Wednesday, January 29, 2014

WAKTU PERSEKOLAHAN DAN KELAS TASMIK TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa Jadual Waktu Persekolahan & Kelas Tasmik untuk semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 adalah mengikut ketetapan berikut : -

Hari
Waktu Datang
Waktu Balik
Tahap 1
Waktu Balik
Tahap 1
Kelas Tasmik
Isnin
7.30 pagi
1.00 petang
1.30 petang
Tiada
Selasa
7.30 pagi
1.00 petang
1.30 petang
12.30 tgh hari – 1.00 petang
( Tahun 2 )
Rabu
7.30 pagi
12.30 tgh hari
1.00 petang
12.30 tgh hari – 1.00 petang
( Tahun 3 )
1.00 petang – 1.30 petang
( Tahun 4 )
Khamis
7.30 pagi
12.30 tgh hari
1.00 petang
12.30 tgh hari – 1.00 petang
( Tahun 1 )
1.00 petang – 1.30 petang
( Tahun 5 )
Jumaat
7.30 pagi
12.00 tgh hari
12.00 tgh hari
Tiada

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta menguruskan pengangkutan balik anak tuan/puan untuk Kelas Tasmik.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

KELAS TAMBAHAN TAHUN 5 SESI 2014

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan kelas tambahan untuk murid Tahun 5 mulai 3 Februari 2014 (Isnin). Kelas tambahan ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa sehingga UPSR 2015 nanti.

Sebagai rujukan tuan/puan, bersama-sama ini dilampirkan jadual kelas tambahan tersebut. Sebarang pindaan jadual akan diberitahu kepada murid. Kerjasama tuan/puan juga dipohon agar dapat memastikan pengangkutan balik selepas kelas tambahan tamat.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Minggu
Hari
5 Amanah
5 Bestari
5 Cemerlang
5 Dedikasi
5 Efisyen
1
Isnin
Bahasa Melayu
Pn. Salmah
Bahasa Melayu
Pn. Azura A
Bahasa Melayu
Pn. Roziana
Bahasa Inggeris
Pn. Normee
Bahasa Melayu
Pn. Norrihan
2
Selasa
Bahasa Inggeris
Pn. Anita
Bahasa Inggeris
Pn. Nasuha
Bahasa Inggeris
Pn. Sathia
Bahasa Melayu
Pn. Hidayah
Bahasa Inggeris
Pn. Maimunah
3
Rabu
Matematik
En. Fadzli
Matematik
Pn. Norhasliza
Matematik
Pn. Mumtazzah
Matematik
Cik Pang
Sains
Pn. Kausalya
4
Khamis
Sains
Pn. Rohaselina
Sains
Pn. Azura R
Sains
Pn. Muzaimah
Sains
Pn. Noorhayati
Matematik
Pn. Rabiyah/ En. Fadzli

Monday, January 27, 2014

AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi semua murid Tahun 3, 4, 5, dan 6 sepanjang Februari hingga Oktober 2014. Merujuk Pekeliling Bil.1/1985 KP(BS) 6591 Jld.11(29) bertarikh 2 Januari 1985, semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

Jadual aktiviti kokurikulum bagi tahun 2014 telah diberikan kepada anak masing-masing. Murid Tahun 3 dikehendaki menghadiri kelab dan persatuan sahaja manakala murid Tahun 4, 5 & 6 dikehendaki menghadiri setiap unit. Tuan/puan juga diminta menguruskan pengangkutan balik anak tuan/puan sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.

Borang kebenaran menyertai aktiviti kokurikulum 2014 telah diedarkan kepada anak masing-masing. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing sebelum atau pada 5 Februari 2014.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Friday, January 24, 2014

KELAS TAMBAHAN MURID-MURID TAHUN 6 SESI 2014

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan Kelas Tambahan Tahun 6 mulai 3 Februari 2014 (Isnin). Kelas tambahan ini diadakan bertujuan untuj meningkatkan prestasi dan pencapaian murid-murid dalam UPSR yang akan dijalankan pada 9 - 11 September 2014 nanti.

