Thursday, November 6, 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA

Pada 31 Oktober hingga 2 November yang lepas, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan perkhemahan unit beruniform di Kem Wirajaya Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Unit beruniform yang telah terlibat bagi perkhemahan ini ialah Pengakap, Tunas Puteri, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Beberapa aktiviti yang mencabar dan menarik telah diadakan seperti mendaki bukit, masakan rimba, kapal terbang terhempas dan 'solo walk'. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah melibatkan penglibatan aktif semua peserta perkhemahan. Antara guru-guru yang turut serta mengiringi aktiviti perkhemahan ini termasuklah Puan Norazlinda, Puan Rozilaizma, Encik Suhaib, Cik Nur 'Atiqah, Cik Siti Ruhana, Cik Nor Syuwariyah dan Encik Ahmad Ilmi. 




















No comments:

Post a Comment