Panitia Bahasa Malaysia telah mengadakan Bengkel Peningkatan Bahasa
Malaysia pada hari Selasa bersamaan 27 Jun 2012. Bengkel ini bertujuan
untuk membantu murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia agar memperoleh semangat dan berminat mempelajari mata
pelajaran tersebut. Butiran bengkel adalah seperti yang berikut:
( i ) Tempat: Pusat Sumber Sekolah
( ii ) Masa: 8.00 - 10.00 pagi
( iii ) Penceramah: YM. Hj. Raja Othman b. Raja Ismail
Bengkel ini khusus untuk murid-murid Tahun 3 yang lemah Bahasa
Malaysia dalam Ujian 1. Penceramah menunjukkan cara-cara membina sajak dengan cara yang mudah. Murid-murid
sangat berminat mengikuti bengkel ini. Pada akhir bengkel, mereka
diminta menyiapkan dua buah sajak, iaitu sajak rima akhir dan sajak berangka berdasarkan kaedah pembelajaran yang
telah diterangkan.
Penceramah mengucapkan terima kasih kepada Panitia Bahasa Malaysia
yang mengambil inisiatif dalam membantu murid-murid selaras dengan dasar
Kementerian Pelajaran Malaysia yang melaksanakan program MBMMBI.
Sekian, terima kasih.
Thursday, June 28, 2012
Tuesday, June 26, 2012
BENGKEL PENINGKATAN BAHASA MALAYSIA
Panitia Bahasa Malaysia telah mengadakan Bengkel Peningkatan Bahasa Malaysia pada hari Selasa bersamaan 26 Jun 2012. Bengkel ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia agar memperoleh semangat dan berminat mempelajari mata pelajaran tersebut. Butiran bengkel adalah seperti yang berikut:
( i ) Tempat: Pusat Sumber Sekolah
( ii ) Masa: 8.00 - 10.00 pagi
( iii ) Penceramah: YM. Hj. Raja Othman b. Raja Ismail
Bengkel ini khusus untuk murid-murid Tahap 2 yang lemah Bahasa Malaysia dalam Ujian 1. Penceramah menunjukkan cara-cara membina karangan melalui Kaedah PIP ( Pendahuluan, Isi dan Penutup). Murid-murid sangat berminat mengikuti bengkel ini. Pada akhir bengkel, mereka diminta menyiapkan sebuah karangan berdasarkan kaedah pembelajaran yang telah diterangkan.
Penceramah mengucapkan terima kasih kepada Panitia Bahasa Malaysia yang mengambil inisiatif dalam membantu murid-murid selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang melaksanakan program MBMMBI.

UJIAN GERAK GEMPUR
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hampir menjelang tiba. Sebagai persediaan awal SKS2BK telah mengadakan Ujian Gerak Gempur 1 dan 2 untukmeningkatkan kefahaman serta membiasakan diri murid terhadap peperiksaan sumatif tersebut. Ujian Gerak Gempur ini akan diadakan pada ketetapan berikut :
HARI 1
8.00 - 8.50 pagi => BM (Pemahaman)
9.10 - 10.00 pagi => BI (Paper 1)
11.00 - 12.15 tengah hari => BM (Penulilsan)
HARI 2
8.00 - 9.15 pagi =>BI (Paper 2)
11.00 - 12.15 tengah hari => Sains
HARI 3
8.00 - 8.40 pagi => Matematik (Kertas 2)
9.00 - 10.00 pagi => Matematik (Kertas 1)
- Ujian Gerak Gempur 1 : 26 - 28 Jun 2012
- Ujian Gerak Gempur 2 : 14 - 16 Ogos 2012
HARI 1
8.00 - 8.50 pagi => BM (Pemahaman)
9.10 - 10.00 pagi => BI (Paper 1)
11.00 - 12.15 tengah hari => BM (Penulilsan)
HARI 2
8.00 - 9.15 pagi =>BI (Paper 2)
11.00 - 12.15 tengah hari => Sains
HARI 3
8.00 - 8.40 pagi => Matematik (Kertas 2)
9.00 - 10.00 pagi => Matematik (Kertas 1)
Friday, June 22, 2012
SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Hari Terbuka pada 22 Jun 2012 (Jumaat). Ramai ibu, bapa dan penjaga yang telah hadir untuk mengambil slip peperiksaan anak masing-masing. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi murid-murid yang kurang berjaya, anda masih ada masa untuk memperbaiki kedudukan anda pada ujian bulanan dan peperiksaan akhir tahun nanti.
