Thursday, May 27, 2010

SELAMAT HARI WESAK 2010

Pada 28 Mei 2010 (Jumaat) Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti sempena menyambut Hari Wesak. Sekolah akan dibuka semula pada 31 Mei 2010 (Isnin). Di sini pihak sekolah ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK kepada semua warga sekolah yang beragama Buddha yang menyambutnya. Jangan lupa untuk buat ulangkaji kerana pada hari Isnin (31 Mei 2010) Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1) akan dijalankan. Sekian, harap maklum.

Tuesday, May 25, 2010

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Tuan/puan,

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHU (PKSR 1) 2010

Dengan seggala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan melaksanakan peperiksaan pertengahan tahun 2010 pada 31 Mei 2010 (Isnin) hingga 4 Jun 2010 (Jumaat) bagi semua murid Tahun 1 - 6.

3. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan segala keperluan berkaitan peperiksaan tersebut di pihak tuan/puan telah diambil.

4. Sila rujuk jadual waktu yang telah diberikan kepada anak-anak tuan/puan. Ia telah diserahkan pada 25 Mei 2010 yang lalu. Waktu persekolahan adalah seperti biasa. Dimaklumkan juga bahawa sepanjang minggu tersebut, kelas tambahan Tahun 5 & 6, Tasmik dan Kokurikulum adalah dibatalkan.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Cikgu Zeti Afnaz ke KPM

Cikgu Zeti adalah gelaran buat guru Sains tahun 6 ini. Beliau telah mula bertugas di sekolah ini sejak 03/01/2005. Dengan memegang jawatan pengendali makmal komputer fasa 3 bersebelahan dengan kantin sekolah. Beliau akan berpindah ke Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkuatkuasa pada 16 Mei 2010. Walau bagaimanapun beliau telah meminta penangguhan sehingga 25 Mei 2010 atas urusan penyerahan tugas. Terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada sekolah amnya dan murid khususnya. Selamat menjalankan tugas di tempat baru dengan persekitaran baru. Semoga berjumpa di lain waktu.

Tuesday, May 18, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Pada 16hb. Mei 2010 yang lalu telah dilancarkan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran. Ia diadakan di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Bagi menyahut seruan kerajaan untuk mengenang jasa-jasa guru di sekolah-sekolah, SKS2BK akan mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Mei 2010
Hari : Jumaat
Masa : 7.40 pagi - 10.10 pagi

Murid-murid dibenarkan berpakaian sukan sepanjang sambutan diadakan. Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa selepas waktu rehat tamat. Sekian, harap maklum.

Friday, May 14, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA

Pada 15hb.Mei 2010 (Sabtu) akan diadakan Program Gotong-royong Perdana sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang jatuh pada 16hb. Mei 2010 (Ahad). Majlis gotong-royong ini akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka tamat pada jam 10.30 pagi. Tentatif program adalah seperti berikut :

8.00 pagi
Taklimat ringkas oleh GPK Kurikulum (Pn. Nafisah bt. Salleh)

8.10 pagi
Semua guru, PIBG dan murid menjalankan tugasan yang diberikan dalam aktiviti gotong-royong

10.30 pagi
Majlis bersurai

Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir.

Wednesday, May 12, 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR



Tarikh : 5 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Satu Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia telah dijalankan oleh Panitia Bahasa Malaysia untuk mempertingkatkan kecemerlangan UPSR. Diharap semua murid mendapat manafaat daripada program yang murni ini

PROGRAM PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA




Tarikh Program : 1 Mac hingga 15 April 2010
Anjuran bersama : Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia PSV
Aktiviti :
1. Pertandingan Mewarna Kerjaya ~ Pra sekolah dan Tahap 1
2. Pertandingan Melukis Poster Kerjaya ~Tahap 2
3. Pertandingan Melukis Peta Minda Kerjaya Pilihanku ~ Kelab Kerjaya
4. Pertandingan Menulis Karangan Kerjaya ~ Terbuka untuk Tahap 2
5. Pertandingan Ejaan Kerjaya ~ Murid Intan

Semua aktiviti ini telah dijalankan dan penyampaian hadiah telah dibuat pada 3 Mei 2010 disampaikan oleh Pn. Maimoon bt Dusa (Guru Besar).

Tahniah buat semua pemenang.

GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010

Program di atas akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat : SKS2BK
Sasaran : Guru, staf pejabat, AJK PIBG, Ibu bapa/Penjaga, Murid (150 orang dari unit
uniform yang telah dipilih), MPSJ

Aktiviti:
1. Membersihkan kawasan persekitaran sekolah (kawasan-kawasan yang telah dipilih oleh pihak sekolah)
2. Pelupusan perabot rosak.
3. Pembersihan stor sekolah di setiap aras bangunan.
4. Keceriaan tandas dan laluan antara bangunan
5. Pembersihan dan keceriaan kolam di padang sekolah.

Ibu bapa/penjaga juga adalah dialu-alukan untuk memberi sumbangan berupa bunga-bunga hiasan, gambar, pokok bunga, tanah dan pasu serta menyumbang tenaga untuk mengecat dan menceriakan kelas anak masing-masing (membawa sendiri cat, berus dan sebagainya yang berkenaan).

Diharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua warga SKS2BK.

Thursday, May 6, 2010

Makluman Kem Bestari Solat Tahun 2010

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 1 & 2 bagi semua murid Islam Tahun 2 hingga Tahun 5 pada :

Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari
Tempat : SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu tuan/puan diminta memberi kerjasama memastikan anak tuan/puan telah bersarapan di rumah, membawa bekalan minuman untuk waktu rehat dan membawa telekung (murid perempuan). Semua murid diminta memakai baju sukan dan seluar 'track bottom'

Tuan/puan juga diminta menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak tuan/puan pada hari tersebut. Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sunday, May 2, 2010

Jasamu Dikenang

Pada 30 April 2010, tamatlah sudah tempoh praktikum guru-guru dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Teknik, Kuala Lumpur. Mereka ialah Maisara bt. Othman dan Nurul Ain bt. Muhmad Zin. Pengkhususan mereka adalah Kemahiran Hidup (major) dan Pendidikan Jasmani (minor). Mereka telah ditempatkan di sekolah ini mulai 1 Februari 2010. Ini bermakna tempoh praktikum mereka adalah selama 3 bulan.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan sumbangan dan bantuan kepada pihak sekolah terutamanya semasa temasya sukan tahunan baru-baru ini. Semoga kalian berdua berjaya dalam mengakhiri kursus yang diikuti. Selamat maju jaya.