Friday, March 5, 2010

CERAMAH MOTIVASI KEROHANIAN




Pada 25 Februari 2010 (Khamis) telah diadakan ceramah motivasi buat kali pertamanya untuk murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Nahrawi b. Marzoki di Pusat Sumber Sekolah pada pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Diharap agar semua murid melaksanakan segala intipati ceramah yang boleh memberi meningkatkan kesedaran supaya belajar bersungguh-sungguh mulai tika dan saat ini.

Ada beberapa siri lagi ceramah motivasi akan diadakan pada bulan 4, bulan 6 dan bulan 8 akan dijalankan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling bersama JK Kecemerlangan Tahun 6. Semoga semua murid mendapat manafaat daripada program yang dijalankan ini .