96.4%
  2. Penulisan = 95.7%
  3. Bahasa Inggeris = 85.6%
  4. Matematik = 85.6%
  5. Sains = 92.1%
UPSR 2012

Tarikh Umum: 19.11.2012 (Isnin)
Bilangan Calon: 172 pelajar
Bilangan Lulus : 165 pelajar
Peratus Kelulusan : 81.4 %
Bilangan 5A : 28 pelajar
Bilangan 4A 1B : 26 pelajar
  1. Pemahaman = 97.7%
  2. Penulisan = 96.5%
  3. Bahasa Inggeris = 84.9%
  4. Matematik = 90.1%
  5. Sains = 89.5%
UPSR 2011

Tarikh Umum : 18.11.2011
Bilangan Calon : 198 pelajar
Peratus Kelulusan : 75.8 %
Bilangan 5A = 44 orang
Bilangan 4A 1B = 18 orang
Bilangan 3A 1C = 1 orang
Bilangan 2A 2B = 18 orang

UPSR 2010

Tarikh Umum: 11.11.2010
Bilangan Calon: 200 pelajar
Bilangan Lulus : 165 pelajar
Peratus Kelulusan : 82.5 %

Bilangan 5A : 40 pelajar
Bilangan 4A 1B : 27 pelajar
Bilangan 4A 1C : 2 pelajar

UPSR 2009

Tarikh Umum: 19.11.2009 (Khamis)
Bilangan Calon: 200 pelajar
Bilangan Lulus : 165 pelajar
Peratus Kelulusan : 82.5 %
Bilangan 5A : 48 pelajar
Bilangan 4A 1B : 21 pelajar
Bilangan 3A 2B : pelajar

Peratus Kelulusan Subjek:
  • Bahasa Malaysia (Pemahaman) - 94 %
  • Bahasa Malaysia (Penulisan) - 93 %
  • Bahasa Inggeris - 84 %
  • Matematik - 88.5 %
  • Sains - 89 %
UPSR 2008

Bilangan Calon: 192 pelajar
Bilangan Lulus : 161 pelajar
Peratus Kelulusan : 83.9 %
Bilangan 5A : 42 pelajar
Bilangan 4A 1B : 23 pelajar
Bilangan 3A 2B : 16 pelajar

Peratusan Kelulusan Subjek:
  1. BM Pemahaman : 96.9 %
  2. BM Penulisan : 92.7 %
  3. Bahasa Inggeris : 88.0 %
  4. Matematik : 93.2 %
  5. Sains : 92.2 %

Friday, November 20, 2009

ANALISIS KEPUTUSAN PKSR 4/2009

Peratus Lulus %
BAHASA MALAYSIA ( PEMAHAMAN )
Tahun 1 : 96.00
Tahun 2 : 89.44
Tahun 3 : 95.27
Tahun 4 : 90.53
Tahun 5 : 94.94
Tahun 6 : 92.39

BAHASA MALAYSIA ( PENULISAN )
Tahun 1 : 95.50
Tahun 2 : 85.92
Tahun 3 : 92.90
Tahun 4 : 85.79
Tahun 5 : 95.51
Tahun 6 : 80.61


BAHASA INGGERIS
Tahun 1 : 81.00
Tahun 2 : 85.31
Tahun 3 : 88.24
Tahun 4 : 63.35
Tahun 5 : 83.15
Tahun 6 : 91.37


MATEMATIK
Tahun 1 : 96.00
Tahun 2 : 91.61
Tahun 3 : 90.00
Tahun 4 : 66.15
Tahun 5 : 70.22
Tahun 6 : 82.14

SAINS
Tahun 1 : 96.50
Tahun 2 : 94.37
Tahun 3 : 91.72
Tahun 4 : 73.02
Tahun 5 : 69.66
Tahun 6 : 80.20

Thursday, November 19, 2009

CERAMAH MOTIVASI - BAGAIMANA HENDAK MENJADI MURID YANG CEMERLANG?