Sebagai rujukan tuan/puan, dilampirkan di bawah ini adalah jadual kelas tambahan tersbut. Sebarang pindaan jadual akan diberitahu kepada murid. Kerjasama tuan/puan juga dipohon agar dapat menguruskan pengangkutan balik selepas kelas tambahan tamat.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

JADUAL WAKTU KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 SESI 2014

HARI/
KELAS

6 AMANAH

6 BESTARI
6 CEMERLANG
6 DEDIKASI
6 EFISYEN
ISNIN
(1.30 – 2.30)
MATEMATIK
Pn. Rashidah
B. INGGERIS
Pn. Nasuha
SAINS
Pn. Rohaselina
SAINS
Pn. Azura R
B. INGGERIS
Pn. Anita
SELASA
(1.30 – 2.30)
SAINS
Pn. Kausalya
B. MALAYSIA
Pn. Fauzihan
MATEMATIK
Pn. Norhasliza
B. INGGERIS
Pn. Rathi
MATEMATIK
Pn. Mumtazzah
RABU
(1.30 – 2.30)
B. INGGERIS
Pn. Rathi
SAINS
Pn. Kausalya
B. INGGERIS
Pn. See
MATEMATIK
Pn. Rashidah
SAINS
Pn. Rohaselina
KHAMIS
(1.30 – 2.30)
B. MALAYSIA
Pn. Fauzihan
MATEMATIK
Pn. Mumtazzah
B. MALAYSIA
Pn. Afifah
B. MALAYSIA
Pn. Norhidayah
B. MALAYSIA
Pn. Salmah

Maklumat lanjut berkaitan bilangan hari kelas tambahan boleh dirujuk kepada surat edaran yang telah diberikan kepada anak tuan/puan. Sekian, harap maklum.

Thursday, January 23, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014

 Taklimat Keselamatan Kepada Murid

 Senamrobik

 Taklimat Check-Point

 SKS2BK "Boleh"

 Kejohanan Merentas Desa Dimulakan

 Pentadbir bersama wakil PIBG

 Laju! Laju! Laju!

Pendaftaran Pemenang

Thursday, January 16, 2014

PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2014 oleh KPM sebanyak RM100.00 seorang bagi semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan diadakan seperti butiran berikut : -
Tarikh : 20.1.2014 (Isnin)
Masa : 11:00 pagi - 1:00 petang
Tahun : Tahun 1 hingga 6
Tempat : Bilik Darjah 

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir dengan membawa salinan sijil kelahiran atau MyKid anak masing-masing sebagai bukti. Kegagalan tuan/puan menunjukkan bukti tersebut akan menjejaskan pengurusan penyerahan bantuan tersebut di peringkat sekolah.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, January 13, 2014

LATIHAN MERENTAS DESA 2014

Aktiviti merentas desa adalah salah satu aktiviti panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan dalam merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu, satu latihan persediaan akan dilaksanakan sebagai pendedahan awal tentang aktiviti tersebut. Selain daripada itu, latihan ini juga memberi panduan kepada semua murid untuk mengenal pasti laluan yang akan dilalui oleh mereka. Aktiviti ini akan diadakan mengikut butiran berikut : -

Tarikh : 15 Januari 2014 (Rabu)
Masa : 2:00 - 4:00 petang
Tempat : Sekitar Bandar Kinrara dan Bukit Kuchai

Oleh kerana aktiviti ini akan dijalankan di luar kawasan sekolah, pihak sekolah sangat berbesar hati untuk menerima sumbangan tenaga semua ibu bapa yang berkelapangan untuk membantu pihak sekolah mengawal lalu-lintas demi keselamatan anak-anak kita semua. Jasa baik tuan/puan amatlah diperlukan dan dihargai. Sokongan dan kerjasama daripada tuan/puan di dalam hal ini kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.




Friday, January 10, 2014

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-13

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-13 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut : -

Tarikh : 8 Februari 2014 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Serambi Warisan, SKS2BK

Surat siaran telah diserahkan kepada anak masing-masing beserta lampiran jawapan kehadiran tuan/puan, cadangan usul dan atur cara majlis. Pihak PIBG memohon agar dikembalikan jawapan kehadiran dan usul kepada PIBG melalui guru kelas anak masing-masing selewat-lewatnya 5 Februari 2014 (Rabu).

