Wednesday, June 22, 2011

PERUBAHAN TARIKH UJIAN 2 TAHUN 2011

Ujian 2 yang bakal diadakan pada 26 - 28 Julai 2011 ini akan ditunda pada 2 - 4 Julai 2011. Ini disebabkan oleh kesuntukan masa bagi guru-guru menyediakan kertas soalan untuk ujian tersebut. Pada masa ini, guru-guru dan murid-murid lebih tertumpu kepada latihan sukan sempena hari Sukan Tahunan SKS2BK yang akan diadakan pada 2 Julai 2011.
Seperti yang ibu bapa dan penjaga sedia maklum, murid-murid SKS2BK baru sahaja selesai menduduki Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) pada bulan Mei yang lalu. Oleh yang demikian, adalah terlalu hampir jarak masa di antara PKSR 1 dengan Ujian 2. Dengan itu, pihak pentadbir telah bersetuju untuk menangguhkan Ujian 2 pada tarikh yang telah disebutkan seperti di atas.
Diharapkan agar ibu bapa dan penjaga ambil maklum akan hal penting ini. Semoga ia dapat memberi masa yang cukup buat guru dan murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik serta dapat membuat ulang kaji dengan selesa. Sekian, harap maklum.

Thursday, June 16, 2011

PROGRAM GOTONG-ROYONG PIBG

Dimaklumkan bahawa pihak PIBG telah merancang untuk mengadakan Program Gotong-royong sempena Hari Terbuka yang akan diadakan pada hari Sabtu, 25 Jun 2011 jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Sehubungan dengan itu, pihak PIBG ingin memohom jasa baik, sokongan dan kerjasama serta sumbangan pihak tuan/puan untuk menjayakan aktiviti goyong-royong ini bagi menbersihkan dan menceriakan kelas masing-masing dengan membawa peralatan sendiri seperti kain pengelap, berus cat dan lain-lain.

Surat pemberitahuan telah diedarkan kepada anak tuan/puan dalam minggu ini. Diharapkan tuan/puan mengambil tindakan segera untuk mengembalikan keratan jawapan pada surat tersebut sebelum 17 Jun 2011 (Jumaat) kepada guru kelas anak tuan/puan.

HARI TERBUKA SEKOLAH 2011

Adalah dimaklumi bahawa SKS2BK akan mengadakan Hari Terbuka pada tahun ini pada ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)

Masa pertemuan adalah seperti di bawah:

Kumpulan 1 (Thn 2 - Thn 5)
8.00 - 11.30 pagi
Kelas anak masing-masing

Kumpulan 2 (Thn 1)
8.00 - 8.30 pagi
Bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Kumpulan 3 (Thn 6)
9.00 - 9.30 pagi
Bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Objektif :
1. Membincangkan prestasi pembelajaran anak.
2. Membincangkan pembangunan dan kemajuan anak secara keseluruhan (termasuk sahsiah dan kokurikulum)
3. Mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan sekolah.

Tuan/puan dibenarkan membawa anak pulang setelah selesai berurusan dengan guru. Jika tuan/puan tidak dapat hadir pada hari tersebut, folder dan rekod profil anak tidak akan disampaikan kepada anak tuan/puan.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, June 14, 2011

LATIHAN SUKAN TAHUNAN 2011

Sukan tahunan adalah aktiviti yang wajib dijalankan oleh setiap sekolah. SKS2BK juga tidak terkecuali daripada menjalankan aktiviti tersebut. Bersempena dengan aktiviti tahunan ini, SKS2BK telah dan akan menjalankan aktiviti latihan untuk memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengasah bakat dan kemahiran dalam bidang sukan olahraga ini.
Latihan sukan tahunan ini akan dijalankan sepanjang minggu ini bermula dari 14 hingga 17 Jun 2011. Latihan tersebut akan dijalankan bermula dari jam 7.40 pagi sehingga 9.40 pagi. Selepas waktu itu, semua murid akan masuk ke kelas masing-masing untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran harian seperti biasa.
Jadikanlah masa yang berikan ini dengan sebaik mungkin untuk mempamerkan bakat sukan masing-masing untuk mendapatkan tempat mewakili rumah sukan masing-masing. Jangan sia-siakan bakat yang ada dengan melepaskan peluang keemasan ini.