Monday, February 28, 2011

PEMBATALAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu bermula jam 2.00 petang hingga 4 petang adalah dibatalkan. Ini adalah kerana pada 2 dan 9 Mac 2011 murid-murid SKS2BK akan menduduki peperiksaan di sekolah agama (2 Mac 2011) dan sekolah kebangsaan (6 Mac 2011). Besarlah harapan kami agar waktu yang terluang itu diisi dengan aktiviti mengulangkaji pelajaran di rumah masing-masing. Sekian, harap maklum.

Monday, February 21, 2011

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada 23 Februari 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti kelab dan persatuan.

Thursday, February 17, 2011

CUTI BERGANTI TAHUN BAHARU CINA

Pada 19 Februari 2011 (Sabtu), SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan dibuka seperti biasa bagi menggantikan cuti yang telah diambil sempena Tahun Baharu Cina yang lepas. Semua warga SKS2BK diwajibkan hadir untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seperti hari-hari biasa. Sesi persekolahan akan bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Sekian, harap maklum.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan sambutan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan tersebut akan diadakan pada 18 Februari 2011 (Jumaat). Sambutan tersebut akan diadakan di dataran pehimpunan sewaktu perhimpunan pagi pada hari berkenaan. Semua murid dan guru yang beragama Islam wajib menyertainya.

Murid-murid akan membawa sepanduk yang telah disediakan terdahulu iaitu sewaktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam. Manakala murid-murid yang bukan beragama Islam akan mengikuti aktiviti moral yang dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Moral di dalam kelas masing-masing. Semoga segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik. Amin.

Tuesday, February 15, 2011

MAJLIS PELANTIKAN PROGRAM MENTOR MENTI

Rabu, 14 Feb. 2011 - Program Mentor Menti telah dimulakan secara rasminya pada hari ini. Majlis ini telah berlangsung semasa perhimpunan rasmi pagi tadi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar SKS2BK di dataran perhimpunan utama SKS2BK. Program ini diwujudkan buat murid-murid Tahun 6 terutamanya sebagai persediaan mereka menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 kelak.

Program ini dijalankan dengan membahagikan beberapa orang murid kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 hingga 6 orang. Kumpulan-kumpulan terbabit akan diletakkan di bawah seliaan seorang guru Tahun 6 sebagai mentor mereka. Tugas mentor adalah untuk membimbing menti untuk menyelesaikan masalah pembelajaran seharian mereka. Dengan cara ini diharap murid akan lebih fokus akan pelajaran di dalam mahupun di luar kelas.

CUTI MAULIDUR RASUL 2011

Pada 15 Februari 2011 (Selasa), merupakan cuti umum bagi Malaysia kerana menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammaad S.A.W. Sekolah akan dibuka semula pada keesokannya iaitu pada 16 Februari 2011 (Rabu). Sekian, harap maklum.

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada 16 Februari 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti permainan.

Friday, February 11, 2011

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-10

Kepada ibu bapa dan penjaga,
Warga SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa PIBG SKS2BK akan mengadakan Mesyuarat Agong Kali Ke-10 bagi tahun berakhir 2010/2011. Oleh yang demikian, tuan puan dapat hadir bagi membincangkan isu-isu sekolah bersama dengan pihak pentadbiran serta guru-guru SKS2BK.

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kantin SKS2BK

Kehadiran tuan puan adalah dialukan. Sekian, harap maklum.

Monday, February 7, 2011

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada minggu ini aktiviti kokurikulum yang akan diadakan adalah Permainan.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, KETUA DAN PENOLONG DARJAH SKS2BK TAHUN 2011

Semasa perhimpunan rasmi pagi ini SKS2BK sekali lagi telah mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Kelas SKS2BK Tahun 2011. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Azmin bin Yahya (GPK Kokurikulum SKS2BK). Setelah selesai ucapan perasmian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah lantikan sebagai jawatan-jawatan seperti di atas. Upacara penyampaian watikah tersebut disampaikan oleh Pn. Maimoon bt. Dusa (Guru Besar SKS2BK). Majlis tersebut diakhiri dengan lafaz ikrar oleh para pengawas sekolah yang telah dilantik.