Ahli jawatankuasa PIBG akan menentukan usul-usul yang akan dibahaskan di dalam mesyuarat agung. Usul-usul hendaklah ke arah cadangan yang membina untuk penambahbaikan sistem pendidikan pada peringkat sekolah.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan di dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

PROSES BAIKPULIH KANTIN SEKOLAH

Pada penghujung bulan Disember 2013 yang lalu, kantin sekolah telah mendapat kelulusan untuk membaikpulih tetupai dan siling kantin sekolah. Kelulusan diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bertujuan untuk menggantikan tetupai dan siling kantin sekolah yang telah dimakan anai-anai. Walaupun begitu, kantin sekolah masih beroperasi seperti biasa. Justeru itu, pihak sekolah menasihatkan agar semua murid, ibu bapa dan penjaga agar berhati-hati ketika berada berhampiran atau di dalam kantin sekolah.

Patuhi arahan guru, pekerja dan pengusaha kantin sekolah sentiasa. Jangan menghampiri atau melepasi tali kecemasan yang telah dipasang di sekitar kawasan baikpulih. Selain daripada itu juga, susur gajah yang terletak di belakang kantin sekolah juga akan ditutup buat sementara waktu. Murid-murid boleh menggunakan laluan kecil yang akan dibuka bersebelahan pondok pengawal sebagai laluan alternatif murid untuk keluar dan masuk ke sekolah. Sekian, harap maklum.

"KESELAMATAN ANDA, TANGGUNGJAWAB KAMI"

Wednesday, January 8, 2014

KEBENARAN MENYERTAI PEMILIHAN DAN LATIHAN PASUKAN OLAHRAGA / BOLA SEPAK / BOLA BALING BAGI MEWAKILI SEKOLAH TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum sekolah akan mengadakan pemilihan bagi pasukan yang dinyatakan di atas untuk mewakili sekolah bagi tahun 2014 seperti butiran berikut : -

Tarikh :
·         13 Januari 2014 (Isnin)
·         14 Januari 2014 (Selasa)
·         15 Januari 2014 (Rabu)
·         Pasukan Olahraga
·         Pasukan Bola Sepak
·         Pasukan Bola Baling
Masa :
2:00 – 4:00 petang

Tempat :
Padang Sekolah


Sehubungan dengan itu, tuan/puan dimohon agar dapat menguruskan pengangkutan balik anak tuan/puan pada tarikh yang dinyatakan di atas. Surat kebenaran ibu bapa / penjaga telah diserahkan kepada anak masing-masing. Keratan kebenaran ibu bapa / penjaga mesti dikembalikan kepada Pn. Norazlinda bt. Mohd. Radzi (SU Kokurikulum) sebelum atau pada 10 Januari 2014 (Jumaat).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

MAKLUMAN CUTI TAMBAHAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2014

Dimaklumkan bahawa semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti tambahan sempena Tahun Baru Cina seperti butiran berikut : -

Tarikh
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
30.1.2014
Cuti Peristiwa
Tidak perlu diganti

Semua murid dikehendaki hadir semula ke sekolah seperti biasa pada 3 Februari 2014 (Isnin).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, January 6, 2014

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU/BAPA/PENJAGA DENGAN GURU-GURU TAHUN 5 & 6


Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis tersebut seperti butiran berikut : -

Tarikh : 11 Januari 2014 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi - 11:00 pagi
Tempat : Dewan Serambi Warisan
Sasaran : Ibu/Bapa/Penjaga Murid Tahun 5 & 6

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi membantu menentukan dan memastikan kejayaan anak-anak tuan/puan dalam UPSR 2014 & 2015 nanti sekaligus dapat merealisasikan visi sekolah ke arah kecemerlangan.

Tuan/puan diminta memaklumkan kehadiran tuan/puan dengan mengembalikan lampiran yang disertakan bersama surat edaran yang telah diserahkan melalui anak-anak tuan/puan sebelum 9/1/2014.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.