Tuesday, July 26, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PSK 2011

Pada hari Isnin yang lalu, SKS2BK telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis dan Mewarna Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Majlis tersebut diadakan semasa perhimpunan mingguan rasmi SKS2BK. Pertandingan yang dibuka untuk murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) selaku penganjur telah menyediakan hadiah-hadiah yang menarik untuk para pemenang. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pn. Mazura binti Ismail selaku GPK Pentadbiran & Kurikulum SKS2BK. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Semoga ilmu yang diperoleh daripada pertandingan ini dapat digunakan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman para murid sekalian.

Tuesday, July 12, 2011

TEMASYA SUKAN SKS2BK 2011

Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah berjaya melaksanakan aktiviti sukan tahunan pada 9 Julai 2011 (Sabtu). Majlis itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG, SKS2BK iaitu En. Hamlay bin Othman. Temasya sukan kali ini telah dimulai dengan upacara perbarisan lintas hormat oleh pembawa bendera kejohanan, pasukan beruniform dan pasukan rumah sukan.

Setelah ucapan perasmian, pertandingan acara akhir telah dimulakan. Semua peserta yang telah mengambil bahagian telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Mereka bertungkus-lumus bertanding demi memastikan rumah sukan masing-masing mengutip mata.

Di akhir pertandingan tersebut, Rumah Merah telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan manakala johan bagi pertandingan kawat kaki kategori unit beruniform pula telah dimenangi oleh pasukan Pengakap. Temasya sukan kali ini turut disertai oleh para ibu bapa, guru-guru serta bekas warga SKS2BK yang turut hadir dalam temasya tersebut.

Saturday, July 2, 2011

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BACATHON 2011





Majlis Perasmian Program Bacathon 2011 telah dilancarkan pada hari ini sejurus selepas selesai program Larian 1 Malaysia. Program ini dibuat untuk menambah dana PSS untuk menambah koleksi buku di perpustakaan SKS2BK. Selain daripada itu, dana ini juga akan digunakan untuk membeli peralatan serta perabot yang rosak dan perlu diganti untuk menjamin keselesaan murid dan guru ketika berada di perpustakaan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh pemenang pada pertandingan Juara Lagu 2010 yang lalu. Beliau ialah Cik Ana Raffali. Beliau juga sudi menyampaikan sebuah lagu yang sinonim dengannya iaitu "Kalau Berpacaran". Selain daripada itu, beliau juga sudi untuk bercerita kepada penonton berdasarkan sebuah buku cerita kanak-kanak. Beliau adalah orang yang pertama menderma beberapa naskhah buku cerita kepada PSS SKS2BK. Sebagai penutup, beliau telah sudi menandatangani watikah perasmian Bacathon. Dengan ini, rasmilah sudah Program Bacathon SKS2BK.
Kepada syarikat atau individu yang ingin menyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit atau cek, sila berhubung dengan pihak pentadbiran SKS2BK. Manakala bagi mereka yang ingin menderma buku sama ada baharu atau terpakai, tuan/puan boleh berhubung terus dengan guru Pusat Sumber Sekolah, SKS2BK, Pn. Nasuha. Segala sumbangan tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Friday, July 1, 2011

LARIAN 1 MALAYSIA 2011

Bertemakan 1 Murid 1 Sukan, SKS2BK akan melaksanakan larian 1 Malaysia bagi merealisasikan harapan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera. Larian tersebut akan dimulakan pada jam 7.45 pagi di harapan pintu pagar SKS2BK. Diharap seluruh warga sekolah dan para ibu bapa dapat menjayakannya.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"