Thursday, November 28, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN ASRAMA YAYASAN SELANGOR TINGKATAN 1 TAHUN 2014 (BORANG PKA/1) DI BAWAH RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA YAYASAN SELANGOR

Dengan hormatnya dimaklumkan Yayasan Selangor membuka permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 Tahun 2014 di bawah Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Yayasan Selangor kepada pelajar yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Borang Permohonan PKA/1 boleh dimuat turun dari laman sesawang Yayasan Selangor (www.yayasanselangor.org.my) atau pemohon boleh datang sendiri ke 5 lokasi pengedaran borang termasuk Ibu Pejabat Yayasan Selangor Petaling Jaya. Sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-7955 1212 samb. : 211/217/177/150 untuk maklumat lanjut.

Bil.
Lokasi
No. Telefon
1.
Yayasan Selangor
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Pendidikan
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Jalan Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
03-7955 1212
Samb.211/217/177/150
2.
Asrama Yayasan Selangor Klang
Jalan Raya Barat,
41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan
03-3373 4437
3.
Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam
Jalan Raja Chulan,
45200 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan
03-3216 3548
4.
Kem Bina Semangat
Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan
03-6064 3030
5.
Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
03-2681 0534

Monday, November 18, 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

Keputusan UPSR 2013 telah dikeluarkan dengan rasminya di Dewan Budiman, SKS2BK. Keputusan tersebut telah dibuat oleh Pn. Rabiyah bt. Fakir Mohd. (Guru Besar SKS2BK). Seramai 32 orang calon yang telah berjaya dengan cemerlang dengan mendapat keputusan 5A manakala 13 orang calon pula mendapat keputusan 4A 1B. Jumlah keseluruhan calon yang mengambil peperiksaan tersebut adalah seramai 139 orang calon.

Peratus kelulusan keseluruhan adalah sebanyak 77.7%. Peratus kelulusan mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut :-
  1. Pemahaman = 96.4%
  2. Penulisan = 95.7%
  3. Bahasa Inggeris = 85.6%
  4. Matematik = 85.6%
  5. Sains = 91.2%
Keputusan pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan bagi beberapa mata pelajaran. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan perancangan dan strategi bagi meningkatkan prestasi murid pada tahun ini.

Sunday, November 17, 2013

CUTI AKHIR TAHUN 2013

Sesi persekolahan bagi tahun 2013 telah melabuhkan tirainya. Cuti akhir tahun 2013 telah bermula pada 16 November 2013 (Sabtu). Ini bermakna murid-murid sekolah telah mula bercuti. Justeru itu, ambilah peluang ini untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Usah membazir masa yang terluang dengan aktiviti yang kurang berfaedah. Rancang cuti yang panjang ini dengan bijak agar ia tidak berlalu dengan sia-sia. 

Sesi persekolahan bagi tahun 2014 akan dimulai pada 2 Januari 2014 (Khamis). Oleh yang demikian, buatlah persiapan yang rapi untuk membeli segala keperluan persekolahan yang baharu. Semoga dengan persiapan yang rapi akan memudahkan urusan pendaftaran pada tahun 2014 nanti.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013

Berakhir sudah sesi persekolahan 2013. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yanng telah berjaya menperoleh pencapaian yang cemerlang di dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 2 dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu. Bagi mereka yang kurang berjaya, masih ada masa untuk anda memperbaiki prestasi pada tahun yang akan datang. 

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 yang telah diadakan pada 14 November 2013 (Khamis) yang lalu berlangsung dalam suasana yang ceria dan meriah. Ramai muka-muka baharu yang mendapat pelbagai anugerah yang disediakan oleh pihak sekolah dan PIBG. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan sehingga ada di antara mereka yang terpaksa duduk di luar dewan. Untuk itu, pihak sekolah memohon ribuan ampun dan maaf di atas ketidakselesaan tuan-tuan dan puan-puan.

Walau bagaimanapun, majlis tersebut tetap berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SKS2BK kerana telah banyak menyumbangkan idea, tenaga dan wang ringgit demi kesejahteraan warga SKS2BK. Tanpa bantuan dan sokongan daripada PIBG, segala perancangan aktiviti sekolah menjadi tidak sempurna. 

