Wednesday, July 14, 2010

IKRAR PPDa





Semua guru dan murid membaca ikrar PPDa yang dipimpin oleh adik Ahmad Khairul b. Shaharizal iaitu ketua pengawas sekolah. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada aktiviti PPDa sekolah.

HARI TERBUKA MENANDATANGANI KAD PROFIL






Pada 2 Julai 2010 (Jumaat) adalah hari mengambil kad profil. Terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang datang ke sekolah untuk berjumpa guru-guru.

PAMERAN SETEM POS MALAYSIA - BULAN PUSAT SUMBER




Tarikh : 7 Julai 2010 hingga 9 Julai 2010
Tempat : Dewan Sekolah

Pameran Setem ini melibatkan semua murid. Murid-murid boleh melihat koleksi setem di Malaysia, pembelian setem dan membuat setem dengan gambar sendiri.

Tuesday, July 13, 2010

KERJAYA SEBAGAI CHEF - KELAB KERJAYA




Pada 7 Julai 2010 (Rabu), aktiviti kokurikulum bagi Kelab Kerjaya telah memperkenalkan kerjaya sebagai seorang chef. Ahli kelab menunjukkan kreativiti untuk menghias dan memasak makanan yang murid bagi merasai kerjaya sebagai seorang chef.

KUNTUM SINGGAH DI SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA






Pada 6 Julai 2010 telah dijalankan satu aktiviti yang melibatkan Star Publications (KUNTUM) sempena Bulan Pusat Sumber sekolah. Diharap seluruh warga sekolah mendapat manafaat daripada aktiviti yang dijalankan oleh JK Pusat Sumber.

BULAN NUTRISI MALAYSIA




Pada 5 dan 6 Julai telah diadakan satu program kesihatan (3K) sempena Bulan Nutrisi Malaysia. Oleh itu pihak sekolah telah menjalankan beberapa aktiviti yang melibatkan NGO untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan murid-murid di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

MOTIVASI TAHUN 6 KALI KE-3




Pada 29 Jun 2010 telah diadakan satu lagi slot motivasi bersama Ahmad Badrul Sani Baharudin telah dijalankan bagi meningkatkan motivasi dan kesedaran diri untuk lebih bersedia menghadapi UPSR 2010.

LAWATAN KERJAYA 2010





Pada 23 Jun 2010 telah dijalankan lawatan kerja ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang melibatkan 40 orang murid tahun 5 & 6 di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Kelab Kerjaya. Ianya juga melibatkan Program Kaunseling Berfokus Akademik.

Saturday, July 10, 2010

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHUN 4 DAN TAHUN 5

Tarikh : 10 Julai 2010(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.15 tengah hari
Tempat : SKS2BK

Tema : "Solat Asas Pembentukan Anak Cemerlang"

Pengisian program:
Sesi 1 - Lapaz Azan dan Iqamah
- Kedudukan Imam dan Makmum

Sesi 2 - Muafik & Masbuk
- Amali Solat

Adalah diharapkan, melalui program ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid yang hadir dalam mendalami ilmu agama dan cara-cara mengerjakan solat dengan betul.


PERUBAHAN TAKWIM AKTIVITI KOKURIKULUM

Berikut adalah perubahan aktiviti kokurikulum :

Aktiviti kokurikulum pada 21 Julai 2010 ( Unit Beruniform ) DIGANTI dengan Kelab Persatuan.
Ini berikutan dengan aktiviti Kelab Persatuan setakat ini berjalan sebanyak 3 kali berbanding aktiviti Permainan yang telah berjalan sebanyak 5 kali.
sekian, harap maklum.