Wednesday, November 28, 2012

PENUNDAAN KEPUTUSAN RAYUAN TINGKATAN 1 TAHUN 2013

Makluman kepada semua murid yang akan ke Tingkatan 1 pada tahun 2013. Keputusan rayuan untuk penempatan ke sekolah menengah yang dijadualkan akan diumumkan pada 26 November 2012 telah ditunda pada 10 Disember 2012. Penundaan ini disebabkan oleh masalah di dalam sistem APDM, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebarang masalah atau kemusykilan, sila berhubung dengan sekolah menengah bagi penempatan pertama. Sekian, harap maklum.

Monday, November 19, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Keputusan UPSR 2012 telah dikeluarkan dengan rasminya di Dewan Budiman, SKS2BK. Keputusan tersebut telah dibuat oleh Pn. Maimoon bt. Dusa (Guru Besar SKS2BK). Seramai 28 orang calon yang telah berjaya dengan cemerlang dengan mendapat keputusan 5A manakala 26 orang calon pula mendapat keputusan 4A 1B. Jumlah keseluruhan calon yang mengambil peperiksaan tersebut adalah seramai 172 orang calon.

Calon yang lulus semua mata pelajaran adalah sebanyak 81.4%. Peratus kelulusan mengikut semua mata pelajaran adalah seperti berikut :-
  1. Pemahaman = 97.7%
  2. Penulisan = 96.5%
  3. Bahasa Inggeris = 84.9%
  4. Matematik = 90.1%
  5. Sains = 89.5%
Keputusan pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan bagi semua mata pelajaran. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan perancangan dan strategik bagi meningkatkan prestasi murid pada tahun ini.

PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR 2012



Friday, November 9, 2012

MAJLIS PERPISAHAN GURU 2012

Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara akan kehilangan 3 orang guru dan 1 orang guru besar.
Tiga orang guru tersebut adalah Pn. Khuzaimah, Pn. Noorafizan dan Pn. Ruziah. Pn. Khuzaimah akan berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Pn. Noorafizan akan berpindah ke Sabah manakala Pn. Ruziah akan berpindah ke Kuantan, Pahang. Pn. Maimoon bt. Dusa akan berpindah ke SK Kota Damansara. 
Selamat bertugas di tempat baharu. Jasamu akan sentiasa dikenang sehingga akhir hayat.

Sesi Ucapan





Sesi Penyampaian Hadiah





Sesi Memotong Kek





MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SKS2BK 2012














CUTI AKHIR TAHUN 2012

Kepada warga SKS2BK,

Cuti akhir tahun sudah tiba. Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mula bercuti pada 10 November 2012 sehingga 1 Januari 2013. Sekolah akan dibuka semula pada 2 Januari 2013 (Rabu). Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti panjang kepada semua warga sekolah. Berhati-hati semasa bercuti. Jangan bermain hujan dan bah. Kita berjumpa lagi pada tahun 2013

UCAPAN TERIMA KASIH MANTAN GURU BESAR SKS2BK

Kepada,

Anak-anak/ibu bapa/penjaga dan  guru-guru SKS2BK yang telah membenarkan atau memberi hadiah kepada guru besar sempena Majlis Perpisahan Guru Besar SKS2BK pada 8 November 2012 yang lalu.

"TERIMA KASIH"

Ikhlas daripada,
Pn. Maimoon bt. Dusa
(Mantan Guru Besar SKS2BK)

Tuesday, November 6, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2012


Semak Keputusan UPSR Secara Online


Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

keputusan upsr 2012 online
  1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

Semak Keputusan UPSR Secara SMS 

  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  2. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
P/S : Apapapun, kami daripada pihak Berita Semasa mendoakan kejayaan adik-adik dan mencapai apa yang dihajati. Segala keputusan UPSR 2012 yang bakal diumumkan, terimalah dengan hati yang terbuka. Impian anda tidak hanya terhenti di sini sahaja.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2012

Kenyataan akhbar Kementerian Pelajaran Malaysia

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

KENAIKAN KELAS TAHUN 2013

Pada 7 November 2012 (Rabu), SKS2BK akan mengendalikan kenaikan kelas tahun 2013. Oleh yang demikian, semua murid diwajibkan hadir untuk mengetahui di mana kelas yang mereka akan duduki pada tahun hadapan. Bagi melicinkan proses kenaikan kelas, pihak sekolah berharap agar semua murid mematuhi dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh guru bertugas atau guru kelas masing-masing.

Monday, November 5, 2012

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2012

Pada 3 November 2012 (Sabtu) yang lalu, SKS2BK telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2012. Majlis tersebut diadakan untuk menghargai pencapaian murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Bersempena dengan majlis tersebut, pihak sekolah telah menjemput sebuah syarikat fotografi untuk mengambil gambar-gambar murid yang menerima hadiah dan sijil penghargaan di atas pencapaian masing-masing. 

Walau bagaimanapun, akibat masalah yang tidak dapat dielakkan, jurugambar yang diarahkan bertugas pada hari tersebut tidak dapat hadir. Justeru itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menggunakan kamera sekolah dan beberapa orang guru sebagai ganti. Maka gambar yang diperoleh adalah seperti seadanya. 

Gambar-gambar tersebut boleh diperoleh daripada guru-guru dinyatakan seperti di bawah ini dengan sedikit bayaran. Bayaran tersebut dikenakan bagi menampung kos pengeluaran cakera padat. Semua gambar yang dikumpulkan pada hari tersebut akan dimuatkan di dalam cakera padat tersebut. Pihak sekolah memohon maaf di atas segala kesulitan yang tidak dirancang ini. 

Guru Terlibat :
  1. En. Mohd. Fadzli bin Mansor
  2. Ustaz Mohamad Suhaib bin Mahmod Radhi
Bayaran sekeping cakera padat
  • RM5.00 sekeping
Cara bayaran
  • Secara tunai semasa pengambilan cakera padat
Tempoh
  • Sebelum atau pada 8 November 2012 (Khamis)