Tuesday, July 1, 2014

KEM BESTARI SOLAT

Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Kem Bestari Solat pada hari Jumaat yang lepas, 27 Jun 2014. Semua murid Tahap 1 yang beragama Islam telah terlibat dalam kem ini. Fokus pelaksanaan Kem Bestari Solat pada kali ini ialah niat solat dan bacaan surah dalam solat. Aktiviti ini dilaksanakan secara 'Bermain Sambil Belajar'. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan bagi memastikan semua murid terlibat secara aktif semasa kem ini seperti 'Bola Beracun' dan 'Kerusi Muzik'. Selain itu, murid-murid juga telah diuji secara individu bagi surah-surah yang ditetapkan, iaitu:

          Tahun 1 : Surah al-fatihah, surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas
          Tahun 2 : Surah al-fatihah, surah al-kautsar, surah al-fil, surah quraisy dan surah al-kafirun
          Tahun 3 : Surah al-fatihah, surah al-main, surah al-kautsar dan surah an-nas


Sekitar perjalanan program:

Sesi senamrobik yang diketuai oleh Ustaz Wan Asuwadi




Permainan Bola Beracun



Permainan Kerusi Muzik



Sesi hafazan bacaan dalam solat

Penyampaian hadiah oleh Ustazah Akmal bagi murid yang memenangi pertandingan Bola Beracun dan Kerusi Muzik.




No comments:

Post a Comment