Ceramah motivasi ini diadakan 5 slot yang meliputi tahun 1 hingga tahun 6. Program ini diadakan di Pusat Sumber sekolah. En. Vina telah memberi ceramah motivasi ini mengikut ketetapan berikut :

Slot 1 & 2 pada 12/11/09
Slot 3 pada 13/11/09
Slot 4 & 5 pada 16/11/09

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG iaitu Pn. Thilagavathi dan Pn. Manjid yang banyak membantu untuk menjayakan program ini . Tujuan ceramah ini diadakan sebelum cuti sekolah adalah untuk memberi pendedahan kepada murid untuk mengunakan cuti sekolah dengan sebaik mungkin.

Thursday, November 12, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK GAGASAN 1 MALAYSIA



Pada 11 November 2009, telah diadakan majlis sambutan Hari Kanak-Kanak yang bertemakan 1 Malaysia. Murid-murid berkumpul di dewan sekolah untuk melihat persembahan daripada murid pra sekolah, tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 serta persembahan guru. Selain daripada itu, penyampaian sijil dan hadiah kepada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber (Tahun1 - 6), ketua kelas serta penolong ketua kelas, JK murid untuk unit di bawah kokurikulum dan akhir sekali penyampaian sijil kehadiran penuh murid.

Murid-murid dibenarkan untuk memakai pakaian kebudayaan masing-masing pada hari tersebut.

Selesai atur cara di dewan, semua murid dan guru kelas masuk ke dalam kelas masing-masing untuk jamuan kelas.

Semua murid kelihatan gembira dan seronok pada hari yang istimewa ini.

Tuesday, November 10, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2009


Pada 7 November 2009 telah diadakan Majlis Anugerah BOSS SPBT di SMK Bandar Baru Sg. Long, Kajang. Lawatan ke sekolah menengah yang memenangi tempat pertama Anugerah BOSS SPBT bagi peringkat sekolah menengah telah memberi idea bukan sahaja untuk bilik BOSS tetapi juga bilik b&k, bilik kesihatan dan bilik disiplin serta taman-taman yang terdapat di sekitarnya.

Diharap kita semua akan dapat membuat lawatan penanda aras ke sekolah ini pada masa akan datang.

AKTIVITI & MAJLIS PENUTUPAN PROGROM RIMUP 2009






Pada hari ini, 10 November 2009 merupakan program RIMUP terakhir dijalankan yang melibatkan 7 buah sekolah. Majlis berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh guru besar,PK HEM dan guru pengiring serta 45 orang murid.

Dalam majlis ini, juga satu aktiviti bersama murid telah dijalankan dalam 9 kumpulan. Aktiviti Choi Mei membawa maksud bunga yang dihasilkan melalui tiupan dakwat cina. Kumpulan 6 merupakan kumpulan terbaik.

Penyerahan banting RIMUP daripada Pn. Nafisah PK HEM iaitu wakil Guru Besar kepada Guru Besar SJK(c) Yak Chee iaitu Pn. Choon bagi pengerusi RIMUP tahun 2010.

Jumpa lagi di tahun hadapan.

Thursday, November 5, 2009

CERAMAH MOTIVASI PADA 5 NOVEMBER 2009





Slot pertama dari pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi telah dikhaskan untuk ceramah kepimpinan. Sasarannya adalah untuk semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber serta ketua dan penolong ketua kelas.

Slot kedua pula dari pukul 10.15 pagi hingga 11.10 pagi telah dikhususkan untuk murid tahun 5 yang bertajuk persediaan pelajar menjelang peperiksaan UPSR.

Kedua-dua slot ini telah disampaikan oleh En. Mohd Zaidi b. Abdullah dari Perkhidmatan Bimbingan & Motivasi Bestari.(Emel : zaidibestari@gmail.com / 012-3421117/019-6181117)

Wednesday, November 4, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GENTING HIGHLANDS

Pada hari ini iaitu 4 November 2009 (Rabu) seramai 40 orang murid daripada tahun 4,5, dan 6 telah mengikuti lawatan sambil belajar ini. Guru pengiring yang terlibat adalah Cik Marlina, Cik Rokhaizan dan Cik Pang.

Lawatan sambil belajar ini adalah pekej yang telah disediakan oleh pihak Genting Highlands dan diantara aktiviti adalah lawatan ke ladang stawberi, Snow World, Coklat Berl'y. Bowling dan permainan di dalam taman tema tersebut.