Wednesday, March 20, 2013

SUMBANGAN GURU-GURU DALAM KEM MOTIVASI TAHUN 6


Chef Kem Motivasi


Pegawai Pemantau Makanan


Guru-guru yang berdedikasi

WARNA-WARNI KEM MOTIVASI TAHUN 6


Sesi Taklimat


Sesi Menjamu Selera


Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Sesi Solat


Sesi Tazkirah


Sesi Bengkel


Latihan


Bimbingan Seorang Fasilitator

Friday, March 15, 2013

KEM BESTARI SOLAT 2013

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kem Bestari Solat bagi semua murid Islam Tahun 1, 2 dan 3 seperti butiran berikut : -

Tarikh : 16 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi kerjasama memastikan anak tuan/puan membawa selipar. Semua murid diminta memakai baju sukan dan seluar "track bottom". Tuan/puan juga diminta menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak tuan/puan pada hari tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

KEM MOTIVASI TAHUN 6 2013

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan Kem Motivasi Tahun 6 pada tahun ini. Kem Motivasi ini akan dijalankan selama dua hari iaitu pada hari Sabtu & Ahad (16 & 17 Mac 2013). Semua murid akan bermalam di sekolah dengan diawasi oleh guru-guru. Program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru Tahun 6 dirangka untuk persediaan murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR 2013. Semoga dengan mengikuti kem ini, mereka dapat meningkatkan potensi diri dengan ilmu yang diperolehi. 

Wednesday, March 6, 2013

CERAMAH & DEMONSTRASI KESELAMATAN

Program Sekolah Selamat telah dilancarkan dengan rasminya pada 4 Mac 2013 (Isnin) yang lalu. Sempena dengan program tersebut, pihak sekolah telah menjemput pegawai-pegawai keselamatan dari Balai Bomba Pusat Bandar Puchong dan IPD Serdang untuk menyampaikan ceramah seterusnya membuat demonstrasi sebagai pendedahan kepada murid-murid dan guru-guru SKS2BK tentang bahaya-bahaya yang mungkin berlaku di mana sahaja dan cara-cara untuk mengatasinya. Saksikanlah beberapa gambar yang diambil sempena program tersebut berlangsung.


Pegawai Polis  Menyampaikan Ceramah


Penyampaian Cenderamata


Demonstrasi Kebakaran
 

Taklimat Kebakaran Oleh Pegawai Bomba


Tunjuk Cara Penggunaan Alat Pemadam Api


En. Salem sedang memadam kebakaran


Guru Besar tidak melepaskan peluang mencuba pakaian ahli bomba


Cikgu Baser menunjukkan kemahiran memadamkan kebakaran


Murid lelaki berusaha memadamkan kebakaran


 Murid perempuan juga berpeluang memadamkan kebakaran

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pegawai polis dan pegawai serta ahli-ahli bomba yang sudi datang untuk menyampaikan ceramah dan menunjukkan cara-cara yang betul untuk menghadapi sesuatu kecemasan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Semua murid SKS2BK merasa amat teruja dengan kehadiran tuan-tuan sekalian. Semoga pada masa-masa akan datang kita dapat dipertemukan lagi.

MAKLUMAN PINDAAN TARIKH PERSEKOLAHAN BAGI CUTI BERGANTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2013

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminda tarikh persekolahan bagi Cuti Berganti yang dijadualkan 9 Mac 2013 (Sabtu) kepada 16 Mac 2013 (Sabtu). Sehubungan dengan itu semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bersekolah pada 16 Mac 2013 (Sabtu) menggunakan jadual waktu hari Khamis bagi mengganti cuti sempena Tahun Baru Cina.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

PERUBAHAN TARIKH KELAS TAMBAHAN

Kelas tambahan yang dijadualkan pada 9 Mac 2013 akan menggunakan Jadual 1 manakala kelas tambahan pada 23 Mac 2013 pula akan dibatalkan. Keputusan pembatalan ini dibuat untuk memberi peluang kepada semua murid yang terlibat untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung masing-masing kerana pada tarikh tersebut sekolah sudah mula bercuti. Justeru itu semua murid kelas tambahan yang terlibat, sila rujuk jadual yang telah diberikan terdahulu.

