Monday, January 26, 2015




KEBENARAN MENYERTAI LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015


KEBENARAN MENYERTAI LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan Larian Merentas Desa seperti butiran di bawah : -


Percubaan Merentas Desa
21 Januari 2015 (Rabu)
2.00 – 4.00 petang


Larian Merentas Desa
28 Januari 2015 (Rabu)
2.00 – 4.00 petang



3. Bersama-sama ini dilampirkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga. Borang yang telah lengkap perlu kembalikan kepada guru kelas anak masing-masing selewat-lewatnya pada 20 Januari 2015 (Selasa).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

MAKLUMAN TEMPAHAN PAKAIAN SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2015

MAKLUMAN TEMPAHAN PAKAIAN SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.    Dimaklumkan bahawa pihak sekolah dijangka akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan pada 25 April 2015 (Sabtu).

3. Sehubungan dengan itu,  tempahan t-shirt sukan dan seluar track boleh dibuat mulai  21.01.2015 hingga 06.02.2015. Tuan/puan juga boleh membuat tempahan pakaian pendidikan jasmani untuk anak masing-masing.

4. Bersama-sama ini dilampirkan borang tempahan untuk dilengkapkan.  Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada guru kelas anak masing-masing beserta bayaran.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian. Terima Kasih

Friday, January 23, 2015

MAJLIS PERMUAFAKATAN TAHUN 5 DAN 6 SESI 2015

Majlis Permuafakatan Tahun 5 dan 6 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

                        Tarikh   : 24 Januari 2015
                        Hari      : Sabtu
                        Masa     : 8.00 pagi
                        Tempat : Dewan Serambi Warisan Sekolah
                        Sasaran : Semua ibu bapa / penjaga murid Tahun 5 dan 6

Objektif :

  1. Ibu bapa mendapat maklumat yang berguna dan terkini tentang program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan pencapaian UPSR tahun 2015 dan 2016.
  2. Mewujudkan hubungan yang baik dan mesra di antara ibu bapa / penjaga dan guru-guru yang mengajar Tahun 5 dan 6.

Kehadiran ibu bapa amatlah dialu-alukan.

MINGGU PROGRAM MAJU DIRI 2015 (CERAMAH DI PUSAT SUMBER SEKOLAH)

Program Maju Diri (PMD) telah berjaya dijalankan bermula 21 Januari 2015 hingga 23 Januari oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan PSS. Program ini dilaksanakan kepada murid-murid Tahap 2. Diharapkan supaya program ini dapat meningkatkan lagi motivasi murid-murid untuk belajar dengan lebih berkesan. 






KEJOHANAN TENPIN BOWLING PERINGKAT MSSD PETALING PERDANA

Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Ilman Nazim bin Roslim (4 Efisyen) kerana telah menjadi Johan dalam Kejohanan Tenpin Bowling Peringkat MSSD Petaling Perdana. 

Adik Ilman akan mewakili daerah Petaling Perdana ke peringkat negeri nanti. 
Pihak sekolah mendoakan supaya adik Ilman berjaya dalam kejohanan yang seterusnya. 


Adik Ilman bersama Cikgu Norhaslinda dan Puan Azura Ali (Penolong Kanan Kokurikulum)


SUMBANGAN EHSAN SKS2BK


LADAP CPD GURU-GURU SKS2BK

Pada hari Selasa yang lepas, Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan sesi LADAP bagi kali pertama sesi 2015. Ladap yang berkaitan CPD tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai, Puan Hjh. Norhayati binti Noor Aris. Guru-guru turut membentangkan hasil perbincangan kumpulan. 












SEKITAR HARI ORIENTASI DAN PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 SKS2BK SESI 2015
















Sunday, January 18, 2015

Pengumuman : Kelas Tasmi' Bermula 19/1/2015

Sukacita dimaklumkan bahawa kelas tasmi' akan bermula minggu hadapan iaitu 19/1/2015. 

Ibu bapa penjaga bolehlah merancang jadual pengambilan murid pulang dari sekolah dengan merujuk kepada jadual waktu murid. Harap maklum.

Saturday, January 17, 2015

Sekapur Sirih - Salam Perkenalan Daripada Guru Besar Baru SK Seksyen 2 Bandar Kinrara




En. Zaidy bin Salman
Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Assalamualaikum Wrbkth.


Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya sebagai guru besar mewakili barisan pendidik, kakitangan serta para pelajar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini. 

Era dan tranformasi pendidikan alaf ke-21 merupakan arus perubahan di mana guru dan pelajar akan sama-sama memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Peranan guru bukan lagi sebagai dewa tapi sebagai fasilitator aktif bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti dan bersikap proaktif untuk memperkasa lagi sekolah ini. 

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman. 

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus berada di puncak kegemilangan.

Wassalam.

SESI LATIHAN KARATE DO (AHLI BAHARU DAN AHLI LAMA)





BARISAN PENTADBIR SKS2BK SESI 2015


Dari kiri: Encik Zaidy bin Salman (Guru Besar), Puan Maanila a/p Apputhurai (Penolong Kanan Pentadbiran), Puan Norliza Hanim binti Razali (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Puan Azura binti Ali (Penolong Kanan Kokurikulum).