Kepada ibu, bapa dan penjaga yang ingin melihat semula keputusan anak-masing-masing, tuan/puan boleh melayari laman sesawang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara dalam talian di http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php . Tuan/puan hanya perlu memasukkan nombor sijil lahir / nombor kad pengenalan pelajar, klik pada "Sekolah Rendah" dan pilih tahun yang betul.
Tuesday, June 19, 2012
Sunday, June 17, 2012
TAHNIAH SPBT SKS2BK
Pada 14 Jun 2012 (Khamis) yang lalu, Guru Besar, GPK 1, Pn. Noraini dan En.Mohd. Fadzli telah menghadiri majlis sambutan Hari Guru peringkat PPD Petaling Pedana. Majlis tersebut telah diadakan di dewan MAEP, Serdang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor serta warga PPD Petaling Perdana dan guru-guru daripada semua sekolah di daerah Petaling Perdana. Pada majlis tersebut pelbagai anugerah telah disampaikan. Salah satu anugerah yang telah disampaikan ialah Anugerah Kualiti Pengurusan BOSS PPD Petaling Perdana 2012 yang telah diterima SKS2BK. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Afifah serta AJK SPBT SKS2BK 2012 kerana telah berjaya melakar kejayaan tersebut. Semoga kejayaan yang diperoleh ini menjadi inspirasi kepada warga SKS2BK yang lain.
PERPINDAHAN USTAZAH TENGKU NASNUL ATIKAH
Beliau adalah seorang guru yang banyak berjasa kepada sekolah terutamanya dalam Kelab Usahawan Muda di mana beliau adalah orang di belakang tabir yang menguruskan dan mengatur strategi sehingga berjaya memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pertandingan tersebut diadakan saban tahun di Kompleks PKNS, Shah Alam.
Dengan pemergian beliau, SKS2BK telah kehilangan seorang lagi guru yang berwibawa di sekolah ini. Walau bagaimanapun, kami warga SKS2BK mendoakan agar Ustazah Atikah bahagia di sisi suami tercinta dan cemerlang di dalam kerjayanya di sana. Terima kasih ustazah kerana telah mencurahkan banyak ilmu dan tunjuk ajar kepada kami semua. Sampai kita berjumpa lagi.
Thursday, June 14, 2012
HARI TERBUKA SEKOLAH 2012
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka pada 22 Jun 2012 (Jumaat) bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Antara aturcara pada hari tersebut adalah taklimat Guru Besar dan perbincangan dengan guru. Taklimat Guru Besar akan disampaikan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) manakala perbincangan dengan guru akan berlangsung di kelas anak masing-masing.
Setelah selesai perbincangan dengan guru, tuan/puan dibenarkan membawa anak pulang. Jika tuan/puan tidak dapat hadir pada hari tersebut, folder dan rekod profil anak tidak akan disampaikan kepada anak.
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, June 11, 2012
LATIHAN SUKAN TAHUNAN 2012
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2012 seperti butiran berikut :
Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
Sehubungan dengan itu, latihan sukan tersebut akan dijalankan seperti maklumat di bawah :
Isnin : Rumah Merah (11 & 18 Jun 2012)
Selasa : Rumah Biru (12 & 19 Jun 2012)
Rabu : Rumah Hijau (13 & 20 Jun 2012)
Khamis : Rumah Kuning (14 & 21 Jun 2012)
Murid-murid yang terlibat dengan latihan ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Masa yang diperuntukkan bagi setiap rumah sukan adalah selama 2 jam. Latihan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga pukul 4.00 petang. Murid-murid yang terlibat dengan latihan sukan pada masa yang telah ditetapkan diminta memakai pakaian sukan.
Para ibu, bapa dan penjaga diminta menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi pada setiap kali latihan dijalankan. Tuan/puan juga diminta menyediakan kemudahan pengangkutan yang sewajarnya untuk keperluan anak masing-masing.

Subscribe to:
Posts (Atom)