Thursday, December 23, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010 TELAH KELUAR

23 Disember 2010, Khamis - Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan keputusan PMR 2010. Keputusan tersebut boleh diperoleh di sekolah masing-masing mulai hari ini. Daripada maklumat yang diperoleh, terdapat mata pelajaran yang mengalami peningkatan seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Mathematics dan Sains. Tahniah di atas kejayaan para pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Bagi pelajar yang kurang berjaya, masih ada peluang sebelum menduduki peperiksaan SPM nanti.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang KPM berikut :
http://www.moe.gov.my/

Tuesday, December 21, 2010

JASAMU DIKENANG PN. NAFISAH BT SALLEH


SKS2BK telah kehilangan sebutir lagi bintang yang bersinar indah. Beliau ialah Pn. Nafisah Binti Salleh. Beliau telah bertukar ke sekolah baharu pada 16/12/2010 yang lalu. Sekolah baharu beliau ialah SK Taman Desaminium yang terletak di Seri Kembangan. Sekolah tersebut adalah sekolah yang baharu yang akan beroperasi pada 3/1/2011 nanti.

Pn. Nafisah ialah seorang guru yang tegas dan berdedikasi. Beliau memulakan tugasnya di SKS2BK sejak sekolah ini mula dibuka lagi dengan menjawat jawatan GPK HEM pada ketika itu. Sehinggalah beliau dinaikkan pangkat ke jawatan GPK Pentadbiran dan Kurikulum. Setelah berpindah ke sekolah baharu, beliau masih mengekalkan status beliau sebagai GPK Pentadbiran dan Kurikulum. Harap Cikgu Nafisah dapat menjalankan tugas beliau seperti mana di sekolah ini.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH BAHARU

Kepada murid-murid yang ingin berpindah ke sekolah baharu, sila lengkapkan borang berpindahan di sekolah lama.

Saturday, December 18, 2010

PESTA BUKU KANAK-KANAK 2010


Tinggal beberapa hari lagi untuk murid-murid ke sekolah semula. Sebelum ke sekolah, kita perlu pastikan kelengkapan sekolah telah disediakan. Bagi mereka yang masih tercari-cari masa dan tempat untuk dituju, kunjungilah Pesta Buku Kanak-Kanak 2010. Pesta ini akan diadakan pada 22 - 26 Disember 2010 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang untuk membeli buku-buku atau peralatan sekolah pada harga diskaun.

Untuk mendapatkan kupon diskaun PTS Publications, sila layari laman sesawang Cikgu Fadzli