Wednesday, June 26, 2013

CUTI KHAS JEREBU KE-2

Fenomena jerebu masih melanda dikebanyakan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Daerah Pelabuhan Klang dan Petaling Perdana merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan fenomena ini. Daerah-daerah dikategorikan sebagai daerah yang berada di dalam zon sangat tidak sihat. Oleh yang demikian, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahaya sekolah-sekolah di dalam kawasan ini diberi cuti bagi mengelakkan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah daripada menghadapi risiko terdedah kepada bahaya penyakit yanng dibawa oleh jerebu tersebut. Maka pada 26 Jun 2013 (Rabu), SKS2BK akan bercuti selama 1 hari lagi. Ini merupakan kali kedua sekolah ini ditutup akibat jerebu.  Sekolah akan dibuka semula pada tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak. Sekian, harap maklum.

Tuesday, June 25, 2013

PENANGGUHAN SUKANEKA DAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

Dukacita dimaklumkan bahawa Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan 2013 kali ke-12, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara yang dijadualkan berlangsung pada 29 & 30 Jun 2013 telah ditunda. Ini disebabkan oleh masalah jerebu yang sedang melanda seluruh negara pada ketika ini. Tarikh baharu bagi Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan 2013 akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Persekolahan pada 1 Julai 2013 (Isnin) berjalan seperti biasa.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, June 24, 2013

PEMBUKAAN OPERASI SEKOLAH

Fenomena jerebu bukanlah suatu perkara yang baharu bagi penduduk di Malaysia. SKS2BK telah ditutup pada 24 Jun 2013 (Isnin). Sekolah akan dibuka semula pada 25 Jun 2013 (Selasa). Ini adalah berikut arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa semua sekolah wajib dibuka jika kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di bawah paras 300. 

Justeru itu, semua warga SKS2BK diwajibkan hadir ke sekolah seperti biasa pada hari Selasa ini bagi meneruskan sesi persekolahan yang telah tertangguh. Oleh kerana sesi persekolahan telah dibuka walaupun keadaan jerebu masih belum pulih sepenuhnya, murid-murid dinasihatkan agar memakai topeng mulut untuk mengelakkan masalah kesihatan. 

Bagi murid yang mempunyai masalah penyakit yang berkaitan pernafasan digalakkan berehat di rumah agar tidak menimbulkan masalah ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Murid-murid juga digalakkan untuk membawa air minuman yang banyak untuk diminum semasa berada di sekolah. Perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada semua melalui laman sesawang rasmi sekolah. Sekian, harap maklum.

Sunday, June 23, 2013

CUTI KHAS JEREBU

Malaysia sedang dilanda fenomena jerebu yang teruk. Fenomena ini disebabkan oleh kebakaran di Kepulauan Riau, Sumatra. Negeri yang pertama dilanda dengan jerebu di Malaysia adalah negeri Johor diikuti oleh negeri Melaka da  Negeri Sembilan dan kini sedang melanda negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Oleh kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah melepasi angka 100 maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil keputusan untuk menutup operasi semua sekolah di negeri-negeri berikut. Ini adalah langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh KPM bagi mengelakkan murid-murid terdedah kepada bahaya penyakit yang dibawa oleh jerebu. Justeru itu, SKS2BK akan bercuti pada hari Isnin (24 Jun 2013). Sekolah akan dibuka semula setelah mendapat arahan daripada KPM.

Friday, June 21, 2013

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

Dimaklumkan bahawa SKS2BK akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2013 buat kali yang ke-12 pada 30 Jun 2013 (Ahad) yang tidak berapa lama sahaja lagi. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan agar dapat memberi sumbangan bagi melancarkan temasya sukan tersebut.
 
Tuan/puan boleh membuat sumbangan dalam bentuk wang tunai, makanan, minuman, peralatan dan lain-lain. Semua sumbangan tuan/puan hendaklah diserahkan kepada guru kelas melalui anak masing-masing.
 
Pada hari tersebut, pihak sekolah juga akan kekurangan kakitangan yang akan mengendalikan semua acara yang dipertandingkan. Justeru itu, pihak sekolah memohon tuan-tuan dan puan-puan agar mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantu guru-guru mengurus dan melaksanakan segala acara agar ia berjalan dengan lancar dan terurus. Sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan, tuan/puan boleh menghubungi Pn. Azura bt. Ali (GPK Kokurikulum) di talian 03-80769376.
 
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

MAKLUMAN SUKANEKA DAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa SKS2BK akan menganjurkan Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan 2013 buat kali yang ke-12. Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan pada kali ini akan diadakan seperti butiran berikut : -
 
Aktiviti : Sukaneka
Tarikh : 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 7:40 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
 
Aktiviti : Temasya Sukan Tahunan
Tarikh : 30 Jun 2013 (Ahad)
Masa : 7:40 pagi hingga 2:30 petang
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
 
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga ingin memaklumkan bahawa pada 1 Julai 2013 (Isnin) merupakan cuti peristiwa. Semua murid SKS2BK akan bercuti pada hari tersebut.
 
