Monday, February 25, 2013

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS DAN PELANTIKAN PENGAWAS SPBT 2013


Majlis Pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks dan Pelantikan Pengawas SPBT bagi tahun 2013 telah dijalankan pada 25 Februari 2013 (Isnin) di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd (Guru Besar SKS2BK). Perasmian telah dijalankan dengan Guru Besar menandatangani sekeping kad khas pada majlis tersebut. 


Sejurus selepas itu, Guru Besar telah berbesar hati untuk menyematkan pin Pengawas SPBT kepada para pengawas yang dilantik. Pin tersebut telah direka khusus untuk pengawas SPBT. Pengawas SPBT bertanggungjawab mengendalikan Klinik Buku Teks di Bilik SPBT dan membantu guru-guru SPBT berkaitan Pengurusan BOSS.

Bagi Kempen Sayangi Buku Teks, objektif pelaksanaannya adalah seperti berikut :
  1. Memupuk rasa sayang terhadap buku teks dalam kalangan murid-murid.
  2. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara-cara penjagaan buku teks yang betul.
Dengan pelancaran kempen ini, semua murid akan menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik, antaranya :
  • Autograf (Guru-guru, staf dan murid-murid SKS2BK)
  • Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
  • Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)
  • Memberi penerangan tentang cara-cara penjagaan buku teks yang betul oleh AJK Unit SPBT.

Friday, February 22, 2013

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH KELAS TAMBAHAN BAGI MURID TAHUN 5 & 6 2013

Dimaklumkan bahawa pada 9 Mac 2013 (Sabtu) adalah waktu persekolahan bagi Cuti Berganti sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan mengadakan kelas tambahan bagi murid-murid Tahun 5 & 6 pada 23 Februari 2013 (Sabtu) ini bagi menggantikan kelas tambahan yang dijadualkan pada 9 Mac 2013 (Sabtu).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Nota : Sila rujuk jadual yang telah diberikan.

Tuesday, February 19, 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-12

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-12 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Dewan Warisan SKS2BK

Lampiran jawapan kehadiran dan cadangan usul telah diserahkan kepada anak-anak tuan/puan. Segala usul yang dicadangkan (jika ada) hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah selewat-lewatnya pada 20 Februari 2012 (Rabu). AJK PIBG akan menentukan usul-usul yang akan dibahas di dalam mesyuarat agung nanti. Usul-usul yang dikemukakan hendaklah mempunyai kaitan peranan dan tanggungjawab PIBG di SKS2BK.

Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Thursday, February 7, 2013

MAKLUMAN CUTI TAMBAHAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2013

Dimaklumkan bahawa semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti tambahan sempena Tahun Baru Cina seperti butiran berikut : -

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
Jadual Waktu Ganti
13.02.2013
Cuti Peristiwa
Tidak perlu ganti
-
14.02.2013
15.02.2013
Cuti Ganti
16.03.2013
27.04.2013
Khamis
Jumaat

Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa pada 18 Februari 2013 (Isnin). Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wednesday, February 6, 2013

Monday, February 4, 2013

JADUAL UJIAN FORMATIF 1 & 2


SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA
JADUAL UJIAN FORMATIF 1 (MAC) DAN UJIAN FORMATIF 2 (JULAI) 2013

Tahun 4 –  6

Tarikh/Hari bagi Ujian Formatif 1
Tarikh/Hari
bagi Ujian Formatif 2
Masa (Minit)
Mata Pelajaran
Jenis Kertas
12 Mac 2013
Selasa
9 Julai 2013
Selasa
8.00 – 9.15 (75)
BM Penulisan
Subjektif
11.15 – 12.30 (75)
B. Inggeris Kertas 2
Subjektif
13 Mac 2013
Rabu
10 Julai 2013
Rabu
8.00 – 9.15 (75)
Sains
Subjektif
9.30 – 10.10 (40)
Matematik Kertas 2
Subjektif
11.15 – 12.15 (60)
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Subjektif
14 Mac 2013
Khamis
11 Julai 2013
Khamis
8.00 – 8.50 (50)
BM Pemahaman
Objektif
9.30 – 10.20 (50)
B.Inggeris Kertas 1
Objektif
11.15 – 12.15 (60)
Matematik Kertas 1
Objektif

REHAT – Seperti jadual biasa                                       TASMIK - Dibatalkan

Sunday, February 3, 2013

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1434H

Ucapan Perasmian Guru Besar


Para Tetamu & Penceramah


Persembahan Nasyid


Penceramah Jemputan


Dewan yang penuh dengan murid-murid

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1434H

Taklimat Perarakan & Keselamatan


Pengagihan Sarapan Pagi


Jemaah Mula Berarak


Terima Kasih Kepada Guru-guru Yang Mengawal Keselamatan



Murid-murid Berarak Dengan Penuh Disiplin


Penyertaan Murid & Guru Prasekolah


Kreativiti Sepanduk


Guru-guru Terakhir Dalam Perarakan


Perarakan Selesai