Wednesday, October 5, 2011

PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 2 TAHUN 2011

Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengendalikan Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 2 yang akan bermula pada 17.10.2011 hingga 21.10.2011 (Isnin hingga Jumaat).

Sehubungan itu, semua murid diminta agar membuat persiapan akhir sebelum peperiksaan ini bermula. Banyakkan membaca dan membuat ulangkaji terhadap semua topik yang telah dipelajari. Sila dapatkan nasihat dan penjelasan yang lebih terperinci tentang pelajaran daripada guru masing-masing.

Semoga dengan usaha yang dicurahkan akan mendapat keputusan yang cemerlang kelak. Selamat menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya.

Tuesday, October 4, 2011

PERUBAHAN TARIKH PERKHEMAHAN SEKOLAH

Kepada semua murid yang terlibat dalam perkhemahan sekolah yang dijadualkan pada 7,8 dan 9 Oktober 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) yang akan datang telah diubah pada ketetapan berikut :

Tarikh : 21,22 dan 23 Oktober 2011
Hari : Jumaat,Sabtu dan Ahad
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco Resort, Sepang

Segala kesulitan adalah amat dikesali. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd. Fadzli selaku Kem Komanden Perkhemahan Sekolah 2011.

CUTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas merujuk surat SKS2BK/07/03/001 Jld.2 bertarikh 5 April 2011.

Dimaklumkan semula bahawa semua murid SKS2BK akan bercuti mulai 25 Oktober 2011 hingga 28 Oktober 2011 (Selasa hingga Jumaat) sempena Perayaan Deepavali.

Sehubungan dengan itu, semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa selain daripada tarikh di atas.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapaan ribuan terima kasih.

KEM BESTARI SOLAT 2011

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 3 & 4 bagi semua murid Islam Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

SESI 1
Tarikh : 5.10. 2011 (Rabu)
Masa : 2:00 - 4:00 petang
Aliran : Tahun 4 & Tahun 6
Tempat : SKS2BK

SESI 2
Tarikh : 12.10.2011 (Rabu)
Masa : 2:00 - 4:00 petang
Aliran : Tahun 5
Tempat : SKS2BK

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi kerjasama untuk memastikan anak tuan/puan membawa telekung(murid perempuan), selipar dan buku KBS.

Tuan/puan juga diminta menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak tuan/puan pada hari tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.