Monday, July 29, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS KHATAM AL-QURAN, SOLAT HAJAT DAN MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADAN 2013

Dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SKS2BK akan mengadakan majlis tersebut seperti butiran berikut : -

Tarikh : 1 Ogos 2013 / 23 Ramadan 1434H (Khamis)
Masa : 5:00 petang hingga 10:00 malam
Tempat : Dewan Serambi Warisan, SKS2BK
Sasaran : 123 orang murid Tahun 6

Sehubungan dengan itu, sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan amat diharapkan. Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau juadah berbuka puasa. SKS2BK juga berbesar hati untuk mengundang ibu, bapa atau penjaga kepada murid Tahun 6 ke majlis tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

PEMENANG KEJOHANAN KARATE & KOBUDO SEDUNIA KALI KE-7



Pada 26 hingga 28 Jun 2013 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Karate & Kobudo Sedunia Kali Ke-7 yang diadakan di Stadium Badminton, Cheras. SKS2BK rasa berbangsa dengan penyertaan adik-beradik iaitu Jaya Ashvinaa a/p Jaya Seelan (3 Platinum) dan Jaya Rishen a/l Jaya Seelan (6 Berlian) di dalam kejohanan itu. Adik Jaya Ashvinaa telah berjaya mendapat tempat ketiga di dalam Kategori Kumite Individu Perempuan 6 - 9 Tahun. Beliau dianugerahi sekalung pingat gangsa dan diploma pernyertaan. Tahniah dan ribuan terima kasih kerana telah mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara di peringkat dunia.

Wednesday, July 17, 2013

CUTI GANTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI 2013

Berdasarkan pekeliling daripada Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BPSH-SPDK) 201/005/02/ Jld. 4 (37) bertarikh 7 Januari 2013, sekolah dibenarkan mengambil cuti ganti untuk Perayaan Deepavali seperti ketetapan berikut : - 

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
Jadual Waktu Ganti
4.11.2013 (Isnin)
Cuti Ganti
20.7.2013 (Sabtu)
Isnin

Sehubungan dengan itu, semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti jadual di atas. Kerjasama tuan/puan juga diminta agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan pada hari tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, July 15, 2013

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2013


Unit PPDa dan Unit Bimbingan & Kaunseling SKS2BK telah melancarkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bagi tahun 2013 di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Program tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SKS2BK (Pn. Rabiyah bt. Fakir Mohd.).  Tema program pada tahun ini ialah "SKS2BK CEMERLANG TANPA DADAH".


OBJEKTIF
  1. Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah dan ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/AIDS dalam kalangan murid & guru.
  2. Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran & tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/AIDS.

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM PPDa

Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Mesyuarat Jawatankuasa
8 Julai 2013
2
Persiapan untuk Majlis Pelancaran PPDa
9-11 Julai 2013
3
Pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
15 Julai 2013
4
Pertandingan Melukis Poster Tahun 4, 5 dan 6
16 Julai 2013
5
Pertandingan Mewarna Pra Sekolah & Tahap 1
17 Julai 2013
6
Pertandingan Kuiz Spontan
Minggu PPDa
7
Aktiviti Menghias Sudut PPDa
Minggu PPDa
8
Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah
19 Julai 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BULAN KECERGASAN 2013

Sepanjang bulan Jun 2013 yang lalu, SKS2BK telah mengadakan Bulan Kecergasan. Aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini telah berakhir dengan jayanya. Justeru itu, pada hari ini, Isnin (15 Jun 2013) merupakan Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Kecergasan 2013 sekaligus menutup Bulan Kecergasan yang telah dijalankan.  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Rabiyah bt. Fakir Mohd. (Guru Besar SKS2BK). Di dalam majlis tersebut, murid-murid yang telah memenangi pertandingan-pertandingan yang disertai telah menerima hadiah masing-masing. Di antara pertandingan yang telah dipertandingkan adalah seperti mencari benda tersembunyi, kuiz, raja dan ratu trek serta pertandingan "cheerleader". Berikut adalah beberapa gambar yang disunting sempena dengan majlis tersebut.  

