Thursday, February 27, 2014

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD PEJABAT PENDIDIKAN PETALING PERDANA 2014

Pejabat pendidikan Petaling Perdana telah menganjurkan Kejohanan Boling Tenpin MSSD Pejabat Pendidikan Petaling Perdana 2014. Salah seorang peserta di dalam kejohanan tersebut adalah wakil daripada sekolah iaitu adik Ilman Nazim b. Roslim (3 Cemerlang).


Beliau telah membanggakan nama sekolah dengan mendapat tempat ketiga di dalam kejohanan tersebut. Oleh yang demikian, beliau telah terpilih untuk mewakili MSSD Pejabat Pendidikan Petaling Perdana untuk ke Kejohanan MSSS pada 3 - 5 Mac 2014 bertempat di Sunway Megaland, Sunway Pyramid. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mendapat kedudukan yang cemerlang di dalam bidang yang diceburi. Beliau merupakan ikon contoh yang boleh dibanggakan oleh sekolah kita. Justeru itu, jadikanlah pencapaian beliau sebagai suatu inspirasi kepada murid-murid lain di SKS2BK untuk berjaya di dalam bidang masing-masing. 

Tuesday, February 25, 2014

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014

 Persembahan Koir

Bacaan Doa

Ucapan Penyelaras PSS
(Pn. Norrihan bt. Jalaluddin)

Pelancaran Program NILAM 2014

 Ucapan Perasmian
(GPK Pentadbiran & Kurikulum)

Perasmi
(En. Mohamed Salem b. Fazal Deen)

JADUAL UJIAN FORMATIF 1 DAN 2 TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa Ujian Formatif 1 & 2 akan dijalankan pada bulan Mac 2014 dan Julai 2014 
(Sila rujuk jadual di bawah).

Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan segala keperluan berkaitan  di pihak tuan/puan telah diambil tindakan. Walau bagaimanapun, waktu persekolahan adalah seperti biasa dan Tasmik akan dibatalkan sepanjang ujian tersebut dijalankan.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

JADUAL UJIAN FORMATIF 1 (MAC) DAN UJIAN FORMATIF 2 (JULAI) 2014

Tahun 5 dan 6 sahaja

Tarikh / Hari bagi Ujian Formatif 1
Tarikh / Hari bagi Ujian Formatif 2
Masa (minit)
Mata Pelajaran
Jenis Kertas
11 Mac 2014
(Selasa)
8 Julai 2014
(Selasa)
8.00 – 9.15 (75)
BM Penulisan
Subjektif
11.15 – 12.30 (75)
BI (Kertas 2)
Subjektif
12 Mac 2014
(Rabu)
9 Julai 2014
(Rabu)
8.00 – 9.15 (75)
Sains
Subjektif
9.30 – 10.10 (40)
MT (Kertas 2)
Subjektif
11.15 – 12.15 (60)
AG/MO
Subjektif
13 Mac 2014
(Khamis)
10 Julai 2014
(Khamis)
8.00 – 8.50 (50)
BM Pemahaman
Objektif
9.30 – 10.20 (50)
BI (Kertas 1)
Objektif
11.15 – 12.15 (60)
MT (Kertas 1)
Objektif

REHAT –Seperti jadual biasa                                                        TASMIK - Dibatalkan

Sunday, February 23, 2014

KLINIK BOLA SEPAK 2014

Klinik Bola Sepak 2014 telah diadakan di Dewan Komuniti Seksyen 1 Bandar Kinrara pada 23 Februari 2014 (Ahad). Seramai lebih kurang 50 orang murid yang berumur 5 hingga 7 tahun telah dipilih daripada beberapa buah sekolah rendah di sekitar Bandar Kinrara. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara dan SJK(T) Ladang Kinrara.




Thursday, February 20, 2014

AKTIVITI PRA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKS2BK

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan menyambut Maulidur Rasul pada hari Sabtu ini. Justeru itu, bagi menghangatkan lagi sambutan tersebut, Panitia Pendidikan Islam telah merancang untuk mengadakan pertandingan mewarna lukisan dan menulis khat.

Pertandingan mewarna akan dipertandingkan pada hari Jumaat. Pertandingan tersebut dibuka kepada semua murid Tahap 1 sebelum rehat. Manakala pertandingan menulis khat yang dibuka kepada semua murid Tahap 2 akan diadakan pada hari yang sama selepas rehat.  Seramai 10 orang pemenang yang akan dipilih bagi setiap aliran. Hadiah akan disampaikan pada hari Sabtu semasa sambutan Maulidur Rasul dijalankan.

Ibu bapa dan penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul tersebut. Sertailah kami di dalam perarakan yang akan berarak mengelilingi kawasan sekolah. Bersama-samalah kita menyahut seruan dengan berselawat beramai-ramai semasa acara tersebut dijalankan.

