Tuesday, September 30, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 29 SEPTEMBER 2014

Pada hari Isnin, 29 September 2014 yang lepas, beberapa acara penyampaian hadiah telah disampaikan sepanjang waktu Perhimpunan.  



Barisan guru yang terlibat dalam penyusunan hadiah


Pemenang hadiah Pertandingan Mewarna Arca Kuda 2014


Pemenang hadiah Pertandingan Saidinalimpik








Pemenang hadiah Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan




Pemenang hadiah bagi Kuiz Uji Minda Guru




Pemenang hadiah Pertandingan Kalam Jamaie







Persembahan Penutupan Bulan Kemerdekaan oleh Murid-Murid Tahun 3


MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Dimaklumkan bahawa semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha dibutiran di bawah :-

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
Jadual Waktu Ganti

07 Oktober 2014 (Selasa )
Cuti Peristiwa
Tidak Perlu diganti
-

Kerjasama tuan/puan juga diminta agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan pada tarikh sekolah ganti tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

MAKLUMAN JADUAL KEHADIRAN MURID SEPANJANG MINGGU UPSR PADA 30 SEPTEMBER 2014 DAN 09 OKTOBER 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa semua murid Tahun 6 SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan menduduki Peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR Tahun 2014 pada 30 September 2014 dan Matematik pada 09 Oktober 2014.  Sehubungan dengan itu, jadual persekolahan adalah seperti berikut :-


HARI
TARIKH
KELAS YANG HADIR KE SEKOLAH

SELASA

30 SEPTEMBER 2014

TAHUN 4
KHAMIS
09 OKTOBER 2014
TAHUN 4

TAHUN 1, 2,3  DAN TAHUN 5 DIREHATKAN PADA 30.09.2014 DAN 09.10.2014

Kerjasama tuan/puan juga diminta agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan pada minggu UPSR dijalankan.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

PROGRAM PERINTIS USAHAWAN (KELAB USAHAWAN SEKOLAH)

Pada 27 dan 28 September yang lalu, ahli Kelab Usahawan Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah menyertai Program Perintis Usahawan 2014 yang bertembat di De' Palma Hotel dan SACC Mall Shah Alam. Acara yang dianjurkan oleh Syarikat Permainan Malaysia (SPM) tersebut telah melibatkan enam buah sekolah rendah dari kawasan sekitar negeri Selangor. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan seperti Persembahan Mempromosikan Produk SPM dan Pertandingan Saidinalimpik. Selain itu, murid-murid yang menyertai program ini juga telah menjadi 'Promoter' dan 'Jurujual' bagi mempromosikan produk permainan dalaman keluaran SPM ini. Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah memenangi tempat keempat dalam Pertandingan Saidinalimpik/ Selain itu, Saudara Basir dan Saudara Aniq telah dinobatkan sebagai 'Promoter' terbaik. Guru pengiring yang telah turut serta dalam program tersebut ialah Puan Aenszan, Cik Nur 'Atiqah dan Puan Norhayati. 


Perbincangan ahli kumpulan

Peserta program menjamu selera



 
Menunggu giliran untuk membuat persembahan

Para peserta diberikan taklimat


Saudara Aniq sedang mempromosikan barangan SPM



Sekitar Pertandingan Saidinalimpik


Persembahan penutupan oleh kumpulan Hijjaz dan Saujana

Anugerah 'Promoter' Terbaik

Peserta yang memenangi tempat keempat dalam Pertandingan Saidinalimpik 2014

INTERNATIONAL HORSE SHOW VMY 2014

Pada 27 September yang lepas, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah menyertai Pertandingan Mewarna Arca Kuda bersempena dengan International Horse Show VMY 2014 di Kelab Lumba Kuda Selangor, Seri Kembangan. Sekolah diberikan arca kuda selama empat minggu dan dikehendaki mencorakkan kuda tersebut bertemakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Hasil usaha gigih ini membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila sekolah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Sekolah telah memenangi wang tunai sebanyak RM 2,000. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat secara aktif iaitu Puan Hawa bt Hamzah, Cik Pang Chin Chee dan Pn Norrihan Jamaluddin. 







Arca kuda yang dihasilkan oleh SK Seksyen 2 Bandar Kinrara













Thursday, September 25, 2014

PERTANDINGAN ALAT PERKUSI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN (TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

Pertandingan Alat Perkusi sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah pada 24 dan 25 September 2014. Sepuluh orang wakil daripada setiap kelas bagi Tahun 2 dan Tahun 3 telah menyertai pertandingan ini. Kelas yang memenangi pertandingan ini ialah kelas 2 Amanah bagi Tahun 2 dan kelas 3 Efisyen bagi Tahun 3. Puan Syazwani Pong dan Cik Pang Chin Chee telah menjadi juri sepanjang pertandingan dijalankan. Sekalung tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang telah memenangi pertandingan ini. Semoga pertandingan ini dapat mencungkil lagi bakat-bakat terpendam murid-murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara. 







Kelas 3 Efisyen yang memenangi Pertandingan Alat Perkusi