Tuesday, March 5, 2013

JAWATANKUASA PIBG SKS2BK 2013


Penasihat : Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd.
Yang Dipertua : En. Nazaruddin b. Hj. Mohd. Yusoff
Naib YDP : En. Zulhaizan b. Mohd. Noor
Setiausaha : En. Muhammad Suhaib b. Mahmood Radhi
Naib Setiausaha : Pn. Muzaimah bt. Mustafa
Bendahari : Cik Roziana bt. Abdul Malek

Ahli Jawatankuasa :
  1. En. Hasni b. Jusoh
  2. En. Ahmad Fauzan b. Othman
  3. En. Habidin b. Che Sat
  4. Pn. Indra Devi
  5. En. Krishnan
  6. Pn. Kali Chelvi a/p Kolandasammy
  7. Pn. Amy Lau
  8. En. Tajul Arus
  9. Pn. Rohaselina bt. Mamat
  10. Pn. Noraini bt. Yusof
  11. En. Baser b. Hussin
  12. Pn. Norhidayah bt. Hamdan
  13. Pn. Nurolhuda
Nama Penuh
Jawatan
No. Telefon
Email
Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd.
Guru Besar
019-6685464
bba8262@btpnsel.edu.my
En. Nazaruddin b. Hj. Mohd. Yusoff
Yang Dipertua
010-5373200
nazayusoff@gmail.com
En. Zulhaizan b. Mohd. Noor
Naib Yang Dipertua
019-3241255
zulhaizan@svcorporation.net

Monday, March 4, 2013

PERATURAN SEKOLAH

PERINGATAN UNTUK DIPATUHI OLEH SEMUA MURID DAN IBU BAPA / PELAWAT
  1. Sila berpakaian KEMAS apabila berada di kawasan sekolah, kemeja-t TANPA LENGAN dan SELUAR PENDEK adalah DILARANG sama sekali.
  2. Kenderaan ibu bapa TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke kawasan sekolah.
  3. Sila DAFTAR nama dan dapatkan PAS PELAWAT di pondok pengawal. Seterusnya, semua ibu bapa/pelawat diminta terus ke pejabat sekolah untuk berurusan. Kegagalan mendapatkan PAS PELAWAT adalah dianggap sebagai menceroboh kawasan sekolah.
  4. Dapatkan kebenaran pentadbir sekolah sebelum menemui anak atau guru dan dapatkan PAS KEBENARAN serta memakainya di leher. Ibu bapa / pelawat yang tidak memakai PAS KEBENARAN untuk berurusan dengan anak dan guru dianggap melanggar peraturan keselamatan sekolah. Ibu bapa/pelawat juga DILARANG masuk ke kelas atas apa juga urusan.
  5. Sekiranya ingin membawa anak pulang, sila isi borang dan Buku Balik Awal di pejabat sekolah.
  6. Serahkan borang kebenaran membawa anak balik kepada pengawal sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
  7. Adalah DILARANG SAMA SEKALI ibu bapa/pelawat berjalan-jalan tanpa tujuan di dalam kawasan sekolah atau berada di kawasan kantin.
  8. Ibu bapa/penjaga diminta menghantar anak awal ke sekolah iaitu sebelum jam 7.30 pagi. Sebarang kelewatan akan menyebabkan anak tuan/puan diambil tindakan disiplin.
  9. Sekiranya anak tidak hadir ke sekolah, ibu bapa diminta memberikan surat cuti sakit dari doktor atau surat pemberitahuan untuk direkodkan. Sebarang ketidakhadiran tanpa sebab adalah dianggap sebagai ponteng dan tindakan tegas akan diambil. Kes ponteng sekolah yang berterusan akan menyebabkan anak-anak tuan/puan diberi surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga. Ketidakhadiran anak tuan/puan akan menjejaskan prestasi disiplin dan prestasi akademik sekolah.
  10. Ibu bapa juga diingatkan agar memastikan anak-anak berpakaian lengkap semasa berada di sekolah. Anak-anak perlu memakai pakaian PJ sekiranya ada Pendidikan Jasmani (PJ).
  11. Pemakaian tanda nama dan lencana sekolah adalah diwajibkan. 
  12. Pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas pusat sumber yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, melanggar peraturan perjanjian yang telah ditetapkan, surat peringatan dan amaran akan diberikan dan tindakan pelucutan jawatan akan dikenakan sekiranya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.
  13. Murid-murid adalah DILARANG membeli makanan di luar kawasan sekolah atau keluar dari kawasan sekolah tanpa ibu bapa/penjaga. Murid-murid adalah dilarang memanjat kaki lima sekolah, berlari di kantin, berebut-rebut menaiki dan menuruni tangga, berada di kawasan larangan (tempat yang telah dilabelkan).
  14. Demi keselamatan murid-murid semasa pulang dari sekolah, semua murid diminta menunggu bas sekolah atau menunggu ibu bapa/penjaga di dalam kawasan sekolah. Sekiranya tertinggal bas atau ibu bapa datang lambat, sila berada di tempat selamat seperti di wakaf (pondok pengawal), kantin atau pejabat sekolah.
  15. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk berbincang sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan pembelajaran anak-anak dan juga sekiranya mempunyai idea untuk memajukan sekolah.

