Wednesday, November 17, 2010

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010 (13 Nov 2010)


Directed by Ustazah Julia Zainira Zaimon

Sunday, November 14, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Pada hari Khamis (11 Oktober 2010), SKS2BK telah menerima keputusan UPSR 2010. Pada tahun ini, kita mendapat 40 orang 5A, 27 orang 4A 1B, 2 orang 4A 1C. Bilangan murid yang mendapat 5A pada tahun ini berkurangan sebanyak 8 orang. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan pada 4 mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik, dan Bahasa Inggeris. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya. Buat mereka yang kurang berjaya, ini bukanlah penamat untuk segalanya. Cuba perbaiki diri, rancang dengan lebih teliti masa depan anda dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada serta pohonlah doa kepada-Nya agar usaha kita diberkati.

Thursday, November 4, 2010

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Pada 5 November 2010 (Jumaat) seluruh warga negara Malaysia yang beragama Hindu akan menyambut Hari Deepavali. Mereka akan bersembahyang dan mengunjungi sanak-saudara dan handai taulan untuk meraikannya. Pada kesempatan ini, SKS2BK ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warganya yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid yang berketurunan India. Semoga pada tahun ini membawa kemewahan kepada anda dan keluarga.

Monday, November 1, 2010

CUTI HARI RAYA HAJI

Dimaklumkan bahawa semua murid SKS2BK akan bercuti pada 16 dan 17 sempena sambutan Hari Raya Haji berikutan pihak sekolah telah memohon untuk cuti peristiwa pada 16 November 2010 (Selasa). Ini bermakna murid boleh bercuti pada dua tarikh tersebut tanpa perlu menggantikannya.

Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa pada 18 November 2010 (Khamis). Dimaklumkan juga bahawa semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa sehingga hari terakhir persekolahan iaitu pada 19 November 2010 (Jumaat).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

CUTI HARI DEEPAVALI 2010

Hari Deepavali adalah perayaan yang disambut oleh masyarakat India. Perayaan ini juga dikenali sebagai perayaan cahaya kerana setiap rumah kaum India akan menyalakan lampu minyak di setiap rumah mereka.

Oleh itu, SKS2BK akan bercuti bermula 4 dan 5 Oktober 2010 (Khamis dan Jumaat) bagi membolehkan warga sekolah yang beragama Hindu membuat persiapan awal sebelum perayaan tersebut. Cuti pada hari Khamis itu adalah cuti berganti yang telah dibuat pada bulan sebelumnya.

SKS2BK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua warga SKS2BK yang menyambutnya.

KUTIPAN BUKU SPBT 2010

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah suatu kemudahan yang diberikan kepada semua murid secara percuma untuk membantu pengajaran dan pembelajaran semasa di sekolah. Setelah hampir setahun menggunakan kemudahan ini, tibalah masanya bagi Unit SPBT SKS2BK mengutip semula buku teks tersebut untuk diagihkan semula kepada murid-murid tahun 2011.

Aktiviti pemulangan buku teks ini akan dijalankan pada 1 dan 2 Oktober 2010 (Isnin dan Selasa) di kelas masing-masing. Sila pastikan bilangan buku yang dipinjam mencukupi dan dalam keadaan baik. Jika sebaliknya atau didapati buku teks terbabit hilang, pihak ibu bapa atau penjaga diminta menggantikannya semula dengan buku teks yang baharu atau membayar nilai buku teks tersebut kepada guru kelas atau guru SPBT.

Sekian, harap maklum.