Monday, February 17, 2014

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS 2014

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Ketua dan penolong Ketua Kelas Tahun 2014 telah diadakan di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Majlis tersebut telah berlangsung pada 17 Januari 2014 (Isnin) yang turut disaksikan oleh oleh para ibu bapa yang hadir bagi memberi sokongan dan dorongon kepada anak-anak dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah mahupun guru-guru.


 Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd., Guru Besar SKS2BK. Manakala watikah pelantikan telah diberikan oleh En. Zulhaizan bin Mohd Noor, YDP PIBG SKS2BK.


Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar taat setia pengawas di atas tanggungjawab yang telah diamanahkan. Semoga dengan pelantikan tersebut dapat membantu meringankan beban guru untuk mengawal disiplin murid-murid di sekolah ini. Sekalung tahniah kepada semua murid yang telah dipilih untuk memikul tanggungjawab ini. Jalankanlah tanggungjawab anda dengan adil dan berintegriti. Turut dirasmikan adalah Program Guru Penyayang yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling yang diuruskan oleh Pn. Azean bt. Othman, Guru Bimbingan SKS2BK. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang Bimbingan & Kaunseling SKS2BK.

Wednesday, February 12, 2014

JAWATANKUASA PIBG SKS2BK 2014


Penasihat : Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd.
Yang Dipertua : En. Zulhaizan b. Mohd. Noor
Naib Yang Dipertua : En. Hasni b. Jusoh
Setiausaha : En. Muhammad Suhaib b. Mahmood Radhi
Naib Setiausaha : Pn. Muzaimah bt. Mustafa
Bendahari : Pn. Roziana bt. Abdul Malek

WARNA-WARNI MESYUARAT AGUNG PING SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA KALI KE-13





JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H PERINGKAT SEKOLAH DAN PERAYAAN RANGGOLI 2014

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis tersebut seperti butiran berikut : -

Tarikh : 22 Februari 2014 (Sabtu) / 22 Rabiulakhir 1435H
Masa : 7:15 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Dewan Serambi Warisan, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
Aktiviti :
  1. Perarakan & Ceramah oleh Pencetus Ummah (PU) Mohd Suffian b. Mohd Isa (Islam)
  2. Aktiviti Mewarna & Membuat KOLUM Murid Tahap 1 dan Tahap 2 (Moral)
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Pihak sekolah juga ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan/puan dalam bentuk wang tunai atau cek atas nama PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara bagi meringankan kos penganjuran majlis tersebut. Borang sumbangan dan pengesahan kehadiran telah diserahkan kepada anak tuan/puan. Borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada guru kelas anak tuan/puan sebelum atau pada 14.2.2014 (Jumaat).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, February 10, 2014

BORANG SMM PERLU DIKEMBALIKAN SEGERA

Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga murid Tahun 1 SKS2BK. Sila kembalikan Borang SMM yang telah diserahkan semasa pendaftaran murid. Borang yang telah lengkap diisi dengan maklumat yang dikehendaki hendaklah dihantar kepada guru kelas anak masing-masing sebelum atau pada 12/2/2014 (RABU). Maklumat tersebut perlu dimasukkan ke dalam sistem SMM dan APDM sebagai rekod kemasukan murid bagi tahun 2014.

Kerjasama daripada tuan/puan dappat melancarkan pengurusan sistem tersebut dan kamidahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, February 4, 2014

PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-13

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-13 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut : -

Tarikh : 8 Februari 2014 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Serambi Warisan, SKS2BK

Sehubungan dengan itu, pihak PIBG sangat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke mesyuarat ini kerana satu penataraan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan disampaikan oleh En. Khalid b. Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam majlis perasmian mesyuarat ini. Hal yang demikian dapat merungkaikan persoalan yang sering ditimbulkan tentang cara penilaian anak-anak kita dalam kurikulum baharu ini.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Saturday, February 1, 2014

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2014

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga SKS2BK yang menyambutnya dan selamat bercuti kepada seluruh warga SKS2BK. Semoga tahun 2014 ini akan memberikan anda kebahagiaan dan kecemerlangan dalam hidup. Pastikan semua kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru disiapkan sebelum pergi beraya atau bercuti. Berhati-hati semasa pulang ke kampung dan pastikan anda sampai dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.


Sekolah akan bercuti peristiwa pada 31 Januari 2014 (Khamis) diikuti Cuti Tahun Baharu Cina pada 31 Januari 2014 dan 1 Februari 2014 manakala 2 Februari 2014 jatuh pada hari Ahad. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 3 Februari 2014 (Isnin). Jumpa nanti di sekolah.