Friday, December 27, 2013

JAWATANKUASA BLOG SEKOLAH 2014

Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi 1 : PK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : PK HEM
Naib Pengerusi 3 : PK Kokurikulum
Setiausaha : En. Mohd. Fadzli b. Mansor

Ahli Jawatankuasa Kerja :
  1. Pn. Normee Azura bt. Abdullah
  2. Pn. Roziana bt. Abd Malek
  3. Pn. Rashidah bt. Abd Karim
  4. En. Suharudin b. Yaakub 

Tuesday, December 24, 2013

SELAMAT HARI NATAL 2013


Pada 25 Disember 2013 (Rabu), SKS2BK akan ditutup pada hari berkenaan. Ini adalah berikutan cuti umum sempena perayaan Hari Natal yang jatuh pada tarikh berkenaan. Operasi pejabat dan kedai buku akan dibuka semua seperti biasa pada 26 Disember 2013 (Khamis).

Dikesempatan ini, SKS2BK ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua guru, murid dan ibu bapa warga SKS2BK yang beragama Kristian. Semoga dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta bersama hadiah-hadiah yang menarik dan istimewa daripada yang tersayang.

Merry Christmas!!!Merry Christmas!!!Merry Christmas!!!Merry Christmas!!!  

Monday, December 23, 2013

SENARAI NAMA MURID MENGIKUT KELAS 2014

Cuti persekolahan telah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan tahun 2014 beberapa perubahan baharu telah dibuat. Salah satu perubahan yang paling ketara adalah perubahan nama kelas. Nama-nama kelas yang telah digunakan sejak tahun 2008 yang terdiri daripada nama-nama bunga, planet, sistem operasi komputer, logam, sinaran dan permata tidak akan digunakan lagi. Nama-nama yang digunakan sebelum ini amat sukar untuk diingati bukan sahaja kepada ibu bapa dan penjaga malah kepada guru-guru juga. Justeru itu, mulai tahun 2014 nama-nama baharu akan digunakan sebagai menggantikan nama-nama tersebut.

Nama-nama yang akan digunakan pada tahun 2014 adalah seperti Amanah, Bestari, Cemerlang, Dedikasi dan Efisyen. Tujuan nama-nama tersebut dipilih adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid untuk berjaya di dalam pelajaran. Senarai nama murid-murid tahun 2014 telah dikeluarkan oleh pihak sekolah. Senarai nama tersebut telah diletakkan pada papan kenyataan di astaka, bersebelahan dengan pondok pengawal. Para ibu bapa dan penjaga boleh melihat senarai tersebut mulai 23 Disember 2013 (Isnin).

Oleh kerana nama kelas tahun 2014 telah ditukar, peta sekolah juga akan ditampal bersama dengan senarai nama tersebut. Peta sekolah digunakan sebagai panduan kepada ibu bapa dan penjaga untuk mengenal pasti kelas anak masing-masing. Malah peta sekolah akan membantu ibu bapa dan penjaga memudahkan pencarian lokasi yang hendak dituju. Justeru itu, ibu bapa dan penjaga dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 

Saturday, December 21, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) ASRAMA 1MALAYSIA 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M boleh dirujuk di dalam Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.

Borang Permohonan Asrama 1Malaysia 2014 

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU(1) PROGRAM ASAS PENDIDIKAN (PAV) TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu(1) Program Asas Pendidikan (PAV) Tahun 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di ruangan (APLIKASI BERKALA) bermula 18 Disember 2013 (Rabu). Sila klik pautan berikut :

SEMAKAN TAWARAN SEKOLAH KAWALAN NEGERI, KRK, KAA, SMKA & SABK AMBILAN JANUARI 2014

Semakan tawaran sekolah kawalan negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014 telah diumumkan pada 18 Disember 2013 bermula jam 10.00 pagi. Semakan boleh dibuat dengan cara berikut :

Laman sesawang
http://public.moe.gov.my 

Pesanan SMS
Taip MOE SKKAWALAN Angka Giliran UPSR 
(Contoh : MOE SKKAWALAN ZZ0000001) dan SMS ke 15888.

Monday, December 16, 2013

OPERASI KEDAI BUKU SKS2BK

Kedai Buku SKS2BK telah beroperasi pada sepanjang bulan Disember sehingga pembukaan sesi persekolahan tahun 2014. Berikut adalah waktu operasi Kedai Buku SKS2BK :

Hari
Masa
Rehat
Isnin - Khamis
9.00 pagi – 3.00 petang
1.00 petang – 1.30 petang
Jumaat
9.00 pagi – 3.00 petang
1.00 petang – 2.00 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum
Tutup
Tutup

Senarai buku Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 telah dikeluarkan. Para ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan senarai buku tahun 2014 di kedai buku. Sekian, harap maklum.

Wednesday, December 11, 2013

PENUTUPAN OPERASI PEJABAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR


Kepada semua ibu bapa atau penjaga SKS2BK. Operasi pejabat sekolah akan ditutup pada 11 Disember 2013 (Rabu) sempena menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Operasi pejabat akan beroperasi seperti biasa pada 12 Disember 2013 (Khamis). Sekian, harap maklum.

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU(1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu(1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 10 Disember 2013 (Selasa) di ruangan APLIKASI BERKALA.
Talian e-Rayuan dibuka kepada pemohon Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP 2014) yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 10 hingga 24 Disember 2013.

Untuk Semakan dan Rayuan Tawaran Ke Tingkatan Satu(1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014, sila klik pada pautan di bawah ini.