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti dijalankan dengan pihak sekolah sama ada di dalam atau pun di luar kawasan sekolah yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid.

Walaupun begitu, aktiviti yang dijalankan perlu mengambil kira aspek keselamatan supaya ianya berjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid mengutamakan aspek keselamatan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.

RASIONAL

Tidak ada tatacara tindakan yang mudah difahami oleh semua pihak apabila menjalankan sebarang kegiatan yang melibatkan aktiviti kegiatan yang melibatkan aktiviti murid. Warga sekolah kurang peka tentang aspek-aspek keselamatan kerana murid-murid mudah terdedah dengan bahaya sekiranya aspek keselamatan tidak diberi perhatian.

OBJEKTIF
  1. Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang tatacara keselamatan diri murid semasa pergi dan balik sekolah.
  2. Mengambil tindakan yang betul apabila berhadapan dengan ancaman keselamatan murid.
  3. Mendapatkan maklumat tentang kesihatan, kebersihan dan keselamatan.

PELANCARAN SEKOLAH SELAMAT

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah melancarkan Program Sekolah Selamat pada 4 Mac 2013 (Isnin) di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pn. Rabiyah bt. Fakir Mohd. sebagai Guru Besar SKS2BK. Program Sekolah Selamat ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Keselamatan dan Kelab Cegah Jenayah. Banyak aktiviti yang dirancang di dalam program ini antaranya adalah seperti berikut : -
  1. Ceramah & Demonstrasi Keselamatan oleh Polis (5 Mac 2013)
  2. Ceramah & Demonstrasi Keselamatan oleh Bomba (6 Mac 2013)
  3. Pertandingan Pesanan Keselamatan Tahap 2 (4 - 8 Mac 2013)
  4. Pertandingan Mewarna Tahap 1 (4 - 8 Mac 2013)
  5. Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

Sunday, March 3, 2013

PERJALANAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKS2BK KE-12


Ucapan YDP PIBG  


Ucapan Guru Besar
 

Ucapan Perasmian  


Kehadiran Tetamu


Pelajar Cemerlang UPSR 2012
 

Penghargaan Jawatankuasa PIBG 2012
 

Cenderamata Tetamu Kehormat