Tuesday, March 29, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 2011

Bilik Wawasan, 29 Mac 2011 - Semua guru di SKS2BK telah mengikuti Bengkel Kemenjadian Murid. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Wawasan. Ia telah disampaikan oleh Tuan Haji Zolkefli bin Tahir dari Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah masing-masing. Ini disebabkan oleh prestasi pencapaian sekolah yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. diharapkan dengan adanya bengkel ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan mutu pencapaian sekolah.

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada 30 Mac 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti unit beruniform.

Tuesday, March 22, 2011

KEM BESTARI SOLAT 2011

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat Fasa 1 dan 2 bagi semua murid Islam Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 seperti butiran berikut :
Tarikh : 26 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi - 12:15 tengah hari
Tempat : SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi kerjasama memastikan anak tuan/puan telah bersarapan di rumah, membawa bekalan minuman atau wang belanja untuk waktu rehat, membawa telekung (murid perempuan) dan buku KBS. Semua murid diminta memakai baju sukan/t-shirt sekolah dan seluar 'track bottom'.

Tuan/puan juga diminta menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak tuan/puan pada hari tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, March 21, 2011

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada 23 Mac 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti kelab dan persatuan.

Monday, March 14, 2011

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 TAHUN 2011

Cuti Pertengahan Penggal 1 bagi tahun 2011 bermula pada 12 Mac 2011 sehingga 20 Mac 2011. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Mac 2011. Selamat bercuti.