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

WARNA-WARNI CERAMAH ISRA' & MIKRAJ


Ustaz Ahmad Shazili bin Abdullah
(Penceramah Jemputan)





Penghargaan disampaikan oleh Guru Besar


Thursday, June 20, 2013

CERAMAH ISRA' & MIKRAJ

Bulan Rejab adalah bulan Islam yang mempunyai banyak kelebihan. Pada bulan ini, berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang berlaku kepada Rasullallah S.A.W. Justeru itu, bagi mengingati peristiwa yang bersejarah itu, murid-murid Islam Tahap 2 akan diperdengarkan dengan ceramah berkaitan tajuk tersebut pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 21 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 8:30 pagi - 10:00 pagi
Tempat : Dewan Serambi Warisan
Penceramah : Ustaz Ahmad Shazili b. Abdullah

Jadi, marilah bersama-sama kita berhimpun di dewan tersebut untuk mendengar dan mendapatkan pengajaran daripada peristiwa itu. Semoga pengajaran yang dibawa oleh peristiwa itu memberi manfaat kepada kita semua. Murid-murid Tahap 2 yang bukan beragama Islam akan mengikuti pembelajaran Pendidikan Moral di dalam kelas masing-masing pada sepanjang ceramah tersebut. Murid-murid tersebut akan dibimbing oleh guru-guru Pendidikan Moral masing-masing.

Wednesday, June 19, 2013

SUKANTARA 2013

Temasya Sukan Tahunan SKS2BK telah hampir tiba. Sebagai permulaannya, semua rumah sukan perlu melalui acara sukantara bagi mengumpul markah permulaan sebelum temasya sukan bermula. Justeru itu, SKS2BK akan mengadakan acara sukantara pada 20 Jun 2013 (Khamis). Semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) wajib mengambil bahagian dalam acara mengikur kategori yang dipertandingkan. Oleh itu, mereka perlu memakai pakaian sukan sepanjang acara itu sedang dijalankan. Mereka juga digalakkan membawa air yang banyak memandangkan keadaan cuaca yang panas dan berdebu. Ini bagi mengelakkan daripada kehausan dan kepenatan semasa menjayakan acara ini.

Acara sukantara ini akan berlangsung bermula dari jam 7:40 pagi hingga 10:30 pagi. Semua guru yang mengajar Tahap 2 pada masa tersebut perlu berada di padang sekolah untuk mengawal disiplin murid sekaligus menjalankan tugas masing-masing bagi melaksanakan acara-acara yang dipertandingkan. Acara-acara yang dipertandingkan telah dikategorikan mengikut tahun seperti berikut :

  • Tahun 4 (100 meter dan Lompat Tinggi)
  • Tahun 5 (100 meter dan Lompat Jauh)
  • Tahun 6 (100 meter dan Lontar Peluru)

Tuesday, June 18, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SESI 2014

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga,

Sukacita dimaklumkan bahawa iklan pengambilan murid prasekolah bagi sesi persekolahan tahun 2014 telah dibuka mulai 1 Jun 2013 sehingga 30 Ogos 2013. Anak-anak yang lahir pada tahun 2008 boleh mendaftar untuk kemasukan ke prasekolah bagi sesi persekolahan tahun 2014. Borang permohonan masuk murid prasekolah bagi sesi persekolahan tahun 2014 boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor atau dapatkan di pejabat sekolah SKS2BK.


Monday, June 17, 2013

COLUMBIA ASIA CHARITY TOURNAMENT 2013

Columbia Asia Charity Futsal Tournament 2013 telah diadakan pada 15 Jun 2013 (Sabtu) yang lalu. SKS2BK telah menghantar 2 buah pasukan ke pertandingan tersebut. Pasukan tersebut adalah Champion's United dan Helang F.C. Di dalam pertandingan tersebut, Champion's United telah berjaya mendapat tempat ke-2 manakala Helang F.C. mendapat tempat ke-4. Mereka telah menerima pingat, sijil pernyertaan dan wang saguhati sebanyak RM500 bagi setiap pasukan. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah di pertandingan luar yang mereka sertai.


Champion's United


Helang F.C.

Tuesday, June 11, 2013

BULAN KECERGASAN 2013

 
Bulan Kecergasan SKS2BK telah dilancarkan secara rasminya oleh Pn. Azura (GPK Kokurikulum) dan En.Mohamed Salem (GPK 1) pada hari ini 11 Jun 2013 (Isnin) di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Matlamat Bulan Kecergasan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada murid-murid dan memberi peluang kepada mereka menunjukkan potensi diri dalam bidang sukan dan permainan.
 
Bulan Kecergasan ini akan dijalankan pada sepanjang bulan Jun yang bermula pada 10 Jun 2013 sehingga 30 Jun 2013. Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) adalah badan yang bertanggungjawab mengelola segala aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti senamrobik, Sihat Cergas, pertandingan cheerleaders, pertandingan kuiz silang kata, kuiz kecergasan serta pemilihan Raja Trek dan Ratu Trek.
 
Marilah bersama-sama kita memperkembangkan potensi dan bakat kita di samping meningkatkan semangat kesukanan serta semangat kekitaan juga dapat mengeratkan hubungan sesama kita.

Tuesday, June 4, 2013

KARNIVAL VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE)


Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications Sdn. Bhd. disokong oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana sedang dalam pelaksanaan program kesedaran tentang 1Bestarinet dan Virtual Learning Environment (VLE) bagi meningkatkan penggunaan VLE dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa dengan menyampaikan mesej "Anytime, Anywhere Learning",akan mengadakan Karnival Kesedaran VLE di bawah Pelaksanaan Projek Perkhidmatan 1Bestarinet ke seluruah negara.

Oleh itu, SKS2BK telah dijemput menghadiri Karnival Virtual Learning Environment peringkat Kementerian Pelajaran Malasyia di Daerah Petaling Perdana bagi sekolah-sekolah kluster 41 pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 
15 Jun 2013 (Sabtu)

Masa : 
8:00 - 11:00 pagi (Acara Rasmi) 
11:00 - 2:00 petang (Acara Terbuka)

Tempat : 
SMK Pusat Bandar Puchong 1

Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://ictsks2bk.blogspot.com/