Tuesday, April 30, 2013

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH KELAS TAMBAHAN BAGI MURID TAHUN 5 & 6

Dimaklumkan bahawa kelas tambahan yang dijadualkan pada 4 Mei 2013 (Sabtu) adalah dibatalkan dan akan dipinda pada 18 Mei 2013 (Sabtu). Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Saturday, April 27, 2013

KLINIK BOLA SEPAK BERSAMA LAGENDA BOLA SEPAK EPL


Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah sebuah liga antarabangsa yang amat diminati oleh segenap lapisan masyarakat. SKS2BK berasa amat bertuah kerana telah terpilih untuk mengadakan Klinik Bola Sepak Bersama Lagenda Bola Sepak EPL.

Klinik bola sepak yang dianjurkan oleh PIBG SKS2BK dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan pada 23 April 2013 (Selasa). Ia diadakan bermula pukul 10:30 pagi di Padang Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara.

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG SKS2BK kerana usaha mereka membawa pemain-pemain terkenal ke SKS2BK. Aktiviti ini telah memberikan pendedahan kepada semua murid SKS2BK amnya dan peminat-peminat bola sepak khususnya tentang teknik dan kemahiran bermain bola sepak bertaraf dunia. Tahniah dan syabas kepada semua.

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PBS) 2013


Dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai 8 Mei 2013 (Rabu) hingga 9 Mei 2013 (Khamis).

Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan segala keperluan berkaitan di pihak tuan/puan telah diambil tindakan. Walau bagaimanapun, waktu persekolahan adalah seperti biasa dan Tasmik dibatalkan.

Sebagai rujukan tuan/puan bersama-sama ini disertakan jadual waktu peperiksaan tersebut. Sokongan dan kerjasama dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

JADUAL PBS MEI 2013

TAHUN  1, 2, dan 3 

Tarikh
Masa (Minit)
Mata Pelajaran
08/05/2013
Rabu
8:00 – 9:00 (60 minit)
BM (Pemahaman)
11:00 – 12:00 (60 minit)
Matematik
09/05/2013
Khamis
8:00 – 9:00 (60 minit)
B.Inggeris
11:00 – 12:00 (60 minit)
Dunia Sains & Teknologi

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PKSR 1) 2013

Dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan melaksanakan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 (PKSR) mulai 8 Mei 2013 (Rabu) hingga 14 Mei 2013 (Selasa).

Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan segala keperluan berkaitan di pihak tuan/puan telah diambil tindakan. Walau bagaimanapun, waktu persekolahan adalah seperti biasa dan Tasmik dibatalkan.

Sebagai rujukan tuan/puan bersama-sama ini disertakan jadual waktu peperiksaan tersebut. Sokongan dan kerjasama dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PKSR 1) 2013

TAHUN 4, 5 DAN 6

Tarikh/Hari
Masa (Minit)
Mata Pelajaran
Jenis Kertas
8 Mei 2013
(Rabu)
8:00 – 9:15 (75 minit)
Bahasa Melayu (Penulisan)
Subjektif
9:30 – 10:30 (60 minit)
Pendidikan Sivik & Kewarganegaan
Objektif dan Subjektif
11:15 – 12:30 (75 minit)
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
Subjektif
9 Mei 2013
(Khamis)
8:00 – 9:15 (75 minit)
Sains
Objektif dan Subjektif
9:30 – 10:10 (40 minit)
Matematik (Kertas 2)
Subjektif
11:15 – 12:15 (60 minit)
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Subjektif
10 Mei 2013
(Jumaat)
8:00 – 8:50 (50 minit)
Bahasa Melayu (Pemahaman)
Objektif
9:30 – 10:20 (50 minit)
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
Objektif
11:15 – 11:55 (40 minit)
Pendidikan Muzik
Objektif dan Subjektif
13 Mei 2013
(Isnin)
8:00 – 9:00 (60 minit)
Matematik (Kertas 1)
Objektif
9:30 – 10:30 (60 minit)
Bahasa Arab
Subjektif
11:15 – 1:15 (120 minit)
Pendidikan Seni Visual
Amali Lukisan
14 Mei 2013
(Selasa)
8:00 – 9:00 (60 minit)
Kemahiran Hidup
Objektif dan Subjektif
9:30 – 10:30 (60 minit)
Kajian Tempatan
Objektif dan Subjektif

Friday, April 19, 2013

MAKLUMAN PENGGUNAAN KAD AUTOMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa bagi melancarkan urusan pinjaman buku oleh murid-murid di perpustakaan, pihak Pusat Sumber Sekolah akan melaksanakan penggunaan Kad Automasi bagi setiap murid. Sistem ini juga digunakan bagi memudahkan urusan Guru Penyelaras dalam proses tersebut.

