Monday, August 15, 2011

PROGRAM MINGGU PPDa 2011


Isnin, 15 Ogos 2011 - Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah melancarkan Minggu PPDa semasa perhimpunan rasmi sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Mazura bt. Ismail (GPK Tadbir & Kurikulum). Sejurus perasmian, dua orang murid Tahun 4 Berlian iaitu adik Fatimah Az-Zahra dan Muhd. Ajmal menyampaikan sajak tentang gejala dadah kepada para hadirin.

Program yang dianjurkan oleh Unit PPDa Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merancang banyak aktiviti untuk diadakan. Antara aktiviti yang dirancang untuk memeriahkan lagi program ini adalah seperti kuiz spontan, deklemasi sajak, melafaz pantun, pertandingan melukis mewarna dan poster, ceramah PPDa dan pameran.

Diharapkan dengan berjalannya program ini, murid-murid dapat memanfaatkan untuk menghindarkan diri mereka daripada gejala dadah. Semoga program ini berjalan seperti yang dirancang dan berlangsung dengan jayanya.