Thursday, December 25, 2014

Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Banjir

Pihak SKS2BK bekerjasama dengan Kompleks Darul Thibbun Nabawi untuk mengumpulkan bantuan kepada mangsa banjir. Tuan/puan yang ingin menyalurkan bantuan berbentuk barangan fizikal seperti pakaian bolehlah menghantar ke SKS2BK terlebih dahulu selewat-lewatnya pada ahad, 28/12/14, pukul 3 ptg, untuk dikumpulkan kemudian diserahkan kepada pihak Kompleks Darul Thibbun Nabawi. 

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan kewangan pula, tuan/puan boleh berbuat demikian di akaun bank yang disediakan dibawah. Berikut merupakan mesej asal daripada Kompleks Darul Thibbun Nabawi :




Rayuan bantuan kemanusiaan untuk saudara kita di Pantai Timur, ana telah dimaklumkan selain sumbangan wang dan makanan, saudara-saudara kita di sana sangat memerlukan sumbangan pakaian. Kerana harta benda mereka telah musnah dalam banjir yang teruk. Jika dalam kalangan kalian ada pakaian yang tidak dipakai lagi dan yang baik keadaannya serta masih boleh dipakai, ana mewakili pihak saudara-saudara kita di pantai timur memohon dan merayu kalian semua sumbangkan kepada Kompleks Darul Thibbun Nabawi untuk kami agihkan kepada mangsa banjir. Tarikh tutup untuk fasa pertama bantuan ini pada Ahad 28.12.2014.

Alamat 
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
No2 Jalan Jejala 8/11
Seksyen 8, 40000 Shah Alam
Selangor.

Boleh dijumpai dengan aplikasi Waze atau Google maps, cari Kompleks Darul Thibbun Nabawi

Pertanyaa lanjut
Ibnu Hajar : 010-4317054 
Ahmad Nadi : 010-2261670

Tuesday, December 23, 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015


Sukacita dimaklumkan bahawa SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015 akan dibuka mulai 23 Disember 2014 (Selasa) hingga 6 Januari 2015 (Selasa).

Sila layari laman web KPM di www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut.

Monday, December 22, 2014

Makluman Waktu Operasi Kedai Buku Sekolah

 Waktu Operasi Kedai Buku Sekolah

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 3.00 ptg
Sabtu                : 9.00 pg - 2.00 ptg

Ahad dan Cuti Umum TUTUP