Sehubungan dengan itu, semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 dikehendaki membeli kad tersebut dengan harga RM3.00 sekeping. Bayaran boleh dibuat melalui guru kelas anak tuan/puan masing-masing mulai 22 April 2013.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Thursday, April 18, 2013

OH! MY ENGLISH

Pada 16 April 2013 (Selasa) yang lalu sekumpulan kakitangan daripada Astro telah datang ke sekolah. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk memperkenalkan program Oh! My English yang sedang ditayangkan di saluran Astro Ceria. Program dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris SKS2BK telah dilaksanakan bersama-sama sebahagian murid sekolah. Ini adalah kerana fasilitator yang disediakan terhad kepada beberapa orang sahaja. Murid-murid yang terlibat telah dipilih oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris iaitu Pn. Rathi Ambigai. Program ini dijalankan bermula dari jam 8.00 hingga 12.00 tengah hari.


Latar Pentas



Aktiviti yang dijalankan



Persembahan Murid




Sokongan daripada murid


Monday, April 15, 2013

F1 DRIVERS INTRODUCTION BY CHILDREN


Pertandingan Pencarian Bakat untuk Acara 'F1 Drivers Indtroduction By Children' telah diadakan di Petrosains, KLCC. Pertandingan tersebut telah berlangsung pada 4, 17 dan 22 Mac 2013. Pertandingan tersebut diadakan sempena Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013 yang diadakan di Litar F1, Sepang. Seramai empat orang murid dari SKS2BK telah menyertai pertandingan tersebut. Mereka ialah Xavier Henry (5A), Abhiraaj a/l Segaran (5A), Muhammad Ikhwan Hakimi bin Zambri (4K) dan Laalitha a/p Segaran (3A). Tahniah kepada mereka kerana berusaha mengharumkan nama sekolah di peringkat Malaysia.

NAIB JOHAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA DI-RAJA

Pada 10 April 2013 yang lalu, SKS2BK telah menyertai Pertandingan Pidato Piala Di-Raja Sekolah Rendah Peringkat Zon MPSJ Dearah Petaling Perdana. Pertandingan tersebut telah diadakan di SK Seksyen 1 Bandar Kinrara. Adik Fatimah Az-Zahra' bt. Azman dari kelas 6 Berlian ialah wakil yang dihantar oleh sekolah ke pertandingan tersebut. Di dalam pertandingan tersebut beliau telah dinobatkan sebagai Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.  

MAJLIS MINI ANUGERAH CEMERLANG 1/2013

Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi kurikulum dan kokurikulum. Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah. Hari Mini Anugerah Cemerlang yang pertama kali diadakan bermula tahun 2013 adalah satu medium bagi sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan akademik sepanjang tahun. 

Objektif Hari Mini Anegarah Cemerlang ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dan memberi motivasi kepada murid-murid untuk meningkatkan prestasi akademik seterusnya. Adalah menjadi harapan kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada peperiksaan akan datang.

Friday, April 12, 2013

SUKA DUKA HARI TERBUKA SKS2BK 2013

Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir







Guru-guru yang mengawasi disiplin murid di dalam kelas.



Guru-guru kelas yang berinteraksi dengan ibu bapa dan penjaga






Gerai buku disediakan untuk kemudahan ibu bapa dan penjaga


Saturday, April 6, 2013

HARI TERBUKA SEKOLAH 2013

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka Sekolah seperti butiran berikut : -

Tarikh : 12 April 2013 (Jumaat)
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat : Bilik Kelas Anak Masing-masing

Objektif :
  1. Membincangkan prestasi pembelajaran anak.
  2. Membincangkan pembangunan dan kemajuan anak secara keseluruhan (termasuk sahsiah & kokurikulum)
  3. Hal-hal lain yang difikirkan perlu.
  4. Mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan sekolah.
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, April 1, 2013

PENCAPAIAN ATLET SKS2BK DALAM SUKAN OLAHRAGA PERINGKAT DAERAH


PENCAPAIAN ATLET OLAHRAGA SKS2BK
PADA KEJOHANAN OLAHRAGA
MSSD PETALING PERDANA
2013

BIL
ACARA
NAMA PESERTA
KATEGORI
TEMPAT
1
LOMPAT TINGGI
DANISH FAID KHOO (6B)
L4
KETIGA
2
LOMPAT TINGGI
DARRSHAN (5A)
L5
NAIB JOHAN
3
TENPIN BOLING
HILMAN NAZIM (2A)
L5
NAIB JOHAN
4
LARI BERPAGAR
MUHD. AIMAN ARIFIN (6I)
L4
KEENAM
5
LOMPAT JAUH
NURUL SHAHIRA (5K)
P5
KEEMPAT
6
200 M
NIK ADRI (4K)
L5
KESEPULUH


TAHNIAH diucapkan kepada semua atlet yang telah menyertai kejohanan tersebut. SYABAS kepada atlet yang telah berjaya mendapat tempat untuk mengharumkan nama sekolah. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk kejayaan anak didik semua.

HILMAN NAZIM (2A)


DARRSHAN (5A)
 

DANISH FAID KHOO (6B)