Thursday, October 21, 2010

Sedia Hadapi Cabaran






Sehati Sejiwa, Seia-sekata dan Sepakat Membawa Berkat....itulah yang disemaikan di dalam diri anak-anak murid Tahun 6 semasa Program Mari Memasak dijalankan baru-baru ini. Nilai bantu membantu dan kerjasama dapat dilihat semasa murid-murid dilatih memasak mee dan bihun sup di sekolah yang dibimbing oleh guru Bahasa Malaysia Tahun 6 : Cikgu Fauzihan, Cikgu Hidayah, Cikgu Rathi dan Cikgu Mazlina.

Matlamat utama program ini adalah bertujuan mencungkil bakat terpendam murid-murid yang mempunyai cita-cita menjadi chef terkenal seperti Chef Wan dan Chef Ismail. Ianya juga bertujuan melatih murid berjinak-jinak membantu ibu di dapur dan berminat untuk memasak dengan pelbagai resepi mudah.

posted by Ustazah Julia Zainira

Tuesday, October 12, 2010

Children's Day 2010













SK Seksyen2 Bandar Kinrara meraikan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah untuk mencungkil bakat murid disamping menggalakkan murid aktif dalam aktiviti berfaedah dan menyihatkan. Antara progam yang telah dijalankan ialah pada Hari Jumaat (8 oktober 2010), Sukan Mini yang melibatkan semua murid pada sebelah pagi bertujuan untuk menyemai budaya cintakan kecergasan dan diikuti persembahan murid dan guru pada Hari Sabtu (9 Oktober 2010) baru-baru ini.

posted by Ustazah Julia Zainira bt Zaimon

Monday, October 11, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan melaksanakan Peperiksaan Akhir Tahun 2010 pada 25/10/2010 (Isnin) hingga 29/10/2010 (Jumaat).

3. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan segala keperluan berkaitan peperiksaan di pihak tuan/puan telah diambil. Peperiksaan Tahun 5 bagi mata pelajaran teras (BM-Pemahaman, BM-Penulisan, B. Inggeris, Matematik dan Sains) adalah setara peringkat negeri Selangor. Mata pelajaran Bahasa Arab (Tahun 1 hingga 5) juga setara peringkat negeri Selangor dan telah dijalankan pada 7 Oktober 2010 yang lalu.

4. Sebagai rujukan tuan/puan bersama-sama ini disertakan jadual waktu peperiksaan tersebut. Walau bagaimanapun waktu persekolah adalah seperti biasa. Dimaklumkan juga bahawa sepanjang minggu peperiksaan tersebut, tasmik adalah dibatalkan.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Arahan dikeluarkan oleh :

PN. MAIMOON BINTI DUSA
Guru Besar,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

Wednesday, October 6, 2010

Hari Sukan Mini 2010

Pada hari Jumaat ( 8hb. Oktober 2010 ), pihak sekolah akan mengadakan Hari Sukan Mini. Tujuan sukan ini diadakan ialah untuk mengasah bakat semua murid untuk persediaan Sukan Tahunan yang lebih besar pada tahun hadapan. Semua murid dibenarkan untuk memakai pakaian sukan semasa sukan mini ini berlangsung. Semua murid akan masuk ke dalam kelas masing-masing selepas tamat acara yang dipertandingkan. Semua acara dalam sukan mini ini dijangka tamat pada jam 10.30 pagi. Kepada semua ibu bapa murid sekolah ini sila ambil maklum.

Ujian Bahasa Arab

Ujian Bahasa Arab bagi Tahun 1 hingga Tahun 5 SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 7hb. Oktober 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi

Diharapkan agar semua ibu bapa murid yang terlibat bersedia dengan alat tulis masing-masing dan selamat maju jaya.

MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA ARAB

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun 2010 bagi mata pelajaran Bahasa Arab akan dijalankan pada 7 Oktober 2010 (Khamis) untuk Tahap 1 dan Tahap 2.

Guru-guru juga telah memaklumkan kepada murid-murid mengenai tarikh peperiksaan tersebut.

Oleh itu, pihak sekolah berharap agar semua murid dapat hadir pada tarikh peperiksaan yang telah ditetapkan. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada ibubapa/penjaga didahului dengan ucapan terima kasih.


posted by Ustazah Julia Zainira bt Zaimon

Tuesday, October 5, 2010

PROGRAM PIBG : MOTIVASI SUNTIKAN ILMU

Tarikh : 27 september 2010 hingga 28 september 2010
Anjuran : PIBG dan Unit Bimbingan & kaunseling
Sasaran : Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5
Aktiviti : Ceramah Motivasi untuk mewujudkan kesedaran kepada murid yang disampaikan oleh
MR. Hilter

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah

Tarikh : 26 Julai 2010 hingga 30 Julai 2010
Anjuran: Unit PPDa dan Unit Bimbingan & Kaunseling
Aktiviti:
1. Pameran daripada AADK Petaling
2. Ceramah Bahaya Dadah daripada AADK Petaling
3. Kuiz Terbuka Tahun 4 hingga Tahun 6
4. Pertandingan Mewarna Prasekolah, Tahun 1 hinggan Tahun 3
5. Pertandingan Melukis Poster Tahun 4 hingga Tahun 6
6. Pertandingan Info PPDa bagi Papan Kenyataan Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6.
7. Penyampaian Hadiah

Terima kasih kepada seluruh warga SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kerana telah menjayakan program ini dan tahniah kepada semua pemenang. Tahun depan jangan lupa sertai program ini lagi.

Monday, October 4, 2010

~Berkelah Hari Raya bersama Murid Tahun 6~







Sudah hampir 2 minggu UPSR sudah menutup tirainya bagi tahun 2010. Walaubagaimanapun,guru-guru tidak melepaskan peluang yang ada untuk menyediakan pelbagai aktiviti yang berbentuk ilmiah kepada murid-murid tahun 6.

Pada 29 September 2010, aktiviti yang telah dilaksanakan baru-baru ini ialah Menyambut Hari Raya dengan cara berkelah di padang sekolah. Alhamdulillah, aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan dari murid-murid serta ibubapa/penjaga yang telah menyediakan pelbagai makanan dan minuman.

Untuk makluman ibubapa/penjaga juga, sepanjang minggu ini (4-9 Oktober 2010), pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti bagi semua murid seperti berikut :
1. Sukan Mini : 8 oktober 2010 - Jumaat (murid berpakaian sukan)
2. Sekolah Ganti : 9 Oktober 2010 - Sabtu
3. Karnival Kanak-kanak : 9 Oktober 2010 - Sabtu

posted by Ustazah Julia Zainira bt Zaimon