Saturday, July 13, 2013

PERGINYA SEORANG GURU CEMERLANG

Guru Cemerlang SKS2BK. Begitulah gelaran yang diberikan kepada YM Raja Othman bin Raja Ismail. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Oktober 2010 sebagai Guru Cemerlang. Beliau berpindah ke sekolah ini dari SMK Sri Serdang. Dilahirkan pada 12 Januari 1957 di Kuala Dal, Padang Rengas, Perak. Telah berkahwin dan mempunyai 6 orang cahaya mata. 

Beliau mula berkhidmat sebagi guru biasa di SK Matang Gerdu, Bagan Serai pada 3 Januari 1978. Kemudian beliau bertugas pula di SK Bagan Serai pada 1 Mac 1987. Pada 1 Disember 1988 beliau sekali lagi berpindah ke SK Matang Gelugor. Bagi meningkatkan profesion pendidikan, beliau telah mengikuti Kursus Perguruan selama 1 tahun di Institut Bahasa Kuala Lumpur. Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Setelah tamat pengajian, beliau ditempatkan di SMK Simpang, Taiping pada 1 November 1996. Dalam masa yang sama, beliau telah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Pendidikan di UPM secara pendidikan jarak jauh (PJJ) pada 1 Jun 1997. Pengajian beliau tamat dengan menerima Master Sains (Pentadbiran Pendidikan) pada 1 Januari 2000. 


Dengan berbekalkan ijazah sarjana yang diperolehnya, beliau diterima bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Bahagian Buku Teks sebagai Timbalan Pengarah bahagian tersebut. Daripada KPM beliau ditempatkan semula di sekolah iaitu SMK Sri Serdang. Sebelum beliau mendapat arahan untuk berpindah untuk ke sekian kalinya, beliau telah menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang Pentadbiran Pendidikan di UPM.  Majlis konvokesyennya di jangka berlangsung pada bulan November 2013. 


Begitulah kerjaya seorang guru cemerlang yang telah berjaya membuktikan bahawa pendidikan penting untuk meningkatkan potensi kerjaya dan ilmu pengetahuan untuk mengajar anak didik sehingga berjaya. Kini beliau, ditempatkan di SK Taman Universiti, Serdang dengan baki perkhidmatan selama 3 tahun. Terima kasih kepada YM Cikgu Raja Othman b. Raja Ismail kerana telah mencurahkan ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman bersama dengan kami. Semoga cikgu berjaya di tempat baharu dengan cabaran baru.

Friday, July 12, 2013

PEMBATALAN KELAS TAMBAHAN BAGI MURID TAHUN 5 & 6 (2013)

Dimaklumkan bahawa kebanyakan sekolah Kafa Intergrasi akan mengadakan ujian sepanjang minggu hadapan. Sehubungan dengan itu, bagi memberi peluang kepada murid-murid yang terlibat di dalam ujian tersebut, pihak sekolah akan membatalkan kelas tambahan bagi murid Tahun 5 & 6 pada sepanjang tempoh tersebut yang bermula dari 15 Julai 2013 sehingga 19 Julai 2013.

Sokongan dan kerjasama daripada tuan/puan dalam perkara ini dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

Tarikh
Masa
Perkara
16/7/2013
(Selasa)
8:15 – 9:05 pagi (50 minit)
B. Melayu (Pemahaman)
9:45 – 11:00 (1 jam 15 minit)
B. Melayu (Penulisan)
12:20 – 1:00 tengah hari (40 minit)
Matematik (Kertas 2)
17/7/2013
(Rabu)
8:15 – 9:15 pagi (1 jam)
Matematik (Kertas 1)
10:15 – 11:05 pagi (50 minit)
B. Inggeris (Kertas 1)
11:45 – 1:00 tengah hari (1 jam 15 minit)
B. Inggeris (Kertas 2)
18/7/2013
(Khamis)
8:15 – 9:30 pagi (1 jam 15 minit)
Sains

