Majlis Tadarrus Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan di surau dan bilik J-Qaf SKS2BK. Program ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili sekolah pada 30 Mac ini.
Friday, February 27, 2015
Thursday, February 26, 2015
Klinik Olahraga Bersama Olahragawan Malaysia
Murid terpilih yang mewakili SKS2BK dalam kejohanan olahraga tahun ini telah diberi peluang untuk mengikuti Klinik Olahraga bersama Olahragawan Malaysia iaitu Muhd Malik Tobias.
Klinik ini berlangsung selama sehari bertempat di Kompleks Sukan UPM, Serdang. Diharapkan murid-murid yang mengikuti Klinik Olahraga ini dapat memberi sinar kilauan pingat yang banyak kepada SKS2BK pada tahun ini.
Senaman Pagi
Bermula minggu ini, murid-murid akan melakukan senaman pagi bersama-sama guru pada setiap hari Rabu. Program ini adalah kerjasama antara Panitia Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum SKS2BK. Tujuan senaman ini ialah bagi memastikan murid cergas dan tidak mengantuk sebelum masuk ke kelas.
Wednesday, February 25, 2015
NOTIS PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-14
Kepada
Semua ibu bapa/ penjaga
Tuan/Puan,
NOTIS
PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-14
Dengan
segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dirujuk dan surat SKS2BK100-7/1/4(10)bertarikh 27 Januari 2015.
2. Sukacita
diingatkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-14
akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 28 Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Warisan SK Seksyen 2 Bandar
Kinrara
3. Kerjasama
daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima
kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
(MUHAMMAD SUHAIB BIN MAHMOD RADHI)
Setiausaha
PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
s.k.
Y.Brs. En. Zaidy bin Salman
Penasihat PIBG SKS2BK
Y.Brs. En. Mohd. Zulhaizan bin Mohd
Noor
YDP PIBG SKS2BK Sesi 2014/2015
PENTING : SILA KEMUKAKAN SLIP JAWAPAN PERSETUJUAN KEHADIRAN
DAN USUL SEBELUM 4 FEBRUARI 2015
Saya
__________________________________________ibu / bapa/ penjaga kepada
_______________________________________________________kelas _________
Akan *hadir/tidak hadir pada Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-14 sekolah ini.
Yang benar,
_________________________________
(
)
* potong yang tidak berkenaan
Usul:
- _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-14
Kepada
Semua ibu bapa/ penjaga
Tuan/Puan,
NOTIS
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-14
Dengan
segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-14 akan diadakan
mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 28 Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Warisan SK Seksyen 2 Bandar
Kinrara
3.
Bersama ini disertakan lampiran (1)jawapan
kehadiran tuan/puan; dan (2)usul (jika ada). Pihak kami memohon agar
dikembalikan jawapan kehadiran dan usul kepada pihak sekolah selewat-lewatnya 4
Februari 2015(Rabu). AJK PIBG akan menentukan usul-usul yang akan
dibahaskan di dalam mesyuarat agung. Usul-usul yang dikemukakan hendaklah cadangan-cadangan
yang membina untuk penambahbaikan sistem pendidikan di peringkat sekolah.
4.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan
amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
(MUHAMMAD SUHAIB BIN MAHMOD RADHI)
Setiausaha
PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
s.k.
Y.Brs. En. Zaidy bin Salman
Penasihat PIBG SKS2BK
Y.Brs. En. Mohd. Zulhaizan bin Mohd
Noor
YDP PIBG SKS2BK Sesi 2014/2015
PENTING : SILA KEMUKAKAN SLIP JAWAPAN PERSETUJUAN KEHADIRAN
DAN USUL SEBELUM 4 FEBRUARI 2015
Saya
__________________________________________ibu / bapa/ penjaga kepada
_______________________________________________________kelas _________
Akan *hadir/tidak hadir pada Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-14 sekolah ini.
Yang benar,
_________________________________
(
)
* potong yang tidak berkenaan
Usul:
- _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
- _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Monday, February 16, 2015
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BOLING
Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Ilman kerana sekali lagi mencapai kejayaan yang sangat membanggakan. Pada 9 Februari - 12 Februari adik ilman telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Selangor.
Kejayaan adik Ilman dalam kejohanan ini ialah :
- Kategori Berkumpulan : Johan - Kategori Beregu
- Kategori Individu : Naib Johan
- Kategori Master : Tempat ke 4
Dengan pencapaian adik Ilman ini, beliau telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor bulan Mac.
Saturday, February 14, 2015
Adik Ilman Terpilih Mewakili Negeri Selangor !
Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Ilman kerana sekali lagi mencapai kejayaan yang sangat membanggakan. Pada 9 Februari - 12 Februari adik ilman telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Selangor. Kejayaan adik Ilman dalam kejohanan ini ialah :
- Kategori Berkumpulan : Johan
- Kategori Beregu : Johan
- Kategori Individu : Naib Johan
- Kategori Master : Tempat ke 4
Dengan pencapaian adik Ilman ini, beliau telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor bulan hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)