Ini ditunjukkan melalui pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Sekolah kita telah berjaya memperoleh seramai 32 orang calon yang memperoleh 5A. Ini merupakan peningkatan dalam bilangan calon yang mendapat 5A di mana pada tahun lepas bilangan calon yang mendapat 5A adalah seramai 28 orang calon sahaja. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka dan juga ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Marilah kita bersama-sama berusaha menggembling tenaga dalam menjayakan semua aktiviti sekolah agar faedahnya dapat dikecapi oleh setiap warga dan ahli komuniti sekolah. Bagi para pentadbir dan guru SKS2BK, kami masih perlu membuat refleksi diri untuk menilai pencapaian pada tahun ini dan mencari kelemahan diri untuk dibaiki agar kesalahan tersebut tidak diulangi atau dielakkan. Semoga dengan usaha semua pihak, pencapaian tahun ini akan dapat dipertingkatkan lagi untuk kelestarian sekolah.

Thursday, November 14, 2013

MAJLIS PERPISAHAN TAHUN 6

Murid-murid Tahun 6 sesi 2013 yang akan berakhir pada hari esok akan mengadakan suatu majlis perpisahan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang terakhir kepada semua murid dan guru berjumpa dan bermaaf-maafan sebelum mereka pergi ke sekolah menengah. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut : -

Tarikh : 15 November 2013
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serambi Warisan
Anjuran : SKS2BK

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti penyampaian fail diri, persembahan murid, penyampaian hadiah dan bersalaman di antara guru dan murid.

Friday, November 8, 2013

MAKLUMAN KEPUTUSAN UPSR 2013

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan dikeluarkan pada 14 November 2013 (Khamis). Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mulai pukul 10:00 pagi di sekolah masing-masing. Slip keputusan akan diserahkan kepada calon oleh guru kelas masing-masing pada hari tersebut.

Selain daripada itu, para calon juga boleh mendapatkan keputusan secara pesanan ringkas (SMS) melalui mySMS pada talian 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pada pukul 10:00 pagi 14 November 2013 (Khamis) dan akan ditamatkan pada pukul 11:59 malam 20 November 2013 (Rabu).

Thursday, November 7, 2013

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN JAMUAN AKHIR TAHUN 2013

Hari Kanak-kanak disambut setiap tahun di seluruh negara yang ada di atas muka bumi ini. Tujuan sambutan ini adalah untuk menyayangi mereka selayaknya sebagai seorang insan kecil yang memerlukan kasih sayang dan perlindungan. 

Justeru itu, SKS2BK akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak pada peringkat sekolah. Sambutan ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling di bawah Pn. Norulhuda bt. Yaakob. Sambutan ini akan diadakan pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 8 November 2013 (Jumaat)
Masa : 7.40 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dataran Cemerlang, SKS2BK

Pelbagai acara telah dirancang sempena hari tersebut. Tentatif sambutan dan aturcara persembahan Hari Kanak-kanak dan Jamuan Akhir Tahun 2013 boleh dilihat di laman sesawang Bimbingan & Kaunseling, SKS2BK. Murid-murid juga dibenarkan memakai pakaian tradisional pada hari tersebut.

Diharap semua murid bersedia menantikan kedatangan hari tersebut. Sesungguhnya murid-murid akan berasa gembira dengan sambutan tersebut. Selamat Hari Kanak-kanak daripada warga pendidik SKS2BK.

Friday, November 1, 2013

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2013

Selamat Hari Deepavali kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa / penjaga SKS2BK 
yang beragama Hindu. Semoga sejahtera bersama keluarga di hari yang penuh dengan cahaya.


TATACARA PENJAGAAN BUKU TEKS

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya memperoleh buku teks bagi tahun 2014. Bagi mereka yang tidak berjaya, sila hantar buku yang masih belum dihantar, ganti buku yang telah hilang atau beli buku teks baharu sebagai ganti. Sila berbuat demikian sebelum tamat sesi persekolahan 2013. Berikut adalah tatacara penjagaan buku teks : -
  1. Balut dengan plastik.
  2. Tulis nama, kelas dan tahun.
  3. Simpan ditempat yang kering.
  4. Baca buku apabila ada kelapangan.
Pesanan ini daripada Guru SPBT