Majlis Guru Besar Selangor akan mengadakan Program Headcount - Ujian Penilaian OTI 3 (Peperiksaan Percubaan UPSR) untuk mata pelajaran UPSR Tahun 6 sahaja iaitu pada tarikh yang dicadangkan seperti berikut. Tarikh akhir pengisian markah dalam SAPS adalah pada 9 Ogos 2013.

Thursday, July 11, 2013

MAKLUMAN WAKTU PERSEKOLAHAN BAGI CUTI BERGANTI EKORAN JEREBU YANG MELANDA NEGERI SELANGOR

Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pelajaran Selangor telah mengarahkan semua sekolah-sekolah yang terlibat dengan penutupan sekolah akibat jerebu yang kritikal agar mengganti waktu persekolahan tersebut.

Sehubungan dengan itu, semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bersekolah seperti butiran di bawah : -

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
Jadual Waktu Ganti
24 Jun 2013
Cuti Ganti
13 Julai 2013 (Sabtu)
Isnin
26 Jun 2013
Cuti Ganti
24 Ogos 2013 (Sabtu)
Rabu

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wednesday, July 10, 2013

PEMENANG ANUGERAH KHAS OH! MY ENGLISH 2013




KUMPULAN NEW YORK RAPPERS
( Vinoth, Sarveen, Timothy, Arif Hakimi dan Bryan )

Kumpulan ini telah berjaya memenangi anugerah khas "The Most Original Team" di dalam final Oh! My English di Wisma Bentley, Mutiara Damansara. Guru pengiring yang bersama dengan kumpulan ini ialah Cikgu Rathi Ambigai. Mereka merupakan di antara 10 pasukan yang terpilih dari seluruh negara. Tahniah!

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Selamat datang wahai Ramadhan yang mulia. Pada hari ini, 9 Julai 2013 (Rabu) bersamaan 1 Ramadhan 1434H adalah hari pertama umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Di sini pihak sekolah ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga SKS2BK yang beragama Islam. Semoga pahala puasa anda semua diterima Allah S.W.T.. Maka marilah kita semua berusaha menambahkan amal kebajikan dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Di samping itu, kita juga digalakkan untuk mengerjakan perkara-perkara sunat bagi meningkatkan taqwa kita.

Monday, July 8, 2013

JASAMU DIKENANG PN. ZAHARAH BT. HASSAN

Dukacita dimaklumkan bahawa Pn. Zaharah bt. Hassan bekas Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah kembali ke rahmatullah pada 7 Julai 2013 (Ahad). Allahyarhamah telah selamat disemadikan selepas solat Asar. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini dari 2002 hingga 2007. Semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah.

Wednesday, July 3, 2013

PERUBAHAN JADUAL KELAS TAMBAHAN BAGI MURID TAHUN 5

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah membuat pindaan pada jadual kelas tambahan murid Tahun 5. Sehubungan dengan itu, jadual kelas tambahan yang diberikan sebelum ini adalah terbatal.

Sebagai rujukan tuan/puan, bersama-sama ini dilampirkan jadual kelas tambahan terkini. Jadual baharu ini akan berkuatkuasa pada 8 Julai 2013 (Isnin). Kerjasama tuan/puan juga dipohon agar dapat menguruskan pengangkutan balik anak tuan/puan pada hari tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


JADUAL UJIAN FORMATIF 2 (JULAI) 2013

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan Ujian Formatif 2 bagi tahun 2013. Ujian tersebut akan diadakan pada 9, 10 dan 11 Julai 2013. Justeru itu, semua murid diharap bersedia untuk menghadapi ujian tersebut. Di sini dilampirkan bersama jadual Ujian Formatif 2.