Thursday, July 24, 2014

PROGRAM KHAS UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING : KUNJUNGAN KASIH DENGAN KERJASAMA NGO

Pada hari ini pentadbir dan juga unit Bimbingan dan Kaunseling SKS2BK dengan kerjasama NGO telah mengadakan Program Kunjungan Kasih. Program ini adalah bertujuan untuk membantu dan meringankan beban keluarga murid SKS2BK bagi menyambut Hari Raya dengan lebih bermakna.

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya NGO yang sudi menghulurkan bantuan Hari Raya kepada yang kurang bernasib baik. Semoga sumbangan dan infaq daripada semua akan diberkati tuhan dan dicurahkan rezeki yang berlipat kali ganda. Terima Kasih.








Monday, July 21, 2014

Majlis Khatam Quran Perdana

Pada 8 Julai 2014 bersamaan dengan 20 Ramadan yang lepas, Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Majlis Khatam Quran Perdana. Progam  itu telah melibatkan murid-murid tahun 6. Progam itu bertujuan bagi meraikan murid-murid Tahun 6 yang sudahpun tamat membaca Quran secara bertadarus. Acara telah dimulakan dengan sesi bacaan doa. Seterusnya, murid-murid diberikan Ceramah Nuzul Quran yang disampaikan oleh Ustaz Wan Aswadi Wan Yaacob. Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis katam al-quran dan penyampaian cenderamata. Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari.   

Sekitar perjalanan program:












Monday, July 14, 2014

Program Eksplorasi Seni 2014

Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara mengadakan Program Eksplorasi Seni sepanjang bulan Julai ini. Beberapa aktiviti telah dirancang dan sebahagiannya telahpun dilaksanakan pada peringkat sekolah. Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan daya kreativiti dan mencungkil bakat seni yang ada pada murid-murid sekolah ini. Berikut merupakan program yang telah dirancang bagi sepanjang bulan ini:


      1. Bengkel Tye & Dye (3 Julai 2014)
      2. Bengkel Pualaman (4 Julai 2014)
      3. Bengkel Arca (17 Julai 2014)
      4. Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan 2 (14 Julai 2014)
      5. Pertandingan Melukis Poskad Tahap 1 dan 2 (21 Julai 2014)


Sekitar perjalanan program:


Pertandingan Mewarna



 












Bengkel Tye & Dye