Friday, March 21, 2014

SOLAT HAJAT 2014

Solat hajat merupakan salah satu cara untuk memohon bantuan daripada Allah S.W.T. untuk memenuhi impian dan harapan umat Islam. Solat hajat dan bacaan Surah Yassin ini telah diadakan pada 21 Mac 2014 (Jumaat) pada pukul 8.00 pagi di Dataran Bestari, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Mereka yang terlibat di dalam solat hajat ini terdiri daripada guru-guru dan murid-murid Tahap 2. 

Tujuan solat hajat ini diadakan adalah untuk memudahkan pencarian kapal terbang MAS (MH370) yang hilang, kesihatan YDP PIBG SKS2BK yang telah dimasukkan ke hospital, memohon diturunkan hujan dan dipermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru dan murid-murid terutamanya kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR kelak. 


Justeru itu, sebagai warga Malaysia yang prihatin terhadap nasib orang lain, marilah kita bersama-sama menggembleng usaha untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Jadi berdoalah mengikut ajaran agama masing-masing untuk kesejahteraan mereka semua.

Saturday, March 15, 2014

GOTONG-ROYONG BILIK-BILIK KHAS SKS2BK 2014

SURAU







MAKMAL SAINS




PUSAT SUMBER





KEM KEPIMPINAN MURID 2014

Kem Kepimpinan Murid SKS2BK 2014 telah dijalankan pada 15/3/2014 (Sabtu). Tujuan kem ini diadakan adalah untuk membimbing pemimpin sekolah dalam kalangan murid dalam menggarap bakat kepimpinan mereka di dalam alam persekolahan yang sebenar. 


Kem ini dianjurkan oleh Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling. Mereka yang terlinat di dalam kem ini adalah terdiri daripada pengawas sekolah, ketua dan penolong ketua darjah. Fasilitator luar telah diundang untuk mengendalikan kem tersebut. 



Beliau adalah Kaunselor dari PPD Petaling Perdana iaitu Pn. Faizah.  

Tuesday, March 11, 2014

PROGRAM MENTOR MENTEE

Mentor Mentee merupakan salah satu program yang dirancang bagi meningkatkan prestasi akademik murid-murid terutama bagi murid yang tidak dapat menguasai mata pelajaran yang tertentu. Program ini disusun dengan harapan bahawa budaya bimbingan pelajar secara terus dapat dijalankan dalam kumpulan yang kecil bagi memastikan keberkesanan bimbingan tersebut terhadap murid.

Objektif Program Mentor Mentee adalah seperti berikut :
  1. Meningkatkan pencapaian murid dari segi akademik dengan cara memberi bimbingan kepada murid mengikut mata pelajaran yang tidak dapat dikuasai dengan baik.
  2. Memberi kesedaran dan motivasi kepada murid tentang kepentingan belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2014.
  3. Meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan dalam mendapatkan ilmu. 
Program Mentor Mentee diwujudkan untuk mencapai matlamat berikut :
  1. Meningkatkan pencapaian akademik bagi murid Tahun 6 terpilih mengikut mata pelajaran.
  2. Meningkatkan peratus pelajar lulus dalam UPSR 2014.
  3. Membina hubungan yang mesra di antara mentor dan mentee.




 

BAS PINTAR



Tuesday, March 4, 2014

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2014

Program Sekolah Selamat adalah suatu program sekolah yang menerapkan ciri-ciri keselamatan untuk semua warga sekolah. Objektif program ini adalah untuk menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang acara keselamatan diri murid semasa pergi dan balik sekolah, mengambil tindakan yang betul apabila berhadapan dengan ancaman keselamatan dan mendapat maklumat tentang kesihatan, kebersihan dan keselamatan.

Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling ini telah dirasmikan pada 3/3/2014 (Isnin) oleh Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd. (Guru Besar SKS2BK). Sebelum ucapan perasmian En. Mohd. Fadzli b. Mansor selaku Ketua Unit Keselamatan telah memberikan ucapan tentang keselamatan yang perlu diambil berat oleh semua warga sekolah pada setiap masa.


Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena dengan program ini, antaranya :
  1. Majlis Perasmian Program Sekolah Selamat (3 Mac 2014)
  2. Mengedarkan Brosur Keselamatan
  3. Ceramah & Demonstrasi Keselamatan oleh Bomba (4 Mac 2014)
  4. Kuiz untuk Kelas Bimbingan
  5. Pertandingan Pesanan Keselamatan dalam Kelas Bimbingan
Justeru itu, marilah kita bersama-sama memastikan diri kita, keluarga kita, rumah kita dan juga sekolah kita berada di dalam keadaan yang selamat daripada bahaya.