Monday, December 31, 2012

PEMBUKAAN RASMI SESI PERSEKOLAHAN 2013

Tahun 2012 sudah sampai ke penghujungnya. Lembaran baharu akan dibuka bagi tahun 2013. Begitu juga dengan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Sesi persekolahan bagi tahun 2013 akan dibuka pada 2hb. Januari 2013 (Rabu) bermula pada pukul 7.40 pagi. Jadi bersiap sedialah warga SKS2BK untuk memulakan sesi pembelajaran baharu kelak. Kepada ibu  bapa yang ingin menemani anak masing-masing, sila datang awal untuk mengelakkan kesesakan. Pastikan kenderaan tuan/puan tidak menghalang lalu-lintas. 

Ibu bapa hanya dibenarkan menemani anak sehingga ke Dataran Cemerlang sahaja. Murid-murid akan diiringi oleh pengawas dan guru mata pelajaran pertama ke kelas masing-masing. Kerjasama para ibu bapa diharap dapat melancarkan lagi sesi pembelajaran pertama murid-murid. Semua murid diminta membawa buku teks, buku latihan dan buku kerja untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari tersebut. Jadual waktu akan diberikan oleh guru-guru kelas atau guru-guru mata pelajaran masing-masing semasa sesi pembelajaran nanti. 

Sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada pihak sekolah di talian 03-80769376. Pihak sekolah memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan semasa sesi persekolahan ini berlangsung. Selamat bersekolah dan salam maju jaya daripada kami warga pendidik dan kakitangan SKS2BK 2013 kepada semua murid SKS2BK.

Thursday, December 27, 2012

TAKLIMAT DAN MESYUARAT PEWARIS PRASEKOLAH

Kepada semua pewaris murid prasekolah bagi sesi 2013,

Suatu taklimat dan mesyuarat berkaitan pendaftaran murid prasekolah SKS2BK akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Disember 2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Serambi Warisan, SKS2BK

Atur Cara

9.00 pagi

  • Pendaftaran ibu bapa

10.00 pagi

  • Bacaan doa
  • Taklimat Guru Besar
  • Pembentangan KSPK
  • Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Pewaris Prasekolah

*Sila bawa bersama 4 keping gambar berukuran passport dan bayaran uniform prasekolah.

Wednesday, December 12, 2012

HARI ORIENTASI TAHUN 1 BAGI TAHUN 2013


Hari Orientasi Tahun 1
2013
28 Disember 2012 (Jumaat)

Atur Cara

Murid
Masa
Perkara
Tempat
08.00 pagi
Pendaftaran
Dataran Bestari
09.00 – 10.00 pagi
Saringan Awal
Kelas
10.10 – 10.30 pagi
Rehat
Kantin
10.30 pagi
Lawatan Mengenal Sekolah
Kelas/Persekitaran Sekolah

Ibu Bapa / Penjaga
Masa
Perkara
Tempat
08.30 pagi
Taklimat oleh Guru Besar
Dewan Serambi Warisan
09.30 pagi
Penyerahan Dokumen :
1.       Salinan Sijil Lahir Murid
2.       Salinan K/P Ibu dan Bapa
3.       Borang Data Murid (Telah diisi dengan lengkap)
4.       *Fail Peribadi Murid
5.       *Folder Murid (KSSR)
6.       *Buku PAFA (Murid Islam)
Dewan Serambi Warisan

Penerimaan Buku Teks
Dewan Serambi Warisan

Tempahan Tanda Nama Murid
Kedai Buku Sekolah

Nota : *1. Dijual di Kedai Buku Sekolah
             2. Sila pastikan maklumat murid dan ibu bapa/penjaga ditulis dengan betul dan lengkap.
             3. Tempahan Tanda Nama Murid di Kedai Buku Sekolah dalam borang yang disediakan,
                 mengikut kelas anak masing-masing semasa pendaftaran.
             4. Kedai Buku Sekolah mula beroperasi pada 3 Disember 2012 (Isnin) seperti jadual berikut : -
                
Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi – 3.00 petang (Rehat 1.00 – 1.30 petang)
                Jumaat : 9.00 pagi – 3.00 petang (Rehat 1.00 – 2.00 petang)
Sabtu / Ahad / Cuti Umum : Tutup