Monday, May 26, 2014

SAMBUTAN HARI LAHIR BAGI BULAN APRIL DAN MEI 2014

Guru penyayang merupakan sebahagian daripada tugas seorang guru. Bagi menghargai guru-guru dan murid-murid, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan sambutan hari lahir untuk mereka.


Mereka diraikan dengan upacara memotong kek sempena dengan sambutan hari lahir masing-masing.


Dengan sambutan sebegini, mereka akan berasa dihargai dan diingati. Selamat Hari Lahir kepada semua yang menyambutnya pada bulan April dan Mei 2014.


Friday, May 23, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014 PERINGKAT SEKOLAH

Hari Guru disambut saban tahun bagi meraikan guru-guru yang telah mencurahkan bakti kepada murid-murid yang disayangi. Sambutan Hari Guru juga disambut sebagai tanda terima kasih murid-murid kepada guru-guru yang pernah mengajar mereka.

Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan tema "Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi" pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 
27 Mei 2014

Hari : 
Selasa

Masa : 
7:40 pagi - 10.10 pagi (Tahap 1 & 2)
11:00 pagi - 1.30 tengah hari (Tahap 2)

Sekian, harap maklum.

Tuesday, May 20, 2014

PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi sekolah agama di kawasan Bandar Kinrara dan kawasan sekitarnya. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum yang sepatutnya diadakan pada 21 Mei 2014 (Rabu) akan ditangguh bagi memberi peluang kepada semua murid yang terlibat untuk membuat ulangkaji mata pelajaran yang terlibat.

Aktiviti kokurikulum akan dijalankan seperti biasa selepas tamat minggu peperiksaan sekolah agama tersebut iaitu pada minggu hadapan. Justeru itu, gunakanlah masa yang terluang ini dengan sebaik mungkin. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Sekian, harap maklum.

Monday, May 19, 2014

PENGANGGUHAN KELAS TAMBAHAN TAHUN 5 DAN 6 MULAI 20 MEI 2014 HINGGA 23 MEI 2014

Dimaklumkan bahawa pada 20 Mei 2014 hingga 23 Mei 2014 Peperiksaan Sekolah Agama sedang dijalankan. Oleh yang demikian, kelas tambahan untuk Tahun 5 dan 6 adalah DITANGGUHKAN.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Friday, May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU 2014

Guru merupakan pendidik kepada anak-anak bangsa yang dahagakan pengetahuan dan ilmu yang berguna. Maka hargailah mereka sementara mereka masih setia di sisi anda. Janganlah jadi seperti pungguk merindukan bulan. Menunggu sesuatu yang dirindui untuk kembali kepada kita setelah semuanya pergi. 

Tema Hari Guru bagi tahun ini adalah "Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi". Bakat yang ditunjukkan oleh murid akan guru bimbing untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif sehingga boleh menjana suatu usaha yang lebih inovatif. Guru sentiasa mencurahkan jasa dan bakti kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira darjat, usia, bangsa dan agama. Guru akan memberikan yang terbaik untuk menyampaikan ilmu agar mereka yang menerimanya dapat memahami apa yang disampaikan oleh seorang guru.

Guru bak ibu bapa kedua selepeas ibu dan bapa kandung anda kerana beliaulah yang menjaga anda semasa ibu bapa anda menyerahkan anda di sekolah. Segala hal-hal kebajikan anda dan keselamatan sentiasa diambil kira pada setiap masa. Justeru itu, sama-samalah kita menyanjung jasa baik guru dengan mengucapkan "Terima kasih, cikgu" atau "Selamat Hari Guru".

Wednesday, May 7, 2014

CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Dimaklumkan bahawa semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti butiran berikut : -

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
Jadual Waktu Ganti
31 Julai 2014 (Isnin)
Cuti Gantian
10 Mei 2014 (Sabtu)
Khamis
1 Ogos 2014 (Selasa)
Cuti Gantian
21 Jun 2014 (Sabtu)
Jumaat
30 Julai 2014 (Rabu)
Cuti Peristiwa
Tidak perlu diganti
-

Kerjasama tuan/puan juga diminta agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan pada tarikh sekolah ganti tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.