Wednesday, July 25, 2012

JADUAL PERCUBAAN UPSR

Selasa (24/7/2012)
Bahasa Melayu (Pemahaman) - 8:15 pg - 9:05 pg
Bahasa Melayu (Penulisan) - 9:45 pg - 11:00 pg
Matematik (Kertas 2) - 12:20 tgh - 1:00 ptg

Rabu (25/7/2012)
Matematik (Kertas 1) - 8:15 pg - 9:15 pg
Pendidikan Islam / - 9:30 pg - 10:30 pg
Pendidikan Moral

Khamis (26/7/2012)
Sains - 8:15 pg - 9:30 pg
Bahasa Inggeris (Paper 1) - 10:15 pg - 11:05 pg
Bahasa Inggeris (Paper 2) - 11:45 pg - 1:00 ptg

Tuesday, July 24, 2012

UJIAN 2

Ujian 2 sedang dijalankan di SKS2BK pada 24, 25 dan 26 Julai 2012. Jadual ujian telah diberi kepada semua murid pada awal tahun yang lalu. Sila rujuk jadual untuk mengetahui mata pelajaran yang diambil dalam ujian tersebut. Selamat berjaya kepada semua murid yang sedang menduduki ujian tersebut.

Monday, July 23, 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Bermula pada bulan Julai hingga September saban tahun Kempen Kibar Jalur Gemilang akan dilaksanakan. Kempen ini diadakan bersampena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55. Tanggal 31 Ogos 2012 merupakan tarikh keramat di mana negara Malaysia telah merdeka daripada cengkaman para penjajah terdahulu. Justeru itu, SKS2BK menyahut seruan tersebut dengan mengadakan majlis perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang pada ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Julai 2012
Hari : Isnin
Masa : 7:40 pagi
Tempat : Dataran Cemerlang

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar, SKS2BK dengan menerima Jalur Gemilang daripada wakil murid. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan ucapan oleh Y.M. Raja Othman yang bertemakan kemerdekaan dan persembahan oleh para guru. Guru-guru yang terlibat adalah Pn. Norhidayah, Cik Pang Chin Chee, Pn. Rathi, P. Kausalya, Pn. Noorafizan dan Pn. Raeme. Mereka telah menyampaikan sebuah sajak dalam bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Brunei-Sabah dan Iban. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air sendiri. marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja mulai kini sehingga 16 September 2012.

Saturday, July 21, 2012

SELAMAT DATANG RAMADAN 2012

Tanggal 21 Julai 2012 (Sabtu), seluruh umat Islam di Malaysia khususnya telah menyambut kedatangan bulan yang paling mulia mengikut kalendar Islam iaitu bulan Ramadan. Pada bulan yang penuh berkat ini umat Islam diwajibkan berpuasa dari Subuh sehingga Maghrib. Justeru itu, SKS2BK ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam warga SKS2BK. Semoga pada bulan barakah ini dapat mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Pencipta.

Monday, July 9, 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Senamrobik dalam Dasar 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti senamrobik ini akan dilancarkan serentak di seluruh negara pada 10 Julai 2012 (Selasa). Bagi menyahut seruan KPM, SKS2BK akan mengadakan senamrobik tersebut pada hari tersebut pada ketetapan berikut :

Tempat : Dataran Cemerlang, SKS2BK
Masa : 8.00 pagi

Justeru itu, semua warga sekolah diminta memakai pakaian sukan pada hari tersebut. Tema  Dasar 1 Murid 1 Sukan pada tahun ini ialah "Sukan Untuk Semua".

Wednesday, July 4, 2012

BULAN KECERGASAN 2012

Sempena bulan Julai, SKS2BK telah menganjurkan Bulan Kecergasan. Bulan Kecergasan ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Program ini dimulakan pada 2 Julai 2012 sehingga 19 Julai 2012.

Matlamat penganjuran Bulan Kecergasan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada murid-murid dan memberi ruang serta peluang kepada mereka untuk menunjukkan potensi mereka dalam bidang sukan dan permainan.

Bulan Kecergasan telah mensasarkan beberapa objektif. Antara objektif yang perlu dicapai adalah seperti berikut :
  1. Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan permainan.
  2. Memperkembang potensi dan bakat individu sertarasa tanggungjawab.
  3. Meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan.
  4. Menggalakkan murid bersain secara sihat demi mencapai kemengan.
  5. Mengeratkan hubungan sosial antara guru dan warga sekolah.
Di dalam program ini murid-murid boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik seperti senaman ringan, kuiz kecergasan, Raja Cergas dan Ratu Cergas dan aktiviti senamrobik. Jadi marilah kita bersama-sama memeriahkan program Bulan Kecergasan ini untuk memastikan kesihatan kita terjamin dan hidup dengan lebih harmoni.