Thursday, January 21, 2010

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER & KETUA SERTA PENOLONG KETUA KELAS 2010

Tarikh : 18 Januari 2010 (Isnin)
Masa : 7.55 pagi hingga 8.15 pagi (Perhimpunan Rasmi)
Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah
Anjuran Bersama : Unit Disiplin, JK Pusat Sumber Sekolah & Unit Bimbingan & Kaunseling.

Sasaran :
1. Ketua Pengawas Sekolah, Penolong Ketua Pengawas Sekolah, Pengawas Percubaan dan Lantikan Pengawas Baru Tahun 2010.
2. Ketua Pengawas Pusat Sumber, Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber dan Lantikan Pengawas Pusat Sumber Baru Tahun 2010.
3. Semua Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas
4. Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas Tahun 4,5 & 6 yang juga merupakan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah.

Atur Cara Majlis :
1. Memperkenalkan ketua kelas dan penolong ketua kelas.
2. Pn. Nafisah bt. Salleh (PK HEM) menyampaikan buku log PRS kepada ketua dan penolong ketua kelas tahun 4,5 & 6.
3. Memperkenalkan pengawas percubaan dan pengawas baru 2010.
4. Memperkenalkan pengawas pusat sumber baru 2010.
5. Memperkenalkan ketua pengawas pengawas & penolong ketua pengawas pusat sumber 2010.
6. Memperkenalkan ketua pengawas sekolah & penolong ketua pengawas sekolah.

Saturday, January 9, 2010

CERAMAH BIMBINGAN & KAUNSELING





Slot 1 : 7 Januari 2010 ( 9.40 ~ 10.40) - Tahun 5 oleh Pn. Juliana Wahid
Slot 2 : 7 Januari 2010 ( 12.00 ~ 1.00) - Tahun 4 oleh Pn. Juliana Wahid
Slot 3 : 8 Januari 2010 ( 9.40 ~ 10.40) - Tahun 6 oleh Cik Azean Othman

"TEKNIK BELAJAR CEMERLANG DI DALAM KELAS"

Program ini dijalankan kepada semua murid tahap 2 untuk memberi motivasi dan bimbingan agar sentiasa belajar dengan cemerlang di sekolah.

CERAMAH DISIPLIN OLEH PN. KAUSALYA







Slot 1 : 7 Januari 2010 ( 8.40 hingga 9.40) - Tahun 5
Slot 2 : 7 Januari 2010 (11.00 hingga 12.00) - Tahun 4
Slot 3 : 8 Januari 2010 (8.40 hingga 9.40) - Tahun 6

Anjuran : Unit Disiplin bersama Unit Bimbingan & Kaunselig

"DISIPLIN CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG"

Bagi slot ini, Pn. Kausalya memberi ceramah tentang peraturan sekolah dan menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh Unit Disiplin jika tidak mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk sebagai program pencegahan untuk mengelakkan murid melanggar peraturan sekolah. Diakhir slot ini semua murid berikrar akan mematuhi peraturan sekolah.

Tuesday, January 5, 2010

PROGRAM MAJU DIRI





Program Maju Diri (PMD) adalah satu program yang dijalankan di negeri Selangor. Program ini dijalankan untuk murid tahun 4,5 & 6. PMD ini akan dijalankan pada 6 hingga 8 Januari 2010. Sepanjang tempoh 3 hari ini, murid-murid tahap 2 akan mengunakan jadual PMD untuk mengikuti setiap aktiviti yang dirancang mengikut aliran.

Setiap murid dikehendaki menyediakan sebuah buku tulis no. 1 yang akan dinamakan buku Bimbingan & Kaunseling. Sepanjang tempoh 3 hari murid akan menjalankan aktiviti dan mencatat maklumat, pengajaran, nilai-nilai murni aktiviti PMD di dalam buku ini.

Buku B&K bukan sahaja digunakan sewaktu PMD sahaja tetapi akan terus digunakan dari semasa ke semasa sewaktu program anjuran unit Bimbingan & Kaunseling, bimbingan kelas dan ceramah motivasi bagi tahun 2010.