Monday, March 9, 2015

REPOST : PERATURAN SEKOLAH

PERINGATAN UNTUK DIPATUHI OLEH SEMUA MURID DAN IBU BAPA / PELAWAT
  1. Sila berpakaian KEMAS apabila berada di kawasan sekolah, kemeja-t TANPA LENGAN dan SELUAR PENDEK adalah DILARANG sama sekali.
  2. Kenderaan ibu bapa TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke kawasan sekolah.
  3. Sila DAFTAR nama dan dapatkan PAS PELAWAT di pondok pengawal. Seterusnya, semua ibu bapa/pelawat diminta terus ke pejabat sekolah untuk berurusan. Kegagalan mendapatkan PAS PELAWAT adalah dianggap sebagai menceroboh kawasan sekolah.
  4. Dapatkan kebenaran pentadbir sekolah sebelum menemui anak atau guru dan dapatkan PAS KEBENARAN serta memakainya di leher. Ibu bapa / pelawat yang tidak memakai PAS KEBENARAN untuk berurusan dengan anak dan guru dianggap melanggar peraturan keselamatan sekolah. Ibu bapa/pelawat juga DILARANG masuk ke kelas atas apa juga urusan.
  5. Sekiranya ingin membawa anak pulang, sila isi borang dan Buku Balik Awal di pejabat sekolah.
  6. Serahkan borang kebenaran membawa anak balik kepada pengawal sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
  7. Adalah DILARANG SAMA SEKALI ibu bapa/pelawat berjalan-jalan tanpa tujuan di dalam kawasan sekolah atau berada di kawasan kantin.
  8. Ibu bapa/penjaga diminta menghantar anak awal ke sekolah iaitu sebelum jam 7.30 pagi. Sebarang kelewatan akan menyebabkan anak tuan/puan diambil tindakan disiplin.
  9. Sekiranya anak tidak hadir ke sekolah, ibu bapa diminta memberikan surat cuti sakit dari doktor atau surat pemberitahuan untuk direkodkan. Sebarang ketidakhadiran tanpa sebab adalah dianggap sebagai ponteng dan tindakan tegas akan diambil. Kes ponteng sekolah yang berterusan akan menyebabkan anak-anak tuan/puan diberi surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga. Ketidakhadiran anak tuan/puan akan menjejaskan prestasi disiplin dan prestasi akademik sekolah.
  10. Ibu bapa juga diingatkan agar memastikan anak-anak berpakaian lengkap semasa berada di sekolah. Anak-anak perlu memakai pakaian PJ sekiranya ada Pendidikan Jasmani (PJ).
  11. Pemakaian tanda nama dan lencana sekolah adalah diwajibkan. 
  12. Pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas pusat sumber yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, melanggar peraturan perjanjian yang telah ditetapkan, surat peringatan dan amaran akan diberikan dan tindakan pelucutan jawatan akan dikenakan sekiranya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.
  13. Murid-murid adalah DILARANG membeli makanan di luar kawasan sekolah atau keluar dari kawasan sekolah tanpa ibu bapa/penjaga. Murid-murid adalah dilarang memanjat kaki lima sekolah, berlari di kantin, berebut-rebut menaiki dan menuruni tangga, berada di kawasan larangan (tempat yang telah dilabelkan).
  14. Demi keselamatan murid-murid semasa pulang dari sekolah, semua murid diminta menunggu bas sekolah atau menunggu ibu bapa/penjaga di dalam kawasan sekolah. Sekiranya tertinggal bas atau ibu bapa datang lambat, sila berada di tempat selamat seperti di wakaf (pondok pengawal), kantin atau pejabat sekolah.
  15. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk berbincang sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan pembelajaran anak-anak dan juga sekiranya mempunyai idea untuk memajukan sekolah.

